‘Hensem Boy’ PAS Akan Tawan Beting Maro


Calon seorang peguam

Masih muda dan mempunyai hubungan akrab dengan masyarakat setempat dan disukai oleh pengundi wanita.

PAS yakin buat kejutan pertama di PRN Sarawak

PAS yakin calon mereka di Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus mampu mencipta sejarah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS pertama di Sarawak.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, ianya berdasarkan mood dan sokongan positif pengundi yang sangat baik berbanding mood pilihan raya negeri Sarawak 2006 lalu.

Beliau yang ditemui selepas mengiringi calon ke pusat penamaan berkata, rakyat di sini bukan sahaja semakin menerima PAS malah menunggu kehadiran wakil PAS di kawasan mereka.

“Kita merasakan ini era baru bagi PAS di Sarawak. Kita punya iltizam untuk menjadikan Beting Maro Dun pertama bakal dimenangi di sini.

“Kita dapat rasakan mereka cukup menyambut kehadiran kita. Tiada lagi faktor ketakutan mereka kepada PAS seperti 2006 dahulu,” katanya.

Tambahnya lagi, perubahan besar yang berlaku itu menunjukkan sikap rakyat negeri ini yang dahagakan perubahan selepas kecewa dengan kerajaan BN negeri ini.

Ianya termasuk isu tanah adat yang gagal diselesaikan BN sejak sekian lama memerintah.

“Pada 2006 lalu walaupun kalah, tapi majoriti yang kecil itu sudah membanggakan kita.

“Saya bangga PAS boleh diterima di Sarawak, boleh bertanding di Sarawak, tapi Umno tidak boleh diterima di sini,” tambahnya lagi.

Mengulas faktor calon pula, beliau berkata Abang Ahmad mempunyai kelebihan sendiri yang boleh diterima rakyat disini.

“Kita mengemukan calon terbaik, orang muda, orang tempatan, profesional, peguam dan berpengalaman dalam parti.

“Kita tawarkan gaya politik baru kepada rakyat,” katanya.

Semantara itu, calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus akan ditentang calon BN Razaili Gapor bagi Dun Beting Maro.

Kedua-dua mereka diumumkan sah bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tepat jam 11.38 tengah hari  tadi selepas tiada sebarang bantahan diterima SPR sepanjang sejam sesi bantahan dibuka.

Abang Ahmad menyerahkan borang pencalonan jam 9.05 pagi manakala Razaili jam 9.10 pagi di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Pusa di sini.

Hdaily

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Anak Ampang saribas  On April 8, 2011 at 6:51 pm

    Insyaallah, sdrku Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus akan dipermudahkan perjalanannya ke Dewan Undangan Negeri pada 16/4/2011 ini dan menjadi YB PAS pertama menjejak kaki di Bangunan DUN Sarawak. amiiiin ya rabbalalamiin.
    PAS seharusnya mengutarakan isu tanah yang kini telah habis dirampas oleh kerajaan BN untuk habuan konco-konconya. Lihat saja di kawasan jalan Pusa – Sessang, Kawasan Beladin Maludam habis dah tanah di rampas Taib dan kunco2nya, tepat pada masanya kerusi DUN Beting Maro jatuh ketangan PAS kerana penduduk telah bosan dengan keligat kerajaan BN selama ini. Hidup PAS hidup ABANG AHMAD KERDEE!!!. ENGKAULAH PEMBELA RAKYAT KAWASAN DUN BETING MARO KHASNYA DAN SARAWAK AMNYA

  • Anak Ampang saribas  On April 13, 2011 at 9:27 pm

    PR patut tanya kemana hilangnya anak Taib,Sulaiman AbdulRahman Taib Ahli Parlimen Samarahan.Batang hidung pun tak nampak membantu bapak dia dlm kempen PRN ini. What went wrong with the CM family.

  • Zalora Malaysia Coupon  On August 1, 2013 at 2:06 am

    Baru jer semalam famili saya sembang pasal nie… hari nie jumpa blog awak … tahniah atas penerangan yg bermanafaat nie..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: