HOT: Hero Siam Mengaku Buat Video Seks


Subhanallah..Allahuakbar

Manusia merancang..Allah juga merancang,tetapi perancangan Allah mengatasi perancangan manusia itu.

Skandal paling hangat dalam minggu ini akhirnya menjelaskan siapakah Three Stoogers yang yang dicari cari.

Keaiban yang cuba dipalit dan dipahat pada wajah pejuang kebenaran dan keadilan Anwar Ibrahim akhirnya telah menemui kebuntuan.

Jika perkara seperti ini masih cuba digembar oleh Najib dan kuncu kuncunya,maka tunggulah padah yang lebih dahsyat lagi akan menimpa pasukan Umno/Bn/Apco selepas ini.

Wahai  juak juak Umno bertaubatlah sekelian kamu kepada Allah dan pohonlah maaf kepada Anwar kerana kamu telah melemparkan satu fitnah yang sangat aib kepada beliau.


Eskay: ‘Saya dalam video itu’ …mKini

Nota editor:

“Saya dalam video itu”. Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

“T ini trio, three,” kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.

Lelaki ketiga, Bendahari Agung Perkasa dan bekas Senator Dewan Negara, Shuib Lazim yang juga bapa mertua Naib Presiden Umno Shafie Afdal tidak hadir pada sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa itu.

Rahim Thamby Chik pada tahun 1994 didakwa terlibat melakukan seks dengan budak perempuan berusia 14 tahun dan merupakan musuh politik Anwar dari dahulu lagi.

Dalam Fitnah 1998, beliau adalah dalang di sebalik penulisan buku “50 Dalil..” yang membawa kepada fitnah pertama itu.

Anwar kelmarin menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah lelaki dalam video tersebut dan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi semalam.

Fitnah terbaru ini dilihat ramai pihak sebagai usaha terkini untuk menghalang kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat dalam arena politik Malaysia.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: