Tag Archives: video youtube

Kenapalah Video Bodoh Ni Ditonton 212 Juta Kali?


Kenapa?

Tak tau laa apa yang menarik sesangat dengan video tu..tapi 212 juta dah klik beb..hahahaha

Itulah persoalan di kepala penulis.

Penulis pun salah seorang yang termasuk dalam kategori yang begitu ramai menonton video bertajuk An Experiment. Ia selama 25 saat.

Sebahagian besar komen yang diberikan di Youtube pun mengutuk video ni.

Apa bendanya noki noki noki atau nuki nuki nuki atau tak tahulah macam mana nak eja yang disebut dalam video tu.

Apa yang minah Jepun tu merepek sebenarnya? Coke cola campur panadol ke apa eksperimen tu?

Kenapa 212 juta kali? Kenapa? Tolonglah bagitahu….why?

Ak-47

Video Klip Faizal Tahir- Karma…betul ke Ganas?


Ganas?

Anda sendiri nilaikan..Kisah duka dalam masyarakat ..siapa harus bertanggungjawab dalam permasalahan ini?

Pengkritik filem dan orang seni dua golongan yang berbeza..

Kenapa ini semua harus terjadi?

Video ‘Keganasan Pak Polisi’ untuk dihantar ke Bukit Aman


video ‘keganasan polis’ kata seorang rakan dalam fb untuk dihantar ke Bukit Aman.

Cuma yang menarik dalam bideo tu anggota polis berkenaan tak ada nombor body! baik punya strategi nampak? KPN dan Timbalan KPN dah atur dari awal ke?

Beliau dah hantar bideo tu ke belom ,yang tuu tak tau lah.

Pas kata akan hantar kepada Suhakam,itu Pas punya bideo laa.

credit kepada tuan punya bideo yg upload ke youtube..

Video Bersih 2.0 – 9 Julai 2011 Full Version…Best!


BERSIH 2.0 ,bukti anak muda tidak takut amaran BN …by aziz muda

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Kesanggupan anak-anak muda menyertai himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur walaupun terpaksa datang dari jauh, jelas membuktikan belia Malaysia hari ini mahukan perubahan.

Walaupun dihalang dengan pelbagai cara, anak-anak muda ternyata telah memecahkan tembok ketakutan terhadap BN untuk menyertai perhimpunan itu bagi menyampaikan mesej mereka ke arah membawa Malaysia hari ini kepada Malaysia baru.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nik Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan, dengan kebangkitan anak-anak muda itu ke arah membawa Malaysia kepada Malaysia baru, anak-anak muda adalah Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Menurut beliau, kebangkitan anak-anak muda itu berpunca dari kegagalan para pemimpin Umno BN memahami kehendak anak-anak muda yang mahukan politik negara ini berubah ke arah kebaikan termasuk dalam sistem pilihanraya.

Katanya, keadaan itu amat berbeza dengan para pemimpin Pakatan Rakyat yang diterajui oleh golongan tua tetapi amat memahami jiwa anak-anak muda.

“Ini jelas menunjukkan BN sudah ketinggalan dan tidak memahami jiwa anak-anak muda. Sebab itulah mereka sanggup menyekat kebangkitan anak-anak muda dalam melakukan perubahan terhadap politik negara dengan pelbagai halangan.

“9 Julai lalu, pelbagai kezaliman telah dilakukan oleh kerajaan BN terhadap rakyat. Pada hal rakyat hanya mahu mengadakan himpunan aman untuk mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita.

“Namun dalam Islam, semua orang yang dizalimi doa mereka tidak terhijab di sisi Allah sama ada yang muslim dan bukan muslim,” katanya ketika ditemui.

Semakin dizalimi, menurut beliau, rakyat menjadi lebih bersemangat untuk mengubah pemimpin negara bagi melahirkan Malaysia baru yang lebih baik kerana ia selaras dengan tuntutan Islam.

“9 Julai lalu terbukti rakyat sudah tidak takut lagi lagi dengan kerajaan BN. Rakyat terutama anak-anak muda telah memecahkan tembok ketakutan kepada BN. Mereka datang dari seluruh pelosok negara termasuk ratusan pemuda dari Sabah dan Sarawak.

“Perhimpunan pada 9 Julai lalu ternyata berjaya menyampaikan mesej rakyat bagi mendesak kerajaan BN melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil, malah suara mereka didengar di seluruh dunia.

“Selain boleh diikuti menerusi liputan yang dibuat oleh pihak media pada himpunan di Kuala Lumpur, seluruh dunia turut mengetahui desakan rakyat menerusi perhimpunan yang dibuat oleh anak-anak muda kita di 24 buah negara termasuk di Australia,” katanya.

Bagi meraikan kejayaan himpunan aman Bersih 2.0 itu, beliau akan memakai baju kuning pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Hd

Video Pekerja KFC Main Sapu Ayam Dikasut Sebelum Masak


gempar video ini kerana sehingga sekarang belum ada permohonan maaf dari pihak KFC.

%d bloggers like this: