Video 3 Boroi: Siasatan Polis Seksyen 292 Kerana Edar Bahan Lucah


Siasatan menjurus Seksyen 292 kerana kesalahan mengedar bahan lucah: Datuk Acryl Sani

KUALA LUMPUR – Polis telah menyiapkan laporan siasatan rakaman video aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

Polis tidak menolak kemungkinan akan bertindak ke atas trio Datuk T kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kemungkinan itu wujud berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video.

“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

“Kita tunggu sahajalah…kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu,” katanya.

Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

Susulan itu, polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat berkenaan bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya dan memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan.

Identiti pemilik jam itu bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu,” kata Acryl.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai “Datuk T” di Carcosa Seri Negara.

Misteri Datuk T yang bermaksud “Trio” itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lepas apabila Rahim, Shazryl Eskay dan Shuib mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Bernama

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: