Ummi Hafilda Kena Belasah Dengan Azwan Ali Lagi


Tak takut azab neraka?tanya Azwan kepada Ummi Hafilda

KUALA LUMPUR: Ummi Hafilda Ali diingatkan supaya berhenti memfitnah orang lain sebaliknya berusaha membersihkan dosa yang dilakukan terutama terhadap keluarga sendiri. Peringatan tersebut dibuat oleh adiknya sendiri, Azwan Ali.

Sejak akhir-akhir ini Ummi yang merupakan salah seorang watak utama dalam konspirasi pertama tahun 1998 muncul dan menjaja cerita kononnya beliau tahu keburukan abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

Beliau juga sering mencaci peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sikap Ummi semakin menjadi-jadi apabila ada pilihan raya kecil. Terbaru, ketika berucap di pentas BN dalam pilihan raya Merlimau, beliau memberi amaran kepada pengundi-pengundi kononnya Anwar merupakan seorang individu yang sangat merbahaya kepada agama dan juga negara.

Dalam SMSya kepada KeadilanDaily.com, Azwan mengingatkan kakaknya bahawa seksaan dari Allah menanti kepada mereka yang melakukan fitnah. “Tak takut azab neraka ker?” kata Azwan.

Sehubungan itu, Azwan yang juga personaliti TV terkenal menasihati Ummi supaya membersihkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain.

“Bersihkan dosa pada adik beradik sebelum nak menyalak berpolitik sambil busukkan darah daging (sendiri). (Ia juga termasuk) dosa kepada saya,” tambah Azwan.

Pada September 1998, ayahnya Haji Ali Omar (Allahyarham) melalui sebuah surat wasiat memutuskan pertalian zuriat dengan Ummi kerana sikapnya yang suka melakukan fitnah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8033

Advertisements
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • abu bakar abdullah  On March 4, 2011 at 7:53 pm

    Salam semua,

    Hendak ayat apa lagi nak di tulis… apa yang Azwan katakan sudah cukup untuk ahli UMNO dan semua rakyat bangkit menentang
    semua salahlaku pemerintah yang sengaja memaksa Umi Hafilda atau pun mungkin Umi di ugut…. manakan kita tau.

    Ditambah wasiat bapa Azwan sendiri… cukupla tu Azwan kami sudah cukup mengerti hancur luluhnya perasaan kamu dgn sikap Umi yg tidak mahu berubah… cukupla kita biarkan TUHAN yg menghukum….kamu dah buat sebaik mungkin… cukupla tu yg dikutuk adik-beradik sendiri…sudah pasti lumpur pekat terasa terpalit pada seluruh keluarga….

    Kepada semua yg terlibat atau pun penyokong kerja fitnah yg sangat panjang ceritanya……kembalilah…. kembaliah

  • Anuku  On March 5, 2011 at 10:08 pm

    Kalau orang terdekat dengan UMMI boleh mangakuinya, memang dah terbukti Peristiwa 1998 merupakan sesuatu penipuan besar oleh UMMI. Azwan pastinya tahu duduk perkara sebenar setelah mengalami dan merasai sendiri akan keperitan akibat peristiwa tersebut. Keluarganya menjadi porak poranda akibat seorang yang bernama UMMI.

    Kesian dengan Mak Tom, sudah keringkah airmatanya menangisi akan kejadian ini? Terlalu kesian dengan Mak Tom. Semoga ketabahan serta doa sentiasa mengiringi Mak Tom. Kepada UMMI, selamilah hati dan perasaan seorang ibu yang bernama MAK TOM.

    Selamat untuk rakyat Malaysia

  • mamat  On March 8, 2011 at 3:07 am

    sabar la saudara azwan ali..dunia ini bukan lama lagi hayatnya..setiap perbuatan buruk pasti ada balasannya.

  • apaiku  On March 8, 2011 at 12:38 pm

    cara ummi nak cari makan …? memanag lah..kalau ummi tak buat macam tu..neraka tak bertambah… azwan pun mulut sama je…mungkin keluarga dia orang tak elok kot…sebab tu dalam pkr pun ada..

  • Anuku  On March 8, 2011 at 2:43 pm

    apaiku

    Bukan keluarga yang tak elok tapi keperibadian itu yang tak elok. Ibubapanya telahpun memberikan yang terbaik kepada semua anak2 tapi bila dah dewasa, sendiri fikirlah akan keputusannya. Sebab tu kata orang ‘bukan salah ibu mengandung”. Kalau dah besar2 gini pun masih punya hasad dengki (phd) yang tinggi, itu bukan salah keluarga, salah sendiri namanya.

    Jadinya seperti kata Nabil – lu fikirlah sendiri.

    TETAP DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK MAT TOM

  • adik  On December 4, 2011 at 3:14 pm

    ksian..sanggup tikam keluarga sndri dpan2..pompuan lak tu..haishh

  • ima  On December 10, 2011 at 10:18 pm

    jgn salahkan ibubapa….UMMI tu dh besar panjang….sesungguhnya dosa orang yg menfitnah darah dagingnya sendiri lebih teruk dari dosa 10x berzina…jika tk sempat bertaubat akan terus masuk ke neraka ke 7…….doa ku semoga Azwan dan sekeluarga tabah menghadapi ujian ALLAH…dan semoga UMMI kembali kepangkal jalan…pintu taubat sentiasa terbuka luas selagi ALLAH berikan nyawa padamu UMMI…

  • kak ma  On December 11, 2011 at 3:26 pm

    subhanallah…. semoga Umi mendapat petunjuk Allah akhirnya. doa ibu doa yang ampuh… sebaris doa ulama dan para nabi untuk umatnya…. doalah moga mereka mendapat petunjuk Allah dan kita juga tidak terkecuali

  • Ziyad  On December 28, 2011 at 3:40 pm

    Iman TAK boleh di warisi..

  • Anonymous  On January 7, 2012 at 7:05 pm

    Sama je Si Azwan tu,mulut bleh tahan juga.Tidak tak gaduh le dengan rakan2 artis.Sekarang ni nama dia pun dah tenggelam terus.Bawa2 bertaubatlah Azwan,Azmin n Ummi,kesihan lah kepada ibu yang melahirkan kamu semua,betapa aibnya beliau bila anak2nya sendiri membuka pekung didada.

  • anak ibu  On January 7, 2012 at 7:14 pm

    Sama je si Azwan tu,tidak tak gaduh le dengan rakan2 artis n wartawan.Sekarang ni pun nama beliau dah hampir tenggelam.Kesihanlah kepada ibu kamu wahai Azwan,Azmin n Ummi.Cukup2lah tu, asyik burukkan keluarga sendiri.Apa guna kamu semua mempertahankan orang lain sedangkan keluarga kamu sendiri pun tak dapat kamu semua pertahankan.Lebih afdal kamu perbaiki keluarga sendiri dari memperjuangkan nasib org lain.Dunia ni hanya sementara….

  • joe  On January 17, 2012 at 10:04 pm

    si azwan ali ni pun mulut macam sampah juga….tak boleh pakai dia ni…bila kata2 dia ada unsur pro anwar, ramai pula yang tiba-tiba suka….aishh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: