Myvi 1.5 Akan Dilancar Pada Julai 2011


Model baru yang dipertingkatkan

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan model Myvi yang dipertingkatkan dengan ciri baru berkuasa 1.3 liter pada Mei manakala model berkuasa 1.5 liter pada Julai atau September tahun ini sebagai kesinambungan kepada model Myvi yang juga model paling laris keluaran Perodua ketika ini.

Bagaimanapun, beberapa perubahan besar dilakukan membabitkan ruang dalaman dan luaran model itu berbanding model sedia ada antaranya papan pemuka baru, reka bentuk depan dan belakang lebih sporty serta warna baru bagi model berkuasa 1.5 liter.

Sumber industri automotif berkata, model baru Myvi ditawarkan dalam beberapa varian membabitkan transmisi automatik dan manual itu akan memulakan pengeluarannya pada Mei di kilang Perodua di Sungai Choh, Rawang selepas pengeluaran bagi model sekarang dihentikan akhir bulan ini.

“Model baru Myvi ini mengalami perubahan saiz dimana saiznya dikecilkan sedikit berbanding model sekarang dan kusyen tempat duduk ditebalkan bagi menambahkan keselesaan kepada penumpang selain menggunakan papan pemuka baru, sekali gus menjadikan model berkenaan lebih bergaya.
“Reka bentuk model ini lebih kompak dengan ciri reka bentuknya dilakukan jurutera Perodua selari dengan sasaran pembelinya ialah golongan muda manakala sesi uji pandu model berkenaan sudah dilakukan serta hanya menunggu masa untuk dilancarkan,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, model Myvi pertama kali diperkenalkan di pasaran pada 2005 dan menerusi model baru ini, Perodua turut memperkenalkan enjin berkuasa 1.5 liter yang kini digunakan pada model Alza menjadikan model berkenaan lebih berkuasa dan menjimatkan penggunaan minyak.

Difahamkan gambar mengenai model berkenaan juga sudah mula tersiar menerusi beberapa laman web automotif dan ketika ditanya mengenai harga jualan bagi model berkenaan, sumber itu berkata bagi model berkuasa 1.3 liter akan dijual lebih tinggi sedikit daripada model sekarang manakala harga bagi model 1.5 liter lebih rendah daripada model Perodua Alza.
Bagaimanapun, beliau berkata, harga atas jalan bagi kedua-dua versi Myvi itu masih menunggu kelulusan daripada kerajaan dan dijangka harga bagi model 1.3 liter diumumkan tidak lama lagi.

Ketika ini, harga bagi model Myvi 1.3 liter SX (metalik) misalnya dijual pada harga atas jalan (OTR) termasuk insurans RM43,900 manakala harga Alza 1.5 liter GX (metalik) dijual pada harga RM55,900 seunit.

metro

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: