Monthly Archives: March 2011

Jackie Chan Meninggal Dunia?


Dari laman twitter tersebar berita ini

Bintang filem legenda Hong Kong Jackie Chan, 56, menjadi mangsa terbaru laman sosial Twitter apabila berita mengenai kematiannya ekoran serangan jantung tersebar luas di Internet, Isnin.

Menurut laporan yang dipetik daripada ibnlive.com, khabar angin itu tersebar apabila sebuah artikel palsu yang menggunakan nama CNN telah dimuatnaik oleh seorang penulis blog bergelar Skiphopz.

Susulan artikel berjudul ‘Jackie Chan Meninggal Akibat Serangan Jantung’ itu, laman Twitter telah dibanjiri limpahan ucapan takziah daripada kalangan peminat.

Laporan itu turut memaparkan ucapan palsu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berhubung kematian Chan yang berbunyi:

“Jackie Chan seorang lelaki berbakat besar dan begitu sinonim dengan imej kemanusiaan. Dia akan terus abadi dalam hati kita semua, seorang lelaki yang memberikan inspirasi kepada pelbagai generasi. Sebelum ini kita telah kehilangan Nate Dogg, kini Jackie Chan pula.”

Chan yang masih hidup bagaimanapun dilaporkan bakal muncul dengan filem terbaru iaitu 1911, tahun ini.

mStar

Demokrasi Ben Najib: Anwar Kena Halang di Sarawak


Anwar dihalang berucap di Sarawak

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis PKR Sarawak di sebuah kedai makan di Ban Hock Road di Kuching, malam semalam dilarang berucap atas alasan perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada polis.

Menurut Bernama, Anwar yang tiba di kedai makan itu pada jam 7.30 malam dan kemudiannya dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Keong bahawa beliau tidak dibenarkan berceramah kerana tiada permit.

Mun bagaimanapun dikatakan membenar Anwar membuat ucapan ringkas dengan syarat ia dilakukan di dalam kedai makan itu dan tidak mengganggu lalu lintas.

Anwar dalam ucapannya turut memuji tindakan Mun kerana membenarkan beliau memberikan ucapan kepada kira-kira 100 penyokongnya.

Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April.

Hari penamaan calon ditetapkan 6 April.

mKini

Nota: Itulah nasib pembangkang dalam demokrasi ala 1 Malaysia.

Apa salahnya membenarkan ketua pembangkang memberikan pandangan dalam premis persendirian?

Jika Bn mendakwa mengamalkan demokrasi tulen,sila benarkan ruang lain seperti siaran TV untuk selama 30 minit dalam setiap hari kepada pasukan pembangkang.

Jika Bn yakin sudah memperoleh keyakinan rakyat, benarkan saja pembangkang berucap dan berceramah dimana mana saja.

Dengan itu rakyat akan mendapat maklumat dan bisa membuat pilihan tanpa disogok dengan asakan media yang yang dikontrol oleh Bn.

Artis Intan Ladyana Bersekedudukan Dengan Kamal Adli?


 

Betulkah seperti apa yang didakwa ?

Aktres Intan Ladyana Mohamad Yahaya, 28, menafikan dakwaan tinggal serumah atau bersekedudukan dengan kekasihnya aktor Kamal Adli di sebuah kondominium di Ampang, Selangor.

Kata pelakon yang mesra disapa Intan itu, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana hakikatnya mereka tinggal berasingan.

“Dakwaan yang mengatakan saya tinggal serumah dengan Kamal adalah tidak betul sama sekali. Kamal tinggal bersama keluarganya.

“Memang tidak betul sangatlah kalau ada yang mendakwa kami tinggal bersama macam pasangan suami isteri,” katanya kepada mStar Online, Selasa.

Mengakui Kamal kerap berkunjung ke rumahnya untuk berjumpa atau keluar bersama, Intan bagaimanapun berkata, aktor itu hanya menunggu di bawah dan jarang masuk ke rumah kecuali atas hal-hal tertentu atau kecemasan.

“Saya tidak menafikan Kamal selalu datang tetapi tidaklah sampai masuk ke rumah, apatah lagi untuk tidur bersama pula.

“Kebiasaannya dia akan tunggu di bawah sahaja. Kalau pun keadaan memaksa dia untuk masuk ke rumah, kami tidak akan berdua-duaan. Pasti ada pembantu peribadi saya atau rakan-rakan lain juga,” katanya.

Tambah pelakon filem Kembar Siang itu, dakwaan tersebut mungkin timbul kerana jiran-jirannya sering melihat kelibat Kamal berkunjung di kawasan kediamannya.

Tanpa mengetahui cerita yang sebenar, segelintir pihak mudah membuat tanggapan dan andaian masing-masing dengan menyebarkan cerita tersebut.

“Inilah masalahnya apabila orang mudah membuat andaian masing-masing tanpa mengetahui cerita sebenar. Namun, saya tidak kisah sebab perkara itu tidak berlaku,” katanya.

Menyentuh perkembangan terbarunya, Intan baru sahaja menyambung kontrak sebagai pengacara untuk musim baru program Chopp!!! yang bersiaran di TV9.

Wahiduzzaman

HOT: Muka Pencacai Ketuanan Umno Langgah Arak


Parpurikari kena kantoi dengan Topeng Perak

Tiada kata secantik bahasa..

Tetamu blog ini nilailah sendirik hasil penulisan blogger itu terhadap para alim ulamak dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Gambar diatas dari blog…Perisik Rakyat

Ulasan Topeng Perak … [TopengPerak]

Adakah itu ajaran Ketuanan Umno di Malaysia?

Kita tunggu apa respon dari YAB Datuk Menteri Dijabatan Perdana Menteri mengenai Agama Islam Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom.

Senator Dato’ Mashitah mungkin ada hujah terbaik untuk ditampilkan berkenaan imej diatas.

Pak Menteri Penerangan Malaysia mungkin ada nasihat berkenaan kelakuan blogger pro Umno/Bn.

Atau pun blogger itu jugak ikut mencontohi pemimpin 1 Malaysia

Gempaq: Ketua Wira Perkasa Letak Jawatan Serta Merta


Selepas Ketua Wiraniata Perkasa letak jawatan

Nota editor:

Arman Azha Abu Hanifah hari ini sah meletakkan jawatan sebagai ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) atas anggapan NGO itu kurang kehendak politik.

Katanya, banyak perubahan dapat dibuat oleh NGO tetapi pelaksanaannya hanya dapat dibuat melalui parti politik.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam sidang media tergemparnya di sebuah restoren di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah, antara pemimpin yang dilihat lantang bersuara selepas Presiden mereka Datuk Ibrahim Ali, disebut-sebut akan melepaskan jawatan tersebut dalam waktu terdekat ini.

Jika ia disahkan, Perkasa dilihat  berhadapan dengan satu lagi keputusan mengejutkan selepas keputusan Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau bulan lalu.

Bagaimanapun keputusan Raihan itu belum diterima oleh Ibrahim sehingga kini.

Arman berkata, beliau membuat keputusan itu “atas dasar prinsip” kerana PERKASA tidak mempunyai political will atau keupayaan politik dalam perjuangannya.

Arman berkata, beliau telah lama berkira-kira untuk meletakkan jawatan kerana PERKASA tidak berjaya mengetengahkan isu yang diperjuangkannya.

Isu itu termasuk kuota 30 peratus untuk Bumiputera dan juga hak istimewa dalam Model Ekonomi Baru.

Walaupun telah meletak jawatan, Arman, 35, menegaskan bahawa beliau masih lagi ahli seumur hidup PERKASA.

Arman yang dilantik ke jawatan itu sejak lebih dua tahun lalu berkata, beliau akan menemui presidennya Datuk Ibrahim Ali berhubung peletakan jawatannya itu.

“Saya tidak ada dendam atau apa-apa kekesalan terhadap mana-mana pemimpin PERKASA.

“Saya amat menghormati Datuk Ibrahim Ali yang saya anggap sebagai bapa saya sendiri,” katanya.

Arman yang juga ketua penerangan pemuda Umno bahagian Petaling Jaya Utara berkata, beliau telah berkira-kira untuk meletak jawatan sejak lebih dua bulan lalu.

Dalam pada itu beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau bertindak demikian kerana tidak menerima projek daripada PERKASA.

“Bukan kata ada orang lamar saya dengan berjuta-juta. Itu semua fitnah.

“Kalau saya gila jawatan, saya tidak akan letak jawatan,” kata Arman lagi sidang media di sebuah restoran di ibu negara petang ini.

Ditanya lanjut, Arman berkata beliau menyerahkan kepada anggota jawatankuasanya sama ada akan turut meletak jawatan.

mKini/ m.i

Nota: dari satu sumber maklumat tidak rasmi ada mengatakan semalam Arman ada menghadiri perhimpunan solat hajat PR di Selangor.

Adakah tuduhan Ibrahim Ali Pas,PKR dan DAP berpecah sedang terkena batang hidung Perkasa?

Adakah Perkasa akan tinggal nama sahaja selepas ini ,sekiranya ketiga tiga Ketua itu meletakkan jawatan.

Berita Baik: Ujian Memandu Guna Kereta Auto


Penambahbaikan silibus kurikulum latihan mantapkan pemanduan lebih komprehensif

KUALA LUMPUR: Pelatih yang mahu mendapatkan lesen memandu akan dibenarkan menjalani latihan dan ujian menggunakan kenderaan transmisi automatik tidak lama lagi selepas kerajaan meluluskan penambahbaikan silibus kurikulum latihan memandu sedia ada yang menggunakan kenderaan transmisi manual.

Berikutan itu, mereka yang lulus ujian menggunakan kenderaan gear automatik akan mendapat lesen yang mengandungi catatan khas sebagai lesen kenderaan automatik dan hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu saja, manakala yang memilih ujian manual boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata, kurikulum baru itu sudah siap sepenuhnya dan dijangka diperkenalkan tidak lama lagi selepas Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima peruntukan daripada kerajaan.

“Pelaksanaan sistem itu selaras permintaan orang ramai, manakala penambahbaikan silibus kurikulum akan turut memasukkan elemen nilai tambah untuk melahirkan pemandu kompeten, berhemah dan berdisiplin.

“Melalui sistem terbaru itu, calon mempunyai pilihan untuk menjalani ujian memandu menggunakan kenderaan transmisi automatik, berbanding sekarang yang membenarkan mereka menggunakan kenderaan manual sahaja.

“Kerajaan mendengar permintaan orang ramai berikutan penggunaan kenderaan transmisi automatik semakin meluas di negara ini. Saya tidak menjangkakan institut memandu akan menghadapi masalah untuk menjayakan sistem baru itu nanti,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Abdul Rahim berkata, penambahbaikan silibus bertujuan memantapkan kurikulum latihan memandu secara komprehensif bagi melahirkan pemandu yang bukan saja mahir mengendalikan kenderaan dan mengetahui peraturan jalan raya, malah meliputi penerapan aspek menyeluruh.

Bagi tujuan itu, suntikan input diperoleh daripada pelbagai pihak berkaitan, berkepakaran dan berkepentingan, termasuk Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Sementara itu, Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) , Mat Aris Bakar, berkata penambahbaikan silibus berkenaan adalah yang pertama kali dalam tempoh 13 tahun kurikulum latihan memandu dilaksanakan setakat ini.

Pada Mesyuarat Agung PIMA di Kota Bharu pada 18 Mac lalu, beliau berkata, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, memaklumkan ahli persatuan bahawa kurikulum baru berkenaan lebih efektif serta membabitkan elemen kognitif dan psikomotor yang antara lain memberi penekanan terhadap aspek pengurusan risiko dan emosi.

“PIMA menyambut baik penambahbaikan silibus kurikulum latihan memandu ini dan akan memberikan kerjasama penuh menjayakannya. Pelaksanaan itu juga akan memerlukan kira-kira 12,000 tenaga pengajar di sebanyak 174 institut memandu seluruh negara menjalani kursus secara berperingkat,” katanya.

Mengenai laporan akhbar semalam yang memetik Solah sebagai berkata, ada institut memandu menggunakan khidmat tenaga pengajar tidak terlatih dan kenderaan tiada perlindungan insurans bagi melatih calon yang mahu mendapatkan lesen memandu, Mat Aris mengaku terkejut dan menegaskan perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana ia membabitkan keselamatan.

syuhada choo abdullah

%d bloggers like this: