Harga Minyak Naik Lagi?


Sejak Najib mengambil alih pentadbiran dari Pak lah harga minyak sudah naik beberapa kali,sehingga kini harga minyak tanpa disedari oleh sekalian rakyat minyak RON92 sudah sampai pada harga sewaktu Pak Lah mentadbir dulu iaitu RM2.40 sen seliter.

Bukankah itu adalah janji kerajaan oleh Najib sewaktu mengambil alih pentadbiran dari Pak Lah tidak akan menaikkan harga minyak petrol ,diesel dan gas?.Malahan najib mempersendakan Anwar dengan menyatakan bahawa anwar hanya pandai berjanji,tetapi sedarkah kita sewaktu Anwar menjadi pentadbir dulu 8 tahun Anwar berjaya mengawal harga minyak.Itu satu pembuktian dan fakta serta bukan auta dari Anwar.

Anwar memberi respon terdahulu pada awal 2010 bahawa kenaikan harga minyak dapat dikawal dengan mengurangkan keuntungan kepada IPP atau milik negarakan semua IPP dan beberapa projek lain kerajaan seperti 5 buah IPP yang berada di Tasik Kenyir Terengganu.

Jika difikirkan kenapa perlu ada IPP di Tasik Kenyir? Itu Pak Menteri punya agenda.TNB tiada kuasa untuk menghalang hasrat sanubari Pak menteri.

Kalu tanya pada Sponge bob pun dia akan ketawa berdekah dekah.

Kerajaan pastikan kenaikan harga minyak tidak jejas permintaan :Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan akan mengambil langkah memastikan kenaikan harga minyak mentah akan membolehkan permintaan tinggi penggunaan domestik berterusan, terutama sekali di segi penggunaan dan pelaburan swasta.

Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan akan diambil jika harga tenaga itu terus meningkat di atas paras kritikan dan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global.

Najib akui pelaburan swasta menurun sejak beberapa tahun lalu

“Pelaburan sektor swasta sudah turun sejak beberapa tahun lalu tetapi dengan pengenalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan projek permulaan (EPP), pelaburan sektor swasta dijangka terus meningkat,” katanya selepas taklimat dengan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Katanya, kerajaan komited mengenai program rasionalisasi sabsidi tetapi akan ia dilaksanakan secara perlahan-lahan dan disasarkan terhadap rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan.

“Kenaikan mendadak harga minyak disebabkan ketidaktentuan dan perkembangan di Timur Tengah akan menjadi ancaman terbesar terhadap pertumbuhan ekonomi global,” katanya.

Peningkatan berterusan inflasi, katanya, akan terus memberi kesan terhadap pengguna.

Krisis hutang kedaulatan, menurut beliau, masih boleh diuruskan.
Beliau berkata, defisit kerajaan bergantung kepada jumlah perolehan yang diperolehi kerajaan berbanding dengan berapa banyak peningkatan sabsidi, khususnya jika tiada semakan semula di segi harga petrol, diesel dan perkara yang lain.

Menurut Najib, ia akan memberikan tambahan RM4 bilion pada tahun ini untuk menyediakan sabsidi pada harga semasa jika tidak dilakukan penyelarasan harga petrol.

Bernama

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: