Ada jugak jenis bapa gila macam ni
BANTING – Akibat menegur bapanya yang cuba berbogel di hadapan anggota keluarga, seorang pekerja kilang maut ditikam di dada di flat Bandar Sungai Emas, di sini, kira-kira jam 8 malam, kelmarin.
Polis menahan suspek ketika sedang berlegar-legar di pekan Telok Panglima Garang, kira-kira jam 12 tengah hari semalam, selepas ahli keluarga mangsa membuat laporan.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa, dikenali sebagai Razak Kumar, 20, anak sulung daripada empat adik beradik itu dipercayai ditikam dengan pisau oleh suspek, yang melarikan diri.
Nordin berkata, mangsa dipercayai sering bergaduh dengan bapanya kerana tidak bekerja, pemabuk dan suka hidu gam.:
Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Selangor bersama anjing pengesan turut hadir membantu siasatan kes.
srn