Video Seks Bahagian Kedua: Polis Akan Tangkap Papagomo


Bagus banget Pak Polisi Malaysia kasik tangkap aja ama itu papagomo juga teman teman.

Jika dibiarin tambah parah aja imej politik Malaysia,kenapa sih ..bloggers Malaysia itu suka benar ama aksi seks reka rekaan,apa sudah tidak ada guna lagi nilai dosa pahala..komen kawan aku dari indon sana.

Aku rasa Datuk Khalid yang baru naik pangkat dan akan dinaik lagi pangkat menjadi KPN @ Ketua Polis Negara pulak selepas ni perlu memulihkan imej PDRM ,jangan duk biar orang kata macam macam pada institusi keselamatan negara itu.

tmi…Polis siasat sedutan klip kedua video seks didedah ‘Datuk T’

Polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari semalam, mengaitkan si pelakunya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di Youtube.

“Kami bersama dengan MCMC telah memulakan siasatan untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab memuat naik klip video itu, itu yang saya hendak komen,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata tiada laporan polis dibuat berhubung perkara tersebut dan tiada aduan diperlukan bagi membolehkan pihaknya memulakan siasatan.

“Tetapi jika ada sesiapa hendak membuat laporan, lagi bagus,” kata beliau lagi.

Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dimuat naik dalam laman Internet semalam.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Klip video tersebut dimuat naik di Youtube dan laman web blogger Papagomo  kira-kira 1.30 tengah hari.

Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Pada 21 Mac lalu, tiga individu yang menggelarkan diri mereka “Datuk T” telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Hari ini polis memanggil Anwar datang untuk memberikan kenyataan kedua.

Justeru kata Khalid, adalah prosedur normal untuk memanggil Anwar memberikan kenyataan kedua.

“Ia proses siasatan. Ada perkara yang pendakwa melihat dengan mendalam daripada (sudut) penyiasat, itu sebab pendakwa mahukan lebih banyak siasatan dalam sesetengah perkara.

“Jadi itu yang kami lakukan. Saya tidak boleh mengatakan bila ia akan berakhir tetapi kami akan melakukan semua yang diperlukan,” katanya lagi.

Khalid yakin polis dapat menyerahkan semua laporan siasatan kepada Peguam Negara minggu ini.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: