Mahathir Dengan Fatwa Nasionalisnya


Tak faham agama tapi nak bercakap soal agama

Semenjak dua menjak ini che det sering saja memberi pendapat separuh masaknya terhadap semua isu,seolah olah beliau masih PM bukannya najib.

Samada isu isu berkenaan kehidupan sosial melayu Singapura dan Malaysia atau pun isu berkenaan hal ehwal agama.Tuduhan beliau Pas akan melonggarkan amalan agama kerana desakan DAP amat keterlaluan.Mungkin beliau sudah lupa,suatu waktu dulu beliau sendiri mempermainkan isu janggut Baginda Rasul saww.,antaranya beliau mempermainkan hukum mengenai Hudud!

Untuk apa Mahathir sentiasa cuba mengomen apa saja isu yang berbangkit itu?.dari tinjauan blog ini pada beberapa orang veteran politik dan aktivis masyarakat,mereka menyimpulkan dimasa sekarang sepatutnya mahatir menumpukan kepada soal kebajikan dan soal spiritualnya sendiri bersesuaian dengan umurnya, atau pun mahathir menampakkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang dihormati masyarakat!

Apa yang terjadi sekarang adalah sebaliknya. Komen terbaru mahathir pada huraian Tok Guru Nik Aziz menunjukan beliau masih menyimpan dendam kesumat pada pemimpin Pas nombor 1 itu.

Kedangkalan mahathir mengenai agama Islam nampak jelas.Mahathir tidak mengerti maksud NASIONALIS dari pandangan Islam.

Jika mahathir masih menganggap orang islam itu bersaudara,segerakan membayar ‘Royalti minyak dan gas Kelantan’.Biarkan saja Pas terus menerajui negeri Kelantan. Boleh begitu?

Ringkasnya kenapa “DEBAT Umno – PAS”  tidak jadi?Sila teruskan jika umno berani.Ada berani?

Blog ini ingin mengulangi dari apa yang pernah blog ini komen dari ucapan muhyiddin pada ‘persidangan umno tahun lepas’.

Nasionalis atau assobiyah itu BUKAN ajaran Islam, dengan perintah dari junjungan mulia  Baginda Rasullulah saw..mafhum dari  al hadith..

” Bukan dari kalangan aku mereka yang berjuang diatas dasar assobiyah,bukan dari kalangan aku mereka yang berperang di atas jalan assobiyah dan bukan dari kalangan aku mereka yang mati di atas jalan assobiyah”..maknanya Baginda Rasul telah mencemuh dasar perjuangan yang sebegitu.

Dari Wasilah bin Asqa’  bahawa beliau telah mendengar bapanya (Wasilah) berkata: Aku bertanya Rasullulah, apakah dia assobiyah itu? Jawab Baginda: Bahawa engkau menolong kaummu di atas dasar kezaliman.

malaysiaKini melaporkan…

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kepercayaan agama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat – yang disebutnya sebagai ‘Islam Nik Aziz’ – lebih teruk daripada ‘Islam nasionalis’.

“Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis,” kata Dr Mahathir.

Beliau rela mempertahankan (menteri mentor Singapura) Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.”

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, bayangkan sahaja pendekatan Islam bawah pemerintahan Nik Aziz ketika beliau duduk sebaris dengan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat seperti Lim Guan Eng (setiausaha agung), Karpal Singh (pengerusi) dan Lim Kit Siang (penasihat).

“Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew,” sindir Dr Mahathir.

Pada 27 Januari lalu, Utusan Malaysia juga melaporkan Nik Aziz mengeluarkan kenyataan itu dengan membandingkan dengan sikap segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.

Melayu pecah tiga

Menulis di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata, hasil perjuangan nasionalisme Melayulah banyak nilai Islam diterapkan dalam pemerintahan jika dibanding dengan pengamalan di zaman British yang mana ramai pembesar Melayu minum arak, pekerja Melayu minum todi dan ramai yang tidak sembahyang.

Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?” soal Dr Mahathir lagi.

Beliau juga sebaliknya membidas menteri besar Kelantan itu dan PAS yang hasil terbesarnya didakwa memecahbelahkan orang Islam di negara ini, termasuk melalui penubuhan parti Islam itu sendiri.

Sokongan kepada parti Melayu Semangat 46 suatu masa dulu, juga menyebabkan orang Melayu berpecah menjadi tiga.

“Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan. Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama Umno dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadikan Pakatan musuh Umnoyang kuat.

“Dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal,” coret Dr Mahathir sambil menambah ajaran bahawa orang Islam itu bersaudara tidak dihiraukan oleh Nik Aziz.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: