Isu MB Kedah Kembali Panas


.  ALOR SETAR – Bekas ahli Pas kawasan Padang Terap, Zainol Ismail menafikan pembabitannya dalam penerbitan buku ‘Azizan Dalam Dosa’ yang mengkritik kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang disebarkan secara meluas di negeri ini sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, dia didakwa oleh ahli Pas kononnya antara penulis buku terbabit, walaupun tuduhan itu tidak disertakan bukti.

“Saya tiada kaitan langsung dengan buku itu, tetapi ahli Pas menuding jari kepada saya kononnya sayalah penulis buku itu semata-mata kerana saya bekas wartawan Harakah dan pernah dipecat keahlian parti,” katanya.

Zainol yang juga bekas Exco Pemuda Pas Kedah dikenali sebagai Cikgu Non atau nama penanya, CN Al Afghani mendakwa, kaitan mengenai dirinya dengan buku itu disebarkan Yang Dipertua Pas kawasan Kulim Bandar Baharu, Hassan Abdul Razak.

“Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan Pas bahawa Hassan membuat tuduhan itu dalam laporan mesyuarat Perhubungan Pas Negeri Kedah, dengan menyebut secara terang-terangan nama saya sebagai penulis. Dia juga ada menyebut penulis itu berasal dari Padang Terap dan berpindah ke Baling, semua orang tahu saya adalah orang yang dimaksudkan,” katanya.

Menurutnya, tuduhan turut dilemparkan kononnya dirinya yang mendapatkan penaja kewangan untuk menerbitkan buku itu daripada seorang tokoh korporat di Kuala Lumpur, termasuk mengaitkan Yang Dipertua Pas Putrajaya sebagai penerbit.

Berikutan itu, Hassan diminta mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepadanya dalam tempoh dua minggu setelah berita ini disiarkan.

“Saya mahu bersihkan nama saya yang sudah tercalar ekoran tuduhan itu. Saya mahu Hassan mohon maaf, jika beliau enggan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai fitnah itu,” katanya.

Ditanya mengenai pemecatan beliau sebagai ahli Pas pada 2001, Zainol berkata, ianya dibuat setelah ada pihak yang tidak berpuas hati terhadap tindakannya mendedahkan kepincangan yang berlaku membabitkan Tabung Memali Anak Yatim dan Balu.

“Setelah kes itu dibawa ke pucuk pimpinan, saya menerima surat pemecatan daripada Jawatankuasa Disiplin Pas Pusat,” kata bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 2001-2006 itu.

Sementara itu, Hassan ketika dihubungi berkata, beliau tidak gentar dengan amaran Zainol yang menuntutnya membuat kenyataan mohon maaf.

“Saya akui memang saya buat kenyataan dalam mesyuarat Pas Kedah bahawa Zainol antara penulis buku ‘Azizan Dalam Dosa’. Saya berani mengaku sebab saya ada bukti yang mengaitkan dirinya dengan tuduhan itu,” katanya.

Hassan turut mengalu-alukan tindakan Zainol untuk membuat laporan polis jika beliau enggan memohon maaf.

“Dia boleh buat laporan polis kerana tindakan itu dapat mendedahkan bukti serta membendung penularan buku itu yang dikatakan kembali aktif diedarkan di beberapa daerah sekarang ini.

“Saya tak takut kena saman sebab saya ada maklumat yang benar. Malah saya difahamkan, dia mula edarkan buku baru, bertajuk Azizan Dalam Dosa siri dua. Bagaimanapun, saya tak akan dedahkan maklumat itu selagi dia tak kacau saya,” katanya.

Menurutnya, walaupun nama penulis tidak dinyatakan pada buku itu, namun beliau percaya rakyat tahu siapa dalang di sebalik penerbitannya.

“Saya cuma mahu mengingatkan rakyat Kedah supaya jangan terpengaruh dengan isi kandungan buku itu. Anggaplah buku itu sebagai bahan bacaan hiburan sahaja, tapi jangan percaya bulat-bulat. Semua maklumat dalam buku itu tidak benar,” katanya.

ksm

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: