Gempar : Imej Pompuan Dalam Video Seks Datuk T


mungkinkah imej dibawah ini…

Mana satu imej yang betul aku pun tak tau,

Hangpa pun tak tau jugak..takdak sapa tengok lagi pun video tu..

Kalu hangpa nak tau,laa ni hangpa pi bawak Polis dan SKMM cekup Datuk T tu.

Adakah Datuk T dilindungi oleh sesiapa?

Sama ada beliau tu Booker T ka atau Special T ka, beliau boleh bagi tahu kerana video tu ada dalam tangan dia.

Polis perlu tangkap penonton video lucah tu kelmarin termasuk semua wartawan Malaysiakini,malaysian insider ,Nst,Utusan dan Bernama.

Video kelmarin patut dirampas oleh Polis dan Datuk T didakwa kerana menjadi penganjur tontonan video lucah.

Jika OK untuk jatuhkan pemimpin pembangkang, Pak Rais Menteri Penerangan kena bagi lesen pada Panggung Wayang dan Hotel serta orang perseorangan untuk tonton video lucah.

Pelancong boleh tengok video lucah dan filem lucah selepas ini di Negara Islam Malaysia kerana tiada lagi sekatan seperti negara lain,maka jumlah pelancong akan bertambah dari kegiatan ini.

Aku pasti Pak Rais pun takkan buat macam tu.

Siapakah yang main dalam video kelmarin ..SKMM dan Polis sekarang mempunyai kuasa untuk menahan Datuk T dan penonton video lucah tersebut dan merampas video itu.

Janganlah sekali lagi masyarakat antarabangsa mentertawakan tindakan semborono untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang di Malaysia.

Nota editor:

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.

Beliau diiringi tidak kurang 50 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi.

Hadir sama, ahli parlimen dan pemimpin PKR lain seperti R Sivarasa, Tian Chua dan M Manikavasagam, setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, naib presiden PKR N Surendran dan ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

Anwar says ,Najib and Hisham involved in sex video scandal

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/anwar-says-najib-hisham-involved-in-sex-video-scandal/

Latest update

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan polis yang dibuat oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendedahan satu rakaman video seks sebagaimana yang didedahkan kepada media massa pada Isnin akan disiasat di bawah kesalahan memiliki dan mengedarkan bahan pornografi.

Menurut Ismail, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 292 Panel Keseksaan.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita ketika ditemui sempena sambutan Hari Polis di Bukit Aman, Selasa.

foto dari blog…wak albanjari

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: