Eric Clapton Lelong 70 Gitar Peribadi


Clapton sumbang untuk badan amal

NEW YORK: Penyanyi rock terkenal, Eric Clapton meletakkan 70 gitarnya untuk lelongan amal kelmarin yang menarik minat ratusan peminat setianya sekali gus berjaya melepasi sasaran jualan.

Gitar berongga Clapton dikenali sebagai Gibson buatan 1948 dilelong pada harga AS$83,000 (RM252,120), menjadikan barang yang paling mahal dalam lelongan itu. Ia hanya dianggarkan bernilai AS$30,000 (RM91,155).

Kebanyakan barang dijual lebih tinggi daripada harga disasarkan agensi pelelongan Bonhams.

Lelongan itu termasuk gitar Fender Stratocaster, yang sering dikaitkan dengan legenda pemain gitar itu termasuk model hitam yang digunakan dalam konsert Cream Reunion di Royal Albert Hall di London dan Dataran Madison New York pada 2005.

Gitar Stratocaster yang sinonim dengan Clapton dijual dengan harga AS$51,000 (RM154,887) dalam lelongan yang turut berjalan serentak di New York, Los Angeles, London dan secara online.

Hasil lelongan akan didermakan ke pusat pemulihan dadah dan alkohol, Pusat Crossroads di Antigua. Pusat ini diasaskan Clapton yang juga bekas penagih heroin dan bekas peminum minuman keras pada 1998.
Gitar akustik 12 tali, Martin, yang digunakan Clapton semasa menyanyikan lagu ‘Motherless Child’ dijual pada harga AS$70,000 (RM212,703), sedangkan ia dijangka hanya meraih AS$5,000 (RM15,195).

Selain itu, gitar yang turut menarik perhatian pembida ialah replika gitar 2006 yang mempunyai tanda rokok pada bahagian kepalanya dikenali sebagai ‘Blackie’ Stratocaster, digunakan Clapton sepanjang 1970-an. Ia dibeli pada harga AS$30,000 (RM91,184).

Gitar Blackie yang asal sudah dibeli kedai peralatan muzik Guitar Center pada harga AS$959,500 (RM2.9 juta) pada 2004.

Lelongan itu turut menawarkan puluhan alat pembesar suara milik Clapton termasuk Supro 1960-an, yang dikatakan pernah digunakan pemain gitar Jimmy Page dalam album ‘Led Zeppelin II’. Ia dijual pada harga AS$28,000 (RM85,077).

Ini bukan kali pertama Clapton menjual alat muziknya. Pada 1999, beliau berjaya mengumpul lebih AS$5 juta (RM15.1 juta) dan pada 2004, mengumpul AS$7.4 juta (RM22.4 juta). Kesemuanya disumbangkan ke Pusat Crossroads.

Tambahan kepada lelongan Clapton itu, ada juga gitar yang disumbangkan dan ditandatangani legenda rock lain seperti Jeff Beck, JJ Cale dan Joe Bonamassa.

Artifak yang bercampur turut dilelong termasuk tiga sut rekaan Gianni Versace yang dibuat sempena konsertnya di Royal Albert Hall pada 1990, beg sandang kulit hitam rekaan Andrea Valentini dan telefon bimbit ditandatangani Clapton.

AFP

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: