Mullah Omar Kena Bedah


RISALAH diedarkan  tentera Amerika menunjukkan gambar Mullah Omar (kiri) bersama Osama   Laden (dua dari kiri) yang dikehendaki ditangkap atau dibunuh.RISALAH diedarkan tentera Amerika menunjukkan gambar Mullah Omar (kiri) bersama Osama Laden (dua dari kiri) yang dikehendaki ditangkap atau dibunuh.
Dikatakan beliau masih dirawat di Pakistan

WASHINGTON: Pemimpin pejuang Taliban di Afghanistan, Mullah Mohammed Omar, menjalani rawatan akibat serangan jantung di Pakistan dengan bantuan perkhidmatan perisikan negara itu, lapor akhbar Washington Post semalam.

Akhbar itu yang memetik sumber perisikan persendirian dikendalikan bekas pegawai perisik Amerika, berkata, Mullah Omar yang melancarkan gerakan bawah tanah selepas pencerobohan tentera asing pada 2001, mengalami serangan jantung pada 7 Januari dan dibawa ke sebuah hospital berhampiran Karachi selama beberapa hari.

Rangkaian perisikan dikenali The Eclipse Group yang dipercayai disokong Pentagon, berkata, sumbernya adalah seorang doktor di hospital berkenaan.

“Walaupun saya tidak berada di bilik bedah, penilaian saya berdasarkan apa saya lihat dan dengar. Saya mengesahkan pesakit berkenaan ialah Mullah Omar. Beliau mengalami komplikasi jantung,” katanya.

Beliau berkata, Omar juga berkemungkinan besar mengalami kerosakan otak dan sukar bercakap selepas pembedahan itu.

Laporan menyatakan agensi Perkhidmatan Antara Perisikan Pakistan (ISI) ‘mengejarkan Mullah Omar ke hospital di Karachi di mana beliau diberi heparin untuk menghalang pembekuan darah sebelum pembedahan dijalankan’.
“Selepas tiga atau empat hari dirawat di hospital, beliau sudah pun dibenarkan pulang dan diserahkan kepada ISI. Beliau kemudian diarahkan berehat sepenuhnya di rumah selama beberapa hari,” katanya.

Walaupun Pakistan secara rasmi menjadi sekutu Washington untuk memerangi Taliban di Afghanistan, pegawai Amerika sejak sekian lama mendakwa ISI bersikap ‘talam dua muka’.

ISI dilaporkan masih menjalinkan hubungan rapat dengan Omar yang disokong sebagai pemimpin rejim Taliban di Kabul pada 1996 hingga 2001.

Pakistan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, manakala Duta Pakistan di Washington Husain Haqqani berkata laporan Eclipse ‘tidak berasas’.

“Kadang kala laporan perisikan yang diterima profesional adalah salah dan cerita mengenai Mullah Omar, termasuk dalam kategori ini,” katanya.

AFP

Nota: berita ini dipetik dari sumber proksi Amerika. hanya sekedar pengetahuan ,mungkin sebagai propaganda terbaru.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: