Datuk T: Laporan Polis pada Video Fitnah Terbaru


Dua hari lepas Blogger Wak Albanjari membuat gesaan supaya berbagai pihak yang menuntut keadilan dan kebenaran membuat laporan Polis dan menggesa Polis menangkap 3 T atau three stoooges yang membikin video seks.

Gesaan Wak Albanjari telah disambut baik oleh MP Keadilan dan berbagai pihak lain.

Ternyata Wak Albanjari adalah seorang yang sangat perihatin pada isu keadilan dan kebenaran di Malaysia.

Persoalan menarik sekarang ialah ..Kenapa pihak Polis masih belum menangkap 3 T itu?

Adakah 3 T kebal disudut undang undang Malaysia?

Bolehkah rakyat melihat Nazri Aziz,Hishamuddin dan Najib menjadi pelindung pada 3 T tersebut?

Pelbagai pihak termasuk MP Keadilan buat laporan Polis

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak termasuk beberapa Ahli Parlimen dari KEADILAN hari ini membuat laporan polis terhadap ‘Datuk T’ – Rahim Tamby Chik, Shuib Lazim dan Shazryl Eskay berhubung penayangan video lucah pada 11.30 pagi ini.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam Kdan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh  dijangka berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 11.30 pagi.

Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (Gapet), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) juga dijangka membuat laporan polis berkaitan isu sama di IPD Dang Wangi sekitar jam 12.

Organisasi lain termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di beberapa cabang seluruh negara turut membuat laporan polis dalam isu sama.

Video seks ditayangkan di Carcosa isnin lalu, kononnya melibatkan pelakuan seks Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, hal itu terbongkar apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang sebelum ini terpalit dengan skandal rogol gadis bawah umur,  mengakui menjadi dalang video berkenaan manakala Datuk Eskay Shazril Abdullah ‘melakonkan’ watak Anwar.

Menggunakan video itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul pula dipujuk meninggalkan KEADILAN, malah dijanjikan untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Keadilandaily

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: