Video Datuk T:Rahim Serah Salinan Asal,Jam Tangan Pada Polis


Rakaman asal video seks,jam tangan diserah pada Polis

Nota Editor: mkini

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Rahim keluar daripada ibu pejabat polis berkenaan pada kira-kira jam 9.40 malam ini.

Katanya, beliau juga telah memberi keterangan berhubung video seks berkenaan dalam siasatan selama hampir lima jam itu.

Rahim turut mengulangi tuntutannya supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

“Jika ada suruhanjaya diraja dan kerajaan bersetuju (menubuhkannya), mungkin penyiasatan lebih rapi akan diadakan bagi memuaskan hati semua pihak bagi mencari kebenaran,” katanya lagi.

Tambahnya, video berkenaan boleh disiasat secara forensik bagi menentukan sama ada ia merupakan rakaman palsu ataupun telah diubahsuai.

“Kita boleh memanggil mana-mana pakar yang hebat, waima daripada pakar Amerika Syarikat (atau biro penyiasatan) FBI, untuk menentukan ketulenan video ini,” katanya.

Katanya lagi, pakar forensik juga akan dapat memeriksa jam tangan yang diserahkannya itu.

“Walaupun ada pihak tidak mengaku tapi tentu pakar forensik akan melihat jam itu sebagai bukti penting.

“Kadang-kadang daki kita di (jam tangan) pun boleh jadi bukti DNA,” katanya lagi.

Beliau juga berharap penjelasannya dalam siasatan itu akan membantu polis menjalankan siasatan.

“Apa yang penting, rakyat Malaysia akan tahu kebenaran sebenar, siapakah aktor di dalam video seks ini,” katanya kepada wartawan.

Turut dipanggil memberi keterangan berhubung video seks tersebut hari ini ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Difahamkan, siasatan ke atas Shazryl itu selesai pada kira-kira jam 10 malam.

Semalam, Rahim, Eskay dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah ‘Datuk T’ yang di sebalik tayangan video seks tersebut.

Shuib, bagaimanapun dipercayai berada di luar negeri dan dijadualkan diambil kenyataannya esok.

Kenyataan Penuh Chegu Bard Yakin Lelaki dalam video bukan anwar
NONE

Pada 21 Mac 2011, saya  menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya  membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari Umno.

Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang memperkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami  dijemput di perkarangan parkir IJN pada lebih kurang hampir 8 pm.

Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami dibawa ke Hotel Shangrila dan bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal.

Datuk T  memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)

Kami dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.

Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ia terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T.

Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya ‘berpura’ yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya, video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat ‘perwatakan’ atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar.

Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik ‘selak kain’ yang lansung tidak mendidik.

Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya ‘isu selak kain’ dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Sekian

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Nota: DAP minta Mufti Perak nyatakan hukum syarak dan fatwa atas Dato T yang menunjukkan Filem lucah di khalayak ramai.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: