Singapura Komponen Terbaru BN?


Singapura menjadi komponen Bn terbaru untuk menghalang kemaraan PR ke Putra jaya

Dalam reaksinya terhadap pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pendedahan hanya memperlihatkan bahawa konspirasi terhadap ketua pembangkang itu berasal dari peringkat Tertinggi.

Nik Nazmi, yang juga ADUN Seri Setia berkata, apa yang “lebih mengejutkan” ialah kepimpinan Singapura telah memilih untuk turut serta dalam konspirasi terhadap Anwar dengan sengaja menyebarkan maklumat palsu disinformasi kepada perisikan Australia.

“Kita mesti bertanya, mengapa badan perisikan Singapura memilih untuk berpakat dengan Cawangan Khas Malaysia dalam menyebarkan pembohongan tentang Anwar,” kata beliau yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Dengan ahli parlimen Australia sendiri dan masyarakat antarabangsa telah mempersoalkan integriti pendakwaan terhadap Anwar, maka ini hanya menambahkan lagi kecurigaan mengenainya, tambah Nik Nazmi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nik Nazmi berharap ‘technical intelligence’ yang disebut dalam Wikileaks boleh didedahkan kepada awam kerana ia menjadi asas kepada dakwaan dan kesimpulan yang dibuat badan perisik Singapura.

Akhirnya, tegas beliau, kempen penganiayaan dan pencemaran terhadap Anwar tiada beza dengan yang pertama: kedua-duanya bergantung kepada penyalahgunaan proses penghakiman dan hanya bergantung kepada bukti perubatan tipis.

Ini, katanya, menunjukkan kes tersebut bermotifkan politik dan dicetuskan oleh konspirasi di peringkat tertinggi.

Patutlah najib berani memberikan hak KTM kepada Singapura di Tanjung Pagar dan Woodland.

M.kini

Diplomat singapura hina negara jiran

Diplomat-diplomat Singapura menganggap para pemimpin di beberapa buah negara Asia termasuk Malaysia sebagai korup, tidak cekap atau bodoh, menurut kabel diplomatik yang didedahkan WikiLeaks semalam.

Nota-nota diplomatik yang diberikan oleh laman WikiLeaks kepada kumpulan media Fairfax di Australia mengandungi penilaian terhadap tokoh penting di Malaysia, Thailand dan Jepun.

“Terdapat kekurangan kecekapan kepimpinan yang merupakan masalah utama untuk Malaysia,” kata Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Singapura, Bilahari Kausikan.

Kausikan dilaporkan menyatakan demikian kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Bagi Asia Timur, David Sedney.

Menurutnya, akibatnya (kekurangan kecekapan), situasi di negara jiran Malaysia adalah mengelirukan, berbahaya dan terdapat kemungkinan konflik perkauman.

Kabel diplomatik itu bertarikh September 2008. Dalam satu memo pada 2009, seorang duta Singapura, Tommy Koh menggambarkan Jepun sebagai seorang abang besar yang kalah dalam konteks untuk meningkatkan hubungan antara China dengan ASEAN.

“Beliau merujuk kepada kemerosotan penghormatan rantau ini terhadap Jepun kerana kepimpinan teruk, kebodohan dan kekurangan visi,” kata kabel diplomatik tersebut.

Kabel itu menyatakan, Koh turut menganggap rakan-rakan Indianya yang bodoh sebagai ‘separuh dalam, separuh luar ASEAN’.

Afp

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: