8% akan menghantui perhitungan Najib
Ketika soalan wartawan kepada Najib bilakah PRU13 akan diadakan,Najib menjawab kena tengok beberapa faktor dulu sebelum PRU13 diumumkan.
Sebelum itu ketika PRN Sarawak dipersetujui oleh beliau dan Taib Mahmud ditetapkan beliau mengatakan PRN Sarawak adalah kayu pengukur PRU13.Bn amat yakin dengan sokongan rakyat pada konsep 1Malaysia,semua kaum dan bangsa akan mendapat keutamaan dalam konsep itu.
Apabila diumumkan keputusan PRN Sarawak yang memberikan jawapan ‘terperanjat’ pada Najib kerana merosotnya undi popular BN sebanyak 8%,beliau cuba mengelak untuk memberikan bilakah tarikh PRU13 akan diadakan.Undi BN jatuh sebanyak 8% dari pilihanraya Sarawak pada 2006 lalu.Ini adalah satu tanda ‘keramat’ kerana angka 8 bagi orang Cina adalah teramat baik sehingga kaum itu dalam berbagai pecahan kaum ada yang menyatakan 8 adalah bertuah,kaya,menang dan tanda baik yang lain lagi.
Peningkatan undi popular PR di Sarawak sangat memberangsangkan kerana dari 6 kerusi DUN, PR telah menambahkan kepada 15,ini satu petanda baik bagi PR untuk musim PRN Sarawak yang akan datang.Perubahan pengundi dari berbagai etnik Sarawak telah bermula dan PR telah diterima oleh rakyat Sarawak.
Jika dibuat pecahan undi popular itu di Semenanjung sebagai penunjuk arah,maknanya 8% itu akan menambahkan kemenangan Pakatan Rakyat di Semenanjung dengan selesa.Sudah pasti Dewan Rakyat didominasi oleh PR.Ini amat ditakuti oleh Najib dan BN.Pada PRU12 PR mendapat 49% di Semenanjung,jika ditambah 8 maka PRU13 memberikan 57% kepada PR.
8% adalah undi yang akan menentukan arah Malaysia selepas PRU13,Malaysia baru akan mewarnai sistem di Malaysia.
Adakah pentadbiran Najib sudah bersedia untuk menyerahkan pentadbiran kepada Pakatan Rakyat? Rakyat sedang memerhatikan beberapa tindakan BN yang amat dukacita sekali.BN tidak memberikan harapan lagi kepada rakyat. 1Malaysia hanya slogan,rakyat telah dibebani dengan bermacam kerenah pentadbiran Najib.
Mungkin Pak Lah sedang memerhatikan kegagalan Najib akibat merebut kuasa dari beliau?
Undi pada PRN Sarawak:
Undi popular BN keseluruhannya adalah 372,379 undi atau 55.36 peratus. Peratusan undi popular PBB, SUPP, PRS dan SPDP masing-masing adalah 51.36 peratus (192,785 undi), 30.02 peratus (111,781 undi), 9.43 peratus (35,120 undi) dan 8.78 peratus (32,693 undi).
Pakatan Rakyat mendapat undi popular 300,288 undi atau 44.64 peratus. Peratusan undi PKR, DAP dan PAS masing-masing mendapat 38.19 peratus (114,689 undi), 44.91 peratus (134,847 undi) dan 3.24 peratus (9,719 undi).
Undi popular BN telah merosot daripada 63 peratus pada 2006 kepada 55 peratus kali ini.
abushahid.