Salute: ATM Tahan Lanun Somalia


PASUKAN Khas Laut ATM memberkas lanun Somalia di atas MT Bunga Laurel, kelmarin.

Blog ini mengucapkan tahniah kepada pasukan PASkal yang telah menunjukan kewibawaan,keberanian dan semangat juang yang tinggi.Ini adalah diantara contoh terbaik ATM yang menjalankan tugas walaupun terpaksa berada beribu kilometer dari tanah air.

Tingkatkan lagi lagi ilmu taktik perang dan laksanakanlah tugas sebagai perwira negara.

ATM berjaya bebaskan kapal Malaysia di Teluk Aden

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas Pasukan Khas Laut(PASKAL) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya membebaskan sebuah kapal tangki Malaysia bersama 23 anak kapal, tidak sampai dua jam selepas ia dirampas lanun Somalia di Teluk Aden, kira-kira 300 batu nautika ke timur Oman, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.40 malam (waktu tempatan) itu, MT Bunga Laurel disewa Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Bhd (MISC) dikatakan dalam perjalanan menghantar muatan minyak pelincir dan bahan kimia dari Asia Barat ke Singapura, tetapi diserang tujuh lelaki bersenjatakan mesingan AK-47 dan pistol menaiki sebuah bot laju.

Difahamkan, tujuh suspek itu sebahagian daripada 18 lanun yang merancang serangan itu dari sebuah kapal induk berlabuh tidak jauh dari tempat kejadian.
Jurucakap Markas ATM memaklumkan, kejadian disedari anak kapal MT Bunga Laurel yang kemudian mengaktifkan Sistem Amaran Keselamatan Kapal (SSAS) sebelum berlindung dalam bilik keselamatan berhampiran bilik jentera kapal berkenaan.

“Kejadian berlaku dua jam selepas MT Bunga Laurel berpisah daripada konvoi keselamatan kapal auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), MV Bunga Mas 5 yang terbabit dalam Ops Fajar bagi memberi perlindungan keselamatan kepada kapal dagang negara di perairan berisiko itu.

“Bertindak atas panggilan kecemasan itu, Pasukan Khas Laut ATM diatur gerak untuk misi menyelamat menggunakan MV Bunga Mas 5 yang berada kira-kira 14 batu nautika dari tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di ibu negara, semalam.
Katanya, helikopter tempur, Fennec milik TLDM yang dilancarkan dari MV Bunga Mas 5 turut digunakan dalam misi berisiko tinggi itu, khusus bagi tujuan pemantauan dan serangan udara.

“Tembakan padu dari helikopter berjaya menghalang kumpulan lanun di atas kapal induk memberi bantuan kepada rakan mereka di atas kapal tangki kita yang dirampas. Ini memudahkan Pasukan Khas Laut ATM digerakkan ke atas MV Bunga Laurel. Selepas berbalas tembak, kapal tangki kita berjaya ditawan semula kira-kira jam 1.20 pagi,” katanya.

Difahamkan, tiga lanun yang berada di atas kapal tangki berkenaan cedera parah dalam kejadian itu dan diberi rawatan oleh pasukan terbabit sebelum ditahan untuk tindakan lanjut.

“MT Bunga Laurel berjaya ditawan semula dengan semua anak kapalnya diselamatkan dalam tempoh tidak sampai dua jam selepas dirampas lanun. Ini jelas membuktikan keupayaan Pasukan Khas Laut ATM dalam melaksanakan pelbagai misi sukar, khususnya di Teluk Aden.

“Kejadian terbaru ini juga jelas menunjukkan ancaman lanun di Teluk Aden semakin serius dengan 32 kapal masih ditawan kumpulan lanun sehingga kini, yang kebanyakannya dalam proses rundingan untuk dibebaskan,” katanya.

hardi efendi yaakub.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: