Tag Archives: FHM

‘Saya Hanya Dibayar $11,000.00 Untuk Gambar Panas’


Aksi seksi Zarina Anjoulie dibayar RM11,000.00!

Siapa yang tidak kenal dengan model dan pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie? Dia yang pernah mengejutkan industri dengan gambar bogelnya yang tersebar di internet sekitar tahun 2008 lalu, kembali ‘menghangatkan’ alam maya, apabila tampil dengan gambar seksi dengan mendedahkan sebahagian payudaranya, di majalah FHM Indonesia. Meskipun dikecam teruk, Zarina tetap ‘kebal’ menghadapinya.

Dia yang ditemui ketika majlis pelancaran filem Khon Malaya, berkata, dia dibayar ASD3,500 (RM11,000) untuk fotografi tersebut dan melakukannya demi minat dalam bidang modelling.

“Saya bukan nak jual badan, tapi dibayar untuk kerja. Daripada saya asyik kena kutuk, baik saya kerja dan buat duit.

“Selama ini pun, apa yang saya buat kena kutuk. Saya pakai baju apa pun, kena kutuk, sedangkan ramai lagi artis lain terdedah sana-sini,”katanya.

Sh

Nota: Berbaloi ke?

Sekor Lagi Artis Malaysia Tayang Separuh ‘Payudara’ di Indonesia


Siapa tak kenal pelakon bernama Zarina Anjoulie Lavocah

Err…tapi yang tak syoknya Zarina ini bukan terkenal sangat dengan kehebatan lakonannya, tetapi kisah-kisah negatifnya

Penulis tak mahu ulas lebih-lebih pasal itu kerana benda yang tak elok tu tak baik untuk dikenang-kenang.

Lagipun penulis masih ingat artikel yang penulis baca mengenai luahan hati pelakon berusia 24 tahun itu baru-baru ini

Dalam artikel berkenaan, nampak macam Zarina bersungguh-sungguh mahu membersihkan imej negatif yang sering dilemparkan padanya.

‘‘Bohonglah kalau saya tak terasa apabila orang bercakap perkara buruk tentang saya.

Bila saya dikaitkan dengan ikon negatif.

Buat saya cukup tertekan membawa nama Zarina Anjoulie Lavocah ke sana dan ke mari.

‘‘Bahkan, keadaan semakin buruk apabila saya berterusan dilabel sebegitu.

Jadi sepanjang tempoh enam tahun saya berada dalam industri ini terus memendam rasa,’’ bicara awal Zarina memutik rasa kesalnya.

Tetapi apa yang berlaku ini menimbulkan persoalan, adakah benar Zarina ingin memulihkan imej negatif tersebut.

Dalam majalah FHM Indonesia edisi Oktober, Zarina telah berposing sakan, sampai terkeluar sana, terkeluar sini.

Lepas ni kalau peminat sudah tidak percayakannya lagi, apa boleh buat kerana nampaknya dia sendiri yang mencipta ‘ketidakpercayaan’ itu.

Zarina oh Zarina….-

oleh S.A Kadir

%d bloggers like this: