Tag Archives: PRU13

Parlimen Bubar isnin ini ? SILA BUBARKAN… NAJIB!


Sok sek sok sek dari kalangan OKU dan beberapa orang MP bertiup kuat..

Bagi aku bila pun Parlimen nak dibubarkan atau dibuburkankan bila pun tap pa..mamak madey nak cantas najib ka , najib nak cantas kem madey ka …itu depa punya pasal laa..namun jika isnin najib cadang untuk bubarkan parlimen aku akan sujud syukur.

Najib kalu dah rasa selesa dan rasa boleh menang PRU13 sila bubarkan dengan segera!..ya dak..peduli apa PR nak kata apa pun…hahaha

Cer habaq mai sat..belanjawan kelmarin untuk rakyat dari kalangan swasta yillek! tak dak transformasi untuk pekerja swasta..$500 untuk penjawat awam tu apa laa sangat nak beli baju sekolah baru pun tak lepas! hahaha… cer hangpa tengok negeri dibawah PR pun boleh bagi centu..

Apa nak GAH sangat dengan belanjawan kelmarin…Harga barang BN TAK BOLEH KAWAL!..you are loose again mr Najib..hahahaha

Insuran kereta lama TAK TURUN JUGAK!…majoriti rakyat menggunakan kereta lama..

Harga minyak najib tak berani KASI TURUN macam Anwar…hahahaha

Elaun tambahan untuk ATM dan pak Polisi …TAK DAK JUGAK! (malas aku nak siarkan komplen dari Pak Polisi yang hantar E Mail kat aku)

Para cikgu cikgi  baik ambik tawaran Anwar…TAMBAH $500 SETIAP BULAN !..go for it! ..kasi bungkus najib dan BN kali ini.

Banyak lagilah kalu nak atur kat sini…hahaha… hahahaha

Tarikh akhir bubar Parlimen pada 24 April 2013

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah, berkata kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh terbabit secara automatik kerana tempoh yang diberikan mandat oleh rakyat berakhir.

“Tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Bagaimanapun sekiranya sehingga 24 April 2013, Parlimen masih tidak dibubarkan, maka secara automatiknya parlimen terbubar,” katanya ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Kelantan di Terminal Agrobisnes Negara (TEMAN) dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Seramai 15,000 kakitangan awam dan rakyat Kelantan hadir pada program itu.

Beliau berkata, selepas tempoh itu berakhir, SPR akan mengambil alih untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-13 dalam tempoh 60 hari.
Sementara itu, mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal, beliau berkata SPR kini masih mengkaji kebaikan dan keburukan penggunaan bahan itu termasuk menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“SPR masih kaji benda ini (penggunaan dakwat kekal), kalau Majlis Fatwa kata ia telus air dan tiada unsur haram iaitu memudaratkan contohnya memedihkan mata atau menyebabkan batuk, maka dakwat itu boleh digunakan.

“Bagaimanapun sekiranya kajian mengatakan ia haram sehingga tak telus air untuk berwuduk, maka kita akan mengambil keputusan untuk tidak melaksanakannya,” katanya.

Selain itu, beliau menegaskan SPR tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan pengundi dari satu Parlimen ke Parlimen lain sebagaimana yang didakwa pembangkang.

Bahkan katanya, SPR tidak pernah diberikan hak dalam undang-undang negara untuk melaksanakan proses pemindahan itu melainkan dengan permohonan daripada pemilih itu sendiri.

Bernama

Pemuda MCA dah Tahu Nak Kena Bungkuih Lagi!


Belalang Ooooo belalang…mana pegi budak ni…Cuba kau tengok apa nasib MCA ni..
.
Pemuda MCA tak mahu demand…hahaha….macam dah paham bangat apa nasib MCA selepas PRU13 nampaknya..
.
Ex Presiden MCA selepas PRU12 laa ni pi mana?..
.
Resolusi Pemuda MCA: Tidak Terima Sebarang Jawatan Jika Prestasi PRU13 Merosot

KUALA LUMPUR: Tidak menerima sebarang pelantikan jawatan dalam kerajaan jika prestasi parti pada pilihan raya umum ke-13 merosot berbanding sebelumnya sebagai menyokong keputusan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, adalah antara 17 resolusi yang dicapai Pemuda MCA pada perhimpunan agungnya.

Pada mesyuarat yang berlangsung di Pusat Konvensyen HGH di sini hari ini, perwakilan Pemuda MCA mencapai tiga resolusi melibatkan hal ehwal parti, lima politik, tiga pendidikan, empat berkaitan ekonomi dan dua berhubung hal ehwal sosial.

Antara lain, sayap MCA itu menggesa parti melatih anggota muda bagi mempercepatkan proses pembaharuan dalam kepimpinan serta memberi peluang kepada lebih ramai pemimpin Pemuda MCA untuk mewakili BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, pergerakan itu mahu MCA mempertimbangkan semula cadangan meluluskan resolusi agar semua Pemuda MCA di setiap bahagian boleh memilih seorang perwakilan ke perhimpunan agung MCA bagi meningkatkan bilangan perwakilan serta suara golongan muda.

Resolusi itu juga menyokong penuh Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diketengahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di samping menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam meningkatkan bilangan penjawat awam berbangsa Cina di peringkat pegawai kanan di setiap jabatan bagi menonjolkan konsep 1Malaysia.

Pemuda MCA menyokong usaha Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi mempertingkatkan kebebasan media di negara ini, dan berharap kerajaan memansuhkan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti. Pergerakan itu juga mahu kerajaan lebih telus dan tegas dalam pelaksanaan tender projek pembinaan bagi menghasilkan projek lebih berkualiti dan mengelak projek bermasalah.

Resolusi itu turut mengkritik pakatan pembangkang yang tidak berani membuat pendirian sebulat suara secara terbuka terhadap isu pelaksanaan hukum hudud.

Selain itu, perwakilan Pemuda MCA mencadangkan supaya kerajaan menetapkan satu sistem pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telus dan lengkap serta mengambil tindakan tegas terhadap pelajar tajaan JPA yang melanggar perjanjian.

Sayap parti MCA itu turut meminta kerajaan mengadakan latihan vokasional menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar untuk pelajar Cina dan India yang tercicir daripada pendidikan sekolah.

Resolusi itu juga mencadangkan lebih banyak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dibina.

Selain itu, Pemuda MCA mahu melihat prosedur pengupahan pekerja asing dipermudah dan undang-undang dikuatkuasakan dengan tegas bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang selain menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Ia meminta penubuhan lebih banyak skim bantuan keusahawanan dan pakej pinjaman perumahan untuk golongan belia selain memudahkan prosedur permohonan.

Pemuda MCA menggesa kerajaan memandang berat masalah kenaikan harga barang yang dicetuskan peniaga selain bertindak terhadap aktiviti perjudian yang kian berleluasa. 

Bernama

Najib Minta PR Tunjuk Anak Jantan, Najib Tu Anak Jantan Ke?


Kah kah kah..tersedak aku tengah minum air tadi bila bila Najib minta PR minta tunjuk ‘anak jantan’.

Woit Najib..apa benda hang merapu ni?..Pernahkah hang tunjuk anak jantan bila:

1..Siasatan kes pembunuhan Altantuya cuma setakat pegawai polis pangkat rendah saja.

2..Siasatan enjin jet pejuang F15E pun macam tu jugak?

3..Dokumen IPP kenapa tak berani dedahkan kepada rakyat?

4..Ada berani benarkan penggunaan dakwat kekal?

5..Apa masalah sebenarnya 2 biji telaga minyak diserahkan kepada Brunei? 

6..Ada berani Umno tidak menggunakan jentera kerajaan dalam PRU?..walau padang tak sama rata PR tetap lawan.

7..Ada berani Umno bertanding atasa lambang parti sendiri? hahahaha soalan cepumas tu..

8..Ada berani benarkan pemimpin PR berucap dalam TV satu hari selama 2 jam?…hahahha gerenti tak dak berani punyalah.

9..Paling anak jantan..kah kah kah ..Ada berani turun court jadi saksi kes juboq saifool…hahahahaha

10..Ada berani bagi Royalti Kelantan?

cukup laa takat tu dulu soalan ..hahahha

Di negara yang lebih maju dari Malaysia demonstrasi ni keraaaajaaan depa tak pernah takut pun dengan demonstrasi rakyat!

Najib takut demo: minta tunjuk anak jantan bertanding PRU

Dilihat sebagai nada yang semakin keras, Datuk Seri Najib Razak hari ini mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sebagai “anak jantan” dan bukan turun di jalan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Pengerusi BN ini berkata, matlamat utama Himpunan Bersih 2.0 bukan mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi mahu menimbulkan huru-hara dalam negara.

“Pada pembangkang (Pakatan Rakyat) bila mereka melihat kita terus bergerak ditambah pula kemenangan pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya negeri Sarawak, jadi bagaimana mereka mahu merampas momentum ini sebab momentum ini ada pada kita.

“Mereka buat kesimpulan untuk mendapatkan kuasa  dengan mengadakan Himpunan Bersih 2.0, bukan untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau mahu sistem pilihan raya yang adil tapi nak buat huru-hara.

“Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan berdepan dengan undang-undang,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk  di sini.

Najib menegaskan bahawa BN tidak pernah memanipulasi pilihan raya seperti mana yang didakwa Pakatan Rakyat.

“Kalau kata pilihan raya ini tidak adil kenapa kita nak serah Selangor, kenapa nak serah Pulau Pinang, kenapa PAS boleh perintah 20 tahun di Kelantan.

“Kalau kata kita manipulasi pilihan raya sudah tentu semua negeri akan jadi milik BN, kita tidak manipulasi pilihan raya tapi kita didokong rakyat… tapi kita jangan buat sesuatu yang boleh timbulkan huru-hara di jalanan sebab kuasa politik di tangan rakyat bukan di jalanan,” katanya.

Bersih memutuskan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 9 Julai di ibu negara untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan transformasi dalam sistem pilihan raya.

Himpunan Bersih kali pertama diadakan pada 2007 dan berjaya menggerakkan kira-kira 50,000 orang sebelum disuraikan oleh polis dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.

tmi

%d bloggers like this: