Alexander Anak Ronaldo di Singapura


Ronaldo jalani ujian DNA

SINGAPURA: Bekas bintang bola sepak Barcelona, Inter Milan dan Real Madrid, Ronaldo mengesahkan bahawa beliau adalah bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang kini tinggal di Singapura. Bekas bintang Brazil itu yang membuat pengakuan melalui akaunnya di laman sembang blok mikro Twitter kelmarin berkata ujian DNA mengesahkan beliau adalah bapa kandung kepada Alexander, 5, yang kini tinggal bersama ibunya, Michele Umezu, 28, di bandar raya ini. Umezu yang bekerja sebagai model sambilan, menjalin hubungan singkat dengan pemain bola sepak itu apabila mereka bertemu di Tokyo pada 2004.

Ronaldo yang kini bermain dengan kelab Corinthians Brazil, berkata beliau menjalani ujian DNA untuk mengesahkan sama ada dirinya benar-benar bapa kepada Alexander.

“Saya menjalani ujian itu kerana Umezu sudah berusaha sejak 2009, untuk mendapatkan pengesahan saya bagi menuntut pemberian nafkah anak. Ujian itu mengesahkan kebenaran perasaan saya sebaik saja terpandang wajah Alex.

“Alex adalah anak saya dan bersaudara dengan tiga lagi anak saya. Saya berasa gembira untuk menunaikan tanggungjawab saya dan mengalu-alukan kehadirannya dalam keluarga kami,” katanya.
Khabar angin semakin kencang sejak pertengahan tahun ini apabila Alex dan Umezu hadir pada satu majlis yang diadakan di kedutaan Brazil di Singapura.

“Dia memang saling tak tumpah seperti Ronaldo,” kata seorang tetamu kepada akhbar The Straits Times.

Berita mengenai Alexander kemudian menjadi tajuk perbincangan di kalangan kira-kira 1,300 warga Brazil di republik itu, ketika media tempatan menyiarkan gambar Umezu, Ronaldo dan Alexander.

“Kami mahu tahu lebih lanjut mengenai beliau. Kami belum pernah bertemu dengan Umezu tetapi berharap dapat berbuat demikian,” kata wartawan sukan, Flavia du Chenoy Bucey, 24, yang berhijrah ke republik itu dan pernah menemuramah isteri pertama Ronaldo, Milene Domingues.

Ketika ditemuramah media Brazil April lalu, Umezu enggan menjawab beberapa soalan, tetapi berkata Alexander tahu siapa bapanya.

“Kadangkala dia mahu melihat gambar ayahnya. Dia memang mempunyai iras wajah ayahnya,” kata Umezu.

Agensi

Pena: Tengok gigi dan hidung pun dah nampak serupa saja dengan bapak dia

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: