Khalid Gagap Tipu Rakyat Selangor Lagi!


700 permohonan milikan tanah sudah diluluskan

KUNDANG – Kerajaan Negeri akan memastikan 100,000 permohonan pemberi milikan tanah untuk kediaman di negeri ini diberi perhatian sewajarnya untuk diselesaikan segera.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mensasarkan setiap minggu sekurang-kurang 700 hingga 800 permohonan di seluruh Selangor diluluskan.

Menurutnya, tumpuan ketika ini diberikan kepada permohonan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang, kawasan Sabak Bernam, Sungai Besar dan Kuala Selangor.

“Kita telah arahkan agar semua kakitangan pejabat tanah turun padang bantu penduduk untuk mengisi borang permohonan beri penerangan, jadi tak payahlah mereka hendak ulang alik ke pejabat tanah untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat kelulusan pemberimilikan tanah (notis 5A) kepada 164 penerima di Kampung Melayu Sri Kundang, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Sains Teknologi dan Inovasi negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Kata Khalid, pemilikan tanah di kawasan di Kampung Melayu Sri Kundang dimulakan sejak 1999 dengan lebih 700 permohonan dan dari jumlah itu sebanyak 571 menerima hak milik manakala 216 masih tertangguh.

Menurutnya, kertas kerja ringkasan kali keempat yang disahkan oleh JKKK dan Petadbir Tanah dan Daerah Gombak telah diangkat untuk dipetimbangkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 20 Oktober 2010

“Seramai 201 nama telah diluluskan namun sebahagiannya terpaksa ditolak kerana tapak dibiar kosong, permohonan bertindih dan dua lagi tapak mempunyai hak milik dan dari jumlah itu hanya 164 akan diberi notis 5A disebabkan 37 permohonan tidak menyelesaikan kerja ukur dan sebagainya dan kadar premium yang dipersetujui oleh Exco Kerajaan Negeri untuk penerima notis pada hari ini ialah RM2.00.

“Kita hanya beri hak milik kepada mereka tinggal melebihi 10 hingga 15 tahun yang dan jika ada bawah 10 tahun yang mohon, perkara itu akan dipertimbangkan oleh ketua kampung,” katanya.

sinar

Nota: Jumlah keseluruhan permohonan dari rakyat Selangor sebanyak 100,000 akan segera diluluskan.

Ini merupakan tindakan segera yang diambil oleh pentadbiran PR di Kedah,Kelantan dan Selangor.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • mamat  On March 8, 2011 at 3:30 am

    Datuk saya sudah mohon pemilikan tanah 20 tahun dulu tapi tak diendahkan langsung.tapi dulu bukan Tan Sri Khalid Ibrahim Yang menjadi pemimpin masa itu.macam mana nak selesaikan?

  • aini  On May 13, 2011 at 10:43 am

    saya dah lama menetap di selagor, saya ingin miliki sebidag tanah, tapi tak tahu cara nya

    • abu shahid  On May 13, 2011 at 2:49 pm

      Tuan boleh dapat info lebih lanjut lagi melalui ketua kampung ,tuan penghulu dan D.O yg berdekatan.

      wassalam

Leave a Reply to abu shahid Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: