Model Baru VW Lebih Murah


MODEL Volkswagen Passat akan ditawarkan dengan harga 30 peratus lebih murah apabila ia dipasang di kilang DRB-Hicom.

Dipasang di kilang DRB-Hicom dengan tawaran rm154,000 seunit

MODEL pemasangan tempatan (CKD) Volkswagen Passat hasil jalinan pakatan antara DRB-Hicom Bhd dan Volkswagen AG (VW) akan dijual pada harga amat berdaya saing, sekitar RM154,000 seunit, iaitu kira-kira 30 peratus lebih murah berbanding sekitar RM220,000 bagi yang diimport sepenuhnya (CBU).

Model perintis hasil pakatan kerjasama konglomerat automotif Malaysia dan syarikat automotif terbesar Eropah itu akan mula dipasarkan November ini.

Sumber industri berkata, penurunan harga itu hasil pengecualian cukai susulan daripada program CKD serta pengurangan kos pengeluaran berikutan penggunaan komponen tempatan, iaitu sekitar 40 peratus. Katanya, meskipun harga bagi Passat CKD itu dikurangkan dengan ketara, namun dari segi kualiti, ia akan tetap mengikut dan menepati spesifikasi pengeluaran antarabangsa VW.

“Buat permulaan, harga Passat yang dipasang dan dikeluarkan di kilang pemasangan milik DRB-HICOM di Pekan, Pahang akan ditawarkan 30 peratus lebih rendah daripada model CBU, sebelum ia dikurangkan lagi secara berperingkat bergantung kepada peningkatan peratusan penggunaan kompo-nen tempatannya.

“Justeru, melihat kepada penurunan harga serta jangkaan sambutan menggalakkan, kami menjangkakan DRB-Hicom akan membuka tempahan bagi model itu selewat-lewatnya dua minggu sebelum pelancarannya di pasaran,” kata sumber industri itu kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, jika DRB-Hicom mampu meningkatkan peratusan kandungan komponen tempatan pada Passat dalam tempoh beberapa tahun akan datang, harga model itu dijangka mampu dikurangkan sehingga mencecah RM130,000 seunit.
“Buat permulaan, program CKD Passat itu hanya membabitkan peratusan kandungan komponen tempatan yang kecil, iaitu sekitar 40 peratus, namun DRB-Hicom, menerusi program vendornya, sudah memiliki beberapa strategi untuk meningkatkannya sehingga 60 peratus dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang,” jelasnya.

Program CKD model Volkswagen itu susulan termeterainya perjanjian pelesenan dan pakatan antara DRB-Hicom dan VW pada Disember tahun lalu sehingga membolehkan konglomerat automotif tempatan itu memasang dan mengeluarkan kenderaan jenama Volkswagen di Malaysia.

Perjanjian yang dicapai selepas kira-kira dua tahun berunding itu, akan menyaksikan DRB-Hicom memperkenalkan tiga model Volkswagen dan mengeluarkan kira-kira 30,000 unit kenderaan VW setahun menjelang 2015, sebelum ditingkatkan lagi pengeluarannya kepada 60,000 unit pada 2020.

Volkswagen Passat adalah model sulung yang akan dikeluarkan di kemudahan milik DRB-Hicom itu, sebelum disusuli model Jetta dan satu lagi model yang akan diumumkan kelak.

Selain dipasarkan untuk pasaran tempatan, model Volkswagen yang dipasang DRB-Hicom itu, akan turut dieksport ke negara ASEAN lain mulai 2013.

Ahmad Farizal Hajat

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Jay  On February 28, 2011 at 6:41 pm

    Silap model yg dipaparkan di atas brader…yg model di atas ni passat CC ..ia adalah passat sport version coupe comfort yg tidak akan dipasang dimalaysia…niche market…..yg akan dipasang ialah passat standard bukan passat Cc….harga passat Cc sekarang 250k which kerajaan tak akan bagi kat pegawai nya utk pakai…giler pegawai kerajaan pakai passat CC….jadi buaya lah mereka….

    • abu shahid  On February 28, 2011 at 7:53 pm

      Model yang akan dipasarkan di Malaysia adalah sama seperti gambar diatas ,4 pintu, cuma harga barunya lebih murah dari model CBU.

      model ini jugak seperti Proton Inspira yang lebih murah dari mitsubuhi lancer.

  • Jay  On March 1, 2011 at 1:30 pm

    Buat homework lebih lah brader…tak kan bab ni pun hang nak kencing kot….berjuta org hang kencing dah dlm hal politik…cukup cukup la tuuu….passat CC tidak akan dipasang dimalaysia…hanya passat standard, passat jetta yg akan dipasang di kuantan mulai hujung tahun ini….

    • abu shahid  On March 1, 2011 at 1:34 pm

      itu maklumat dari wartawan berkenaan..hang pi la kata dia yang kencing rakyat mesia

  • Jay  On March 1, 2011 at 5:36 pm

    Nampak sgt hang jenis manusia cut n paste…sebab tu banyak fitnah berlaku dlm umat islam hari ini kerana para penulis yg mengaku menulis atas dasar prinsip islam sebenarnya kaki cut and paste….depa tak buat home work…cakap ikut sedap mulut, tulis ikut syok sendiri…iman letak mana.?….kalau berterusan begini lah patut pun pas tak akan menang di malaysia….isu mudah pun depa bergantung pada org lain….elok lah pas bertanding di kerdau ni boleh jawap isu ijazah syed brahim….hancus umat dapat pemipin ngaku bawa islam tapi tong kosong ilmu tak der…tahu cakap tak reti buat….

    • abu shahid  On March 1, 2011 at 7:47 pm

      Apa salah ke untuk menyebarkan berita baru kepada sesama rakyat.

      kalau hang tak suka tak payah masuk sini, ramai lagi orang lain suka masuk baca berita baru.

      pasal ijazah tu eloklah hang pi komen kat blog albanjari..

    • Kata Aku, Bukan Kata Ko  On June 1, 2011 at 2:35 pm

      Tak semua penulis, buat semua homework…klu bidang dia mungkin kot…tapi tak tahu la klu Jay tu baguih sangat, sampai tahu semua bidang dunia ni..Kita manusia, tak semuanya sempurna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: