Pas Bachok Kasi Bungkus Nasharudin Mat Isa?


Kelantan tolak Nasharuddin Mat Isa? 
Itu persoalan yang menyusul selepas 10 daripada 12 Pas kawasan di negeri ini selesai bermesyuarat dan membuat pencalonan bagi memilih kepimpinan tertinggi parti pada 3 Jun ini.

Daripada 10 kawasan itu, hanya Jeli dan Pasir Mas sahaja yang mencalonkan Nasharuddin bagi mempertahankan kerusi nombor dua parti yang disandangnya sejak dua penggal lalu.

Keputusan itu sekali gus menggambarkan ‘suara’ di peringkat umbi terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Bachok itu yang sebelum ini pernah dikritik keras Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana dikaitkan dengan Kerajaan Perpaduan, semakin tidak memihak kepadanya.

Apa yang mengejutkan, Pas Bachok hanya mengadakan mesyuarat selepas tarikh tutup untuk menghantar pencalonan iaitu sebelum 14 Mei lalu, sekali gus menimbulkan spekulasi tindakan itu dibuat demi ‘menjaga hati’ Nasharuddin jika beliau tidak dicalonkan dalam pemilihan kawasan itu.

Sementara itu, Pas Kota Bharu yang diketuai Penasihat Jentera Pilihan Raya Negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah tidak membuat keputusan untuk mencalonkan pilihannya bagi jawatan itu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu yang dikatakan bakal menjadi pesaing utama Nasharuddin dalam pemilihan mendahului dengan mendapat empat pencalonan daripada Pasir Puteh, Rantau Panjang, Kubang Kerian dan Gua Musang.

Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mendapat dua pencalonan manakala Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak masing masing mendapat satu pencalonan.

Pada pemilihan parti dua tahun lepas, Nasharuddin menewaskan Mat Sabu dan Husam dalam persaingan tiga penjuru.

Bagi jawatan kerusi Naib Presiden, calon berpotensi, Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mendahului dengan mendapat sembilan pencalonan disusuli Tuan Ibrahim, enam pencalonan.

SH

Nota: Tuan Ibrahim tuan Man sah bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan Pas 2011.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/24/mstar_berita/20110524121555&sec=mstar_berita

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: