HUSM dan Doktor Kena Saman 8juta


 

Musa Abdul Kadir (kanan) bersama peguamnya, Mohd. Syukran Mohd. Noordin menunjukkan writ saman yang difailkan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, semalam.

 

HUSM dan doktor kena saman rm 8juta

KOTA BHARU 30 Dis. – Seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengemukakan saman RM8 juta terhadap Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan seorang doktornya kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan isterinya meninggal dunia, tiga bulan lalu.

Dalam saman tersebut, Musa Abdul Kadir, 47, mendakwa isterinya, Aummil Khairy Abdul Razak, 44, meninggal dunia pada 21 September lalu akibat sakit teruk selepas menjalani tiga kali pembedahan mengeluarkan kain kapas yang tertinggal dalam rahimnya.

Writ saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Rosnelim Yusoff & Co. di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 10.30 pagi ini.

Selain Musa selaku plaintif pertama, empat lagi plaintif terdiri daripada empat anaknya iaitu Nurnabihah, 7; Noor Muhamad Firdaus, 6; Nur Nabilah, 4; dan anak bongsunya yang berusia empat bulan, Noor Muhamad Faiq.

Pihak Plaintif menamakan pegawai perubatan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HUSM, Dr. K. Bheena Vyshali; HUSM dan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai defendan pertama sehingga ketiga.

Musa turut hadir di mahkamah hari ini dengan ditemani peguamnya, Mohd. Syukran Mohd. Noordin.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif pertama mendakwa, isterinya dimasukkan ke wad bersalin hospital itu dan melahirkan bayi lelaki secara pembedahan oleh defendan pertama pada 17 Ogos lalu.

Selepas pembedahan tersebut, beliau mendakwa, isterinya masih merasai kesakitan yang amat sangat dalam perutnya selama beberapa hari secara berterusan sehinggalah beberapa doktor membuat pemeriksaan susulan pada 22 Ogos lalu.

Katanya, kumpulan doktor itu memberitahu bahawa satu pembedahan susulan perlu dibuat kerana mengesyaki terdapat kain kapas dalam rahim Allahyarham yang tertinggal semasa pembedahan untuk melahirkan bayi itu.

Dakwa Musa, beliau mengetahui mengenai kain kapas tersebut selepas dimaklumkan oleh defendan kedua melalui doktor yang melakukan ujian X-Ray ke atas isterinya.

Pada hari yang sama, pembedahan kedua dilakukan untuk mengeluarkan kain kapas tetapi ia semakin serius sehingga menyebabkan Aummil Khairy tidak dapat membuang air kecil atau besar.

Menurutnya lagi, Aummil Khairy kemudian telah koma dan ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan alat bantuan pernafasan.

Musa mendakwa, beberapa hari kemudian, isterinya telah dibawa untuk pemeriksaan imbasan (scan) ke atas perutnya selepas dipercayai ia semakin membengkak sebelum dimaklumkan pembedahan ketiga perlu dilakukan.

Pembedahan ketiga dilakukan pada 8 September lalu dan pakar perubatan yang menjalankan pembedahan itu memaklumkan terdapatnya jangkitan kuman serta kebocoran usus perut Allahyarham yang serius dan berada dalam keadaan kritikal.

Allahyarham meninggal dunia pada 21 September lalu akibat jangkitan kuman dan komplikasi kegagalan fungsi organ dalaman yang amat serius.

Tambahnya, akibat kecuaian pihak defendan, beliau bersama anak-anak menanggung kesedihan, terkejut, kehilangan orang yang tersayang dan mengalami kesusahan yang amat sangat sehingga sekarang.

Pihak plaintif memohon ganti rugi am RM5 juta, ganti rugi khas, ganti rugi teladan RM2 juta dan ganti rugi teruk RM1 juta.

ukb

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: