Pelik Tapi Benar: Pokok Petai Menangis


PELIK...Norhayati menunjukkan air yang ditadah bawah pokok petai yang didakwa menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal. PELIK…Norhayati menunjukkan air yang ditadah bawah pokok petai yang didakwa menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal.
Air Mata’ Pokok Petai

KEPALA BATAS: Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan ‘menangis’ sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu.

Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.
Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan ‘menangis’, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi.

Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian.
“Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan.
“Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan,” katanya Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah.

“Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai ‘menangis’.
“Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya,” katanya.

Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit.
“Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat,” katanya.

Zulfa Mohamad

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • GG  On February 28, 2011 at 5:52 pm

    salam…
    Setahu saya pokok menyerap mineral di dalam tanah melalui akar dan sekiranya di dalam tanah tersebut terdapat endapan cemar proses pemeluapan(perpeluhan) bagi merembeskan enapan cemar(toksin) pada waktu malam melalui kulit,daun… proses pemeluapan(perpeluhan) pada waktu malam disebabkan siang hari berlakunya proses fotosintesis.

    Proses perpeluahan sememangnyer pokok mengeluarkan air, sekiranya terdapat toksin yang banyak dalam mineral yang diserap, lagi bayaklah air yang di rembeskan semasa proses perpeluhan.

    Ada kemungkinan pokok yang paling besar/tinggi sekitar kawasan berkenaan akan menyerap mineral lagi banyak dan jauh ke dalam tanah disebabkan akarnya lagi panjang dari pokok-pokok yang lebih kecil.

    Ini sekadar pandangan saya sahaja dan bukanya berkaitan secara lansung dengan pokok petai yang dikatakan menanggis di Kg Lembah Raja, Pinang Tunggal, Penang. Sebaiknya pihak yang berkenaan mengetahui dahulu sampel tahah kawasan sekitar dan lagi elok mengetahui kandungan mineral air pokok petai yang di katakan menanggis.Peristiwa pokok menanggis dan penduduk sekitar menadah air pernah berlaku di selinsing, Pasir Puteh Kelantan. (sumber akhbar Sinar Harian).

    Sekiranya air pokok yang dikatakan menanggis itu terdapat toksin(endapan cemar) apa akan berlaku kepada yang meminumnya ???…???

    Setiap kejadian tuhan ada sebabnya dan hikmahnya… Assalamualaikum untuk rakyat Malaysia

  • halorima  On February 28, 2011 at 6:37 pm

    assalamualikum wbt
    saya amat tertarik dengan pendapat yg diutarakan oleh saudara GG. Saya amat2lah bersetuju dgn pendapat beliau.
    saya merupakan antara saksi kejadian di pasir puteh, kelantan spt yg diberitahu oleh saudara GG. hasil dr pemerhatian memang tiada unsur2 pelik berhubung kejadian tersebut. Ternyata air tersebut mengandungi toksin dan amtlah memudaratkan jika diminum. Harapan saya ada pihak yang berkenaan yang dpt menjalankan ujian2 yg perlu bg memastikan tahap keselamatan air tersebut. Mungkin kejadian yang berlaku di kg Lembah Raja ini bukan spt yang berlaku sebelum ini.. wallahua’lam…. sekian

  • wangcu  On March 4, 2011 at 8:21 am

    sekali air kincing la hahahaa credit kepada sesiapa yang minum tahniah minum ayaq kincing

  • ron shah  On March 4, 2011 at 9:05 pm

    kenapa beri nama pokok menangis……..patut beri nama pokok kincing. Pada yang telah minum anggaplah ia jus petai….

  • apaiku  On March 8, 2011 at 12:59 pm

    air kencing petai tu..pasal tuan punya pokok selalu kencing kat belakang pokok petai..kali ni apa salahnya pokok petai kencing dia orang pulak……….

  • Wan Malek Wan Noh  On March 21, 2011 at 10:08 am

    Rumah saya pun dulu pernah ada pokok mempelam tua yang keluarkan air dari daun dan dahan-dahannya seolah-olah macam air hujan renyai-renyai yang memang menghairankan juga tapi saya tidak hebohkan kepada sesiapa.

    Bagus jugak kalau ada pihak yang boleh buat kajian secara saintifik dan biologi ke atas pokok petai di Kg lembah Raja, Pinang Tunggal dan dijadikan bahan kajian geologi oleh penuntut-penuntut universiti yang berhampiran seperti USM dan UiTM. Kajian seismic bumi juga penting dan boleh menghasilkan tesis.

  • shakila  On May 23, 2011 at 8:50 pm

    salam.. sya rasa penduduk kampung di sana perlu wt kajian dahulu..mungkin secara kebetulan saja air itu keluar dan mungkin juga berdasarkan peredaran cuaca yang x menentu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: