Tag Archives: Karaoke

Karaoke Haram di ‘Serambi Mekah’


ANTARA pengunjung yang ditahan dalam serbuan sebuah karaoke haram di Bachok kelmarin.

 

BACHOK – Tidak kenal erti serik.Biarpun pernah diserbu sebelum ini, sebuah pusat karaoke haram yang berselindung di sebalik nama sebuah resort di Kampung Kubang Golok, di sini masih meneruskan operasinya.

Terbaru, sepasukan anggota polis Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dibantu anggota dan pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok membuat serbuan ke atas pusat karaoke terbabit malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, pada serbuan kira-kira pukul 2 pagi itu, pihaknya menahan seramai 29 pengunjung pusat karaoke itu termasuk dua pekerjanya.

Katanya, pihaknya melakukan serbuan di lokasi sama lebih setahun lalu dan difahamkan selepas serbuan pertama, pusat karaoke tersebut menghentikan sementara operasinya.

Bagaimanapun, jelasnya, baru-baru ini pihaknya menerima aduan daripada penduduk mengatakan pusat karaoke itu beroperasi semula, tetapi selepas pemiliknya mengetahui mengenai aduan tersebut, dia bertindak menutupnya.

“Risikan yang dibuat polis beberapa hari lalu mengesahkan ia beroperasi semula, sebab itulah kita melakukan serbuan ini,” ujarnya.

kosmo

Meniaga Apa Bang? Meniaga Awek,Untung Banyak


Pasangan kekasih kena hukum

Seorang wanita warga Vietnam yang mengandung lima bulan bersama kekasihnya dihukum penjara 10 tahun (bermula semalam) dan denda RM2,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas kesalahan memperdagangkan dua wanita yang juga warga Vietnam bagi aktiviti pelacuran di sebuah pusat karaoke di Sitiawan pada tahun 2008.

Hakim Noor Hayati Mat menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh Kong Kok Kyt, 32 dan pasangannya, Lee Vo Tu, 25 dituduh melakukan pemerdagangan ke atas dua orang wanita warga Vietnam, Pham Ngoc Hoa, 31, dan Nguyen Thi My Tuyen, 34, di bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Kedua-dua tertuduh melakukan perbuatan itu antara 19 Julai hingga 23 September 2008 bertempat di No. 13A, Taman Sri Koh, Kampung Koh, Sitiawan.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta denda.

Mengikut laporan polis yang dibuat pada 25 September 2008, mangsa terbabit dibawa masuk ke Malaysia selepas dijanjikan pekerjaan sebagai tukang jahit namun diperdaya dan dipaksa melacur diri dengan alasan untuk membayar hutang tertuduh iaitu sebanyak RM3,500 setiap seorang.

Akibat tidak tahan dipaksa melakukan kerja pelacuran, kedua-dua mangsa bertindak untuk berhenti kerja selepas 10 hari menjalankan kegiatan itu.

Kedua-dua wanita terbabit kemudiannya ditahan dan dipenjarakan namun diselamatkan tertuduh apabila membayar wang jaminan mereka sebanyak RM3,000 setiap seorang.

Mereka kemudian sekali lagi dipaksa untuk kerja yang sama oleh tertuduh sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa itu takut dan tertekan.

Akhirnya, kedua-dua wanita terbabit bertindak melarikan diri daripada tertuduh dan diselamatkan orang awam yang membawa mereka untuk membuat laporan polis berhubung kes ini.

Rakaman percakapan mangsa dilakukan di Mahkamah Majistret Manjung pada 12 Januari 2009 dan kemudiannya perbicaraannya dijalankan di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 1 Julai tahun yang sama.

Sementara itu, peguam Ricky Hong Chong Hang dalam rayuannya memohon mahkamah supaya mengurangkan hukuman ke atas kedua-dua anak guamnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Laila Mohamed Nazil meminta mahkamah supaya mengenakan hukuman setimpal ke atas kedua-dua tertuduh.

Noor Hayati kemudiannya membenarkan penangguhan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh sehingga proses rayuan selesai dan mengenakan syarat supaya wang denda dibayar dan wang jaminan kedua-dua tertuduh ditingkatkan kepada RM2,000 setiap seorang.

Sebelum ini, mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 kepada Kok Kyt dengan seorang penjamin manakala Vo Tu sebanyak RM18,000 dengan dua orang penjamin.

Sh

*gambar diatas sekadar hiasan

Gempar: Karaoke Sebelah Masjid Tendong


Beroperasi dari waktu Maghrib sampai Subuh

Hanya kerana mahukan kemewahan dengan menjadikan bahagian rumah sebagai markas maksiat dan pusat karaoke, seorang penduduk di sini sanggup mengetepikan kepentingan masyarakat yang sedang solat di masjid berdekatan.

Zainal Arifen, 42, berkata, pemilik rumah berkenaan bertindak menggunakan rumahnya sebagai pusat karaoke bersebelahan masjid dikatakan tidak menghormati Islam.

Menurutnya, sering kali terserempak dengan pengunjung yang datang ke sini dan tidak menghormati masjid dengan membuat bising sehingga subuh.

“Ini sememangnya tindakan yang tidak menyenangkan apabila mereka membuat pusat karaoke hanya beberapa langkah sahaja dengan pintu pagar masjid Tendong.

“Kita yang berada di masjid cuba menghayati ayat suci al-Quran, sedangkan mereka menyanyi dan membuat bising,” katanya.

Katanya, itu tidak termasuk dengan bau arak yang meloyakan sehingga mencemarkan kesucian masjid yang digunakan ribuan anak mukim di sini.

Menurutnya, paling teruk apabila ada penduduk yang melihat kelibat wanita memasuki rumah berkenaan yang dikatakan sebagai tukang urut dan tidak mustahil mereka turut menyediakan khidmat seks kepada pengunjung.

Zainal berkata, perkara ini mungkin akan menjadikan kawasan ini sebagai lubuk maksiat sehingga boleh menjerat remaja ke kancah tidak bermoral ini.

“Daripada pengamatan saya, pengunjung yang hadir bukanlah penduduk Pasir Mas namun, ia tidak bermakna kita boleh terlepas pandang mengenai perkara yang serius ini,” katanya.

Sementara itu, Nik Azli Nik Him, 46, berkata, kesalahannya sudahlah nyata malah bertindak berani dengan membuka pusat karaoke bersebelahan masjid.

“Lebih teruk lagi, pemilik seakan membiarkan pengunjung membuat sesuka hati apabila pengunjung membawa masuk minuman keras dan wanita ke bilik mereka,” katanya.

Katanya, semua penduduk di sini berharap perkara ini dapat diatasi bagi membendung aspek negatif kepada anak muda kampung.

SH

Mari Tengok Cikgu Cikgi Gelek Sakan


jika inilah pendidik untuk anak anak bangsa melayu/Islam maka inilah fitnah dajjal laknatullah terbaru di Malaysia.

aku ingat kot pasai apa banyak budak budak laa ni duk tergedik gedik macam kera kena belacan,rupa rupanya cikgu depa yang jadi tukang sumbat belacan.

Patutlah Karaoke laa ni tumbuh macam cendawan lepas hujan di Kedah Darul Aman..rupa rupanya sambutan hangat dari kalangan para pendidik anak bangsa yang sesangat kita hormati.

bahkan pulak sehingga laa ni tak nampak langsung sebarang langkah pencegahan dari pihak yang berkenaan,bukankah itu semua tertakluk dibawah PBT?

PBT Kedah duduk dibawah kerajaan pusat atau kerajaan negeri? MB Azizan Razak dan exco patut tengok masalah rakyat dibawah ni,jangan duk kira nak tukaq Merceses Benz baru dan duk tambah bini saja.

video dari blog GB

Tauke Karaoke Hadapi Denda RM400 juta


Tauke Karaoke boleh didenda RM400 juta

GEORGETOWN – Seorang pengusaha pusat karaoke dan rekreasi di Persiaran Gurney di sini bakal berdepan dengan tindakan denda RM400 juta selepas didapati menyimpan 20,000 lagu yang disalin secara cetak rompak.

Ia dikesan dalam operasi yang dilakukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) malam kelmarin. Read More »

Hah..Polis Pulak Kena Tumbuk


9 student antarabangsa kena tahan

KANGAR – Polis menahan sembilan penuntut antarabangsa dari dua institusi pengajian tinggi di Perlis dan Kedah kerana menimbulkan kekecohan serta membelasah seorang anggota polis di sebuah karaoke, di sini, awal hari ini.

Kejadian pada pukul 4 pagi itu menyebabkan dua penuntut terbabit dan seorang penduduk tempatan cedera.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kumpulan penuntut dari China yang dipercayai mabuk itu pada mulanya dikatakan mengganggu seorang wanita tempatan berketurunan Cina yang menyambut hari lahir di karaoke itu.

Akibat gangguan itu, berlaku pergaduhan antara mereka dan penduduk tempatan dan anggota polis yang ditugaskan memantau keadaan di situ turut dibelasah dan mengalami cedera ringan, katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tujuh penuntut termasuk dua wanita itu adalah dari institusi pengajian di Perlis manakala dua lagi rakan mereka dari Kedah.

Bernama

Nota: Orang dah mabuk mana dia kenal Polis ke tak Polis ke.

%d bloggers like this: