Kontroversi Fasha ‘Berbikini’ di Bali



GAMBAR Fasha yang dipetik daripada Internet yang menunjukkan dia memakai bikini ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Artis Melayu semakin ‘ranggi’ pada tahun 2011

KUALA LUMPUR – Pelakon Fasha Sandha memulakan tahun 2011 dengan kontroversi apabila gambarnya memakai bikini ketika bercuti di Bali, Indonesia sempena sambutan tahun baru tersebar di Internet.

Sebanyak enam keping gambar percutiannya tersebar dengan empat daripadanya menampilkan Fasha hanya memakai bikini dengan menyarungkan pario berwarna hijau muda.

Difahamkan Fasha bercuti bersama beberapa rakan wanitanya di pulau peranginan tersohor itu sempena sambutan tahun baru selama beberapa hari.

Bagaimanapun, Fasha ketika dihubungi Kosmo! semalam enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut dan hanya menjawab melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Fasha ‘kesal’ berbikini di Bali

Pelakon popular Fasha Sandha melahirkan rasa kesal atas perbuatannya memakai bikini sehingga gambar dia berpakaian begitu ketika bercuti di pantai Tanjung Benoa, Bali, Indonesia pada 30 Disember lalu tersebar di Internet.

“Ya, memang benar ini gambar saya yang memakai bikini dan kain pario berwarna hijau,” katanya menerusi laman sosial Facebook peminatnya, WE LOVE FASHA SANDHA.

Dalam laman web itu, turut disiarkan satu lagi foto seksi Fasha bersama seorang rakannya yang tidak dapat dipastikan identitinya.

Menurut Fasha, 27, gambar-gambar dia berbikini bersama tiga rakan wanitanya itu telah dimuat naik oleh sahabatnya yang hanya dikenali sebagai Syazwani dalam laman Facebook ketika bercuti di Bali baru-baru ini.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Muslim Beriman  On January 11, 2011 at 11:47 pm

    Fasha bukan kesal perbuatannya tetapi “kesal gambar perbuatannya memakai bikini tersebar”. Please read carefully. Banyak beza tu. Masyaallah….. bertaubatlah wahai perempuan!

  • Siti  On January 27, 2011 at 8:31 am

    Fasha.. she stupid, after all the statement from her mother, she now apologies to everyone, what for? Mmg tak ikhlas, she the person that ckp tak serupa bikin. Hipokrit.

    She say, this year she wanted to change totally, artis like her mmg tak boleh di buat ikon. Sexy tak kena tempat. Kalau you tu Mat salleh dan tak beragama, lantak lah…. kalau mak sendiri tak kisah, anak apa lagi. Her family sendiri tak betul, apa lagi fasha.. harap maklum..

  • YUYU  On January 27, 2011 at 1:48 pm

    DIAKAN DARI BENGAL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: