Tag Archives: Facebook

Pak Arab Jual Anak Melalui Facebook


Saud dengan anak yang hendak dijualnya.

Riyadh: Seorang lelaki Arab Saudi cuba menjual anaknya di Facebook dengan harga AS$20 juta (RM60 juta) bagi mengelak untuk hidup dalam kemiskinan selepas perniagaan yang dijalankannya secara haram ditutup.

Saud bin Nasser Al Shahry mendakwa langkah itu adalah satu-satunya cara untuk membolehkannya terus menyara isteri dan anak perempuannya.

Menurutnya, dia bersedia ke mahkamah untuk menjual anaknya.

Saud bagaimanapun menetapkan satu syarat iaitu dia mahu tahu di bandar mana pembeli itu menetap.

Lelaki berkenaan mengambil keputusan itu selepas bertanya sama ada pihak berkuasa boleh membantunya dari segi kewangan apabila perniagaan memungut hutang yang dijalankannya ditutup, katanya kepada cawangan akhbar Qatar di Riyadh, Al-Sharq.

Permohonannya ditolak kerana usianya sudah melebihi 35 tahun.

Setakat ini tidak jelas sama ada tindakannya hanya gimik, atau jika benar, adakah beliau boleh menjual anaknya tanpa tindakan undang-undang.

Pemerdagangan manusia adalah satu kesalahan di Arab Saudi tetapi negara itu tidak memenuhi standard minimum antarabangsa, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Dalam laporan terbaru yang dipetik dalam Venture Bear, jabatan itu berkata, Arab Saudi masih tidak mempunyai undang-undang pemerdagangan manusia secukupnya dan walaupun terdapat bukti kegiatan pemerdagangan yang berleluasa, negara itu tidak melaporkan sebarang pendakwaan jenayah, hukuman atau hukuman penjara untuk jenayah itu yang dilakukan terhadap pembantu rumah asing.

Dalam pada itu, Facebook tidak mungkin membenarkan penjualan seumpama itu dilakukan menerusi laman webnya.

Menurut kenyataannya mengenai Hak dan Tanggungjawab, pengguna tidak dibenarkan meletakkan kandungan atau mengambil sebarang tindakan dalam Facebook yang melanggar hak asasi orang lain atau yang melanggar undang-undang.

Hampir separuh daripada kanak-kanak Saudi berdepan dengan keganasan rumah tangga atau penderaan lain, kata kumpulan hak asasi negara itu, Persatuan Kebangsaan Untuk Hak Asasi.

AN

Fida Sudah Temui Pengganti Mamat (Sepah)


Siapa ‘S’ dihati Fida ?

Selepas putus cinta dengan pelawak Mamat (Sepah), pelakon Rafidah Ibrahim, 25, (Fida) mengakui sudah menemui pengganti dan kini sedang menjalin hubungan dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai ‘S’.

Fida berkata walaupun dia sudah mengenali lelaki berusia 30-an itu kira-kira satu tahun setengah yang lalu, mereka hanya mula rapat selepas dia berpisah dengan Mamat pada awal Oktober lepas.

“Kalau diikutkan saya sudah mengenali ‘S’ sebelum berkawan dengan Mamat lagi. Namun, hubungan kami sebelum ini terjalin atas dasar rakan niaga sahaja.

‘S’ muncul dan kami menjadi rapat selepas hubungan saya berakhir dengan Mamat,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Fida berkata dia tertarik kepada ‘S’ kerana kematangan dan cara pemikirannya yang banyak memberikan dorongan tentang dunia perniagaan dan kehidupan pada masa hadapan.

“Apa yang menarik tentang ‘S’ adalah kematangannya dalam membuat keputusan dan dia banyak mengajar saya untuk memikirkan tentang perancangan masa depan dan dunia perniagaan.

“Namun hubungan kami masih terlalu baru, tidak sampai enam bulan pun, jadi berilah ruang dan masa untuk kami lebih saling mengenali,” katanya.

Diusik tentang harapan yang pernah disuarakannya sebelum ini untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan, Fida berkata perkara itu memang menjadi impiannya namun dia hanya mampu berserah kepada Tuhan bagi menentukan jodoh yang terbaik.

“Memang saya pernah bercakap mengenai harapan untuk melangkah ke alam perkahwinan jika bertemu dengan jodoh yang terbaik.

“Pada tahun depan, usia saya pun akan mencecah 26 tahun tapi soal jodoh adalah ketentuan Allah, saya hanya mampu berserah,” katanya.

Ditanya adakah dia masih berkawan dengan Mamat, Fida berkata dia tidak mahu lagi menoleh ke belakang atau mengenangkan semula insiden yang mencalarkan nama baik dan maruahnya.

“Bagi saya perkara yang lepas, biarlah berlalu. Kami tidak lagi berhubung, lagi pun ketika kami berdepan konflik tersebut, saya tidak melihat kesungguhannya untuk meleraikan kekusutan yang berlaku.

“Biarlah saya jalani hidup hari ini dengan pengalaman baru. Saya doakan yang terbaik untuk apa sahaja perkara yang dilakukannya,” katanya.

Hubungan Mamat dan Fida berakhir selepas pelawak tersebut dengan secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambutnya ke akaun Facebook miliknya, sekali gus mengakibatkan gambar tersebut tersebar luas di Internet.

Mamat dalam satu kenyataannya sebelum ini kesal dengan kesilapan itu kerana telah mencemar nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak.

Oleh WAHIDUZZAMAN

Awas Teknik ‘Membogelkan’ Gambar Wanita ?


Hati hati bila mempamerkan gambar diri anda di laman sosial dan sebagainya.

Sudah terdapat kes mengubah gambar asal untuk membuat khianat pada seseorang.

Penulis terjumpa satu entri di sebuah blog yang mengatakan wujud aplikasi yang dikenali editor x-ray yang kononnya boleh membogelkan orang dalam gambar (klik blog Paaduu).

Dalam erti kata lain, jika seseorang bergambar dengan memakai pakaian lengkap, menggunakan aplikasi itu, maka gambar dirinya boleh dijadikan tanpa memakai sebarang pakaian pula.

Ia kononnya lebih berkesan jika dilakukan ke atas orang yang memakai baju berwarna cerah atau putih.

Lihat gambar di atas sebagai contoh akan apa yang dimaksudkan.

Namun, harus diingati bahawa gambar itu walaupun memperlihatkan gambar seorang wanita bertudung berjaya dibogelkan, ia sebenarnya belum tentu sahih lagi. Mungkin ia hasil teknik pertindihan pula.

Ini kerana, tidak tahu sama ada aplikasi itu benar-benar berfungsi seperti yang didakwa atau hanya satu jenaka.

Persoalan ini mengingatkan penulis kepada cermin mata x-ray yang kononnya membolehkan pemakainya melihat wanita dalam keadaan bogel yang popular tahun 1980-an dahulu.

Namun, cermin mata itu terbukti satu penipuan. Entah berapa ramai yang termakan penipuan seumpama itu dan rugi duit beli cermin mata berkenaan.

Mungkin sejajar dengan perkembangan zaman, kini wujud pula dakwaan yang kononnya gambar boleh di x-ray sehingga orang dalam gambar berkenaan berada dalam keadaan bogel.

Meniliti beberapa klip dan penerangan di internet, penulis mendapati memang ada aplikasi seperti yang dinyatakan, namun ia tidak berkemampuan untuk membogelkan gambar seseorang itu.

Ia lebih kepada menjadikan pakaian dalam seperti coli kelihatan lebih menyerlah daripada biasa.

Apalikasi itu juga tidak mampu tembus jika wanita memakai pakaian dalam. Jika tidak pakai…maka ia boleh menampakan susuk tubuh seseorang wanita di bahagian tertentu.

Tidaklah jelas 100 peratus, namun cukup untuk memalukan seseorang itu.

Apa pun, yang penulis turut tertarik dalam entri blog berkenaan ialah peringatan kepada wanita jangan semena-mena memuat naik gambar diri mereka di laman-laman sosial seperti Facebook.

Ada benarnya nasihat itu.

Kalau pun gambar anda tidak boleh dibogelkan sepenuhnya, namun ia masih mampu dimanipulasi dan disalah gunakan ke satu tahap tertentu menggunakan aplikasi seperti editor x-ray.

Jadi berhati-hatilah sedikit dengan gambar yang ingin anda letakkan.

Gk

Jimmy Shanley Dedah Tabiat Buruk isteri


Jimmy dedah tabiat buruk isteri

SHAH ALAM – Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam membabitkan pengacara Jimmy Shanley yang menuntut supaya isterinya kembali taat mendedahkan yang wanita itu didakwa masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010.

Selain itu, ketika disoal peguam Syarie yang mewakilinya, Mohd. Noor Aizan Md Idrus, Jimmy mendakwa, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy bukan sahaja bermain judi daun terup malah pernah bertaruh di Internet ketika berada di rumah keluarga wanita itu di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Petaling Jaya pada hari kedua pernikahan mereka.

Katanya, ia diburukkan lagi dengan sikap Nursuhaila yang gemar melayan laman sosial Facebook (FB) dan khidmat pesanan ringkas BlackBerry (BBM) hingga wanita itu tidak mengendahkan permintaannya untuk bersama pada hari itu.

“Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju untuk berkahwin.

“Bagaimanapun, ia tidak berubah selepas kami berkahwin kerana Nursuhaila masih berjudi hinggakan layanan terhadap saya terhad. Dia juga enggan berada di rumah saya yang tiada talian Internet tanpa wayar,” dakwanya.

Tambahnya, Nursuhaila memberi alasan yang dia bermain judi untuk menghilangkan tekanan di hari lahir bapanya sendiri pada 11 Oktober 2010.

Menurut Jimmy, pada hari itu, Nursuhaila yang sepatutnya membeli kek, pulang lewat dan apabila ditanya, dia mengaku masih lagi berjudi.

“Saya juga bertanya penting ke layan FB dan BBM rakan-rakan, lalu dia menjawab lebih penting layan kawan daripada suami,” dakwanya.

Oleh SHAH NIZAM OMAR kosmo

Siapa ‘VIP’ Dihati Fida Sekarang ?


Ada V.I.P sedang mendekati Fida

TAHUN 2011 merupakan tahun yang telah memberi impak yang cukup besar kepada Fida Ibrahim sehinggakan namanya acap kali menjadi sebutan di kalangan peminat hiburan tempatan.

Jika sebelum ini dia dikenali sebagai artis yang bersih daripada sebarang cerita panas, kini semuanya mulai berubah apabila sudah ramai yang memperkatakan tentang dirinya terutama yang membabitkan isu kontroversi.

Bermula dengan kisah percintaan yang terjalin antara dia dengan Mohd. Noor Murad atau Mamat yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Sepah, sehinggalah dia dikritik hebat kerana tidak lagi tampil dengan ciri-ciri gadis muslimah.

Malah, sekeping gambarnya tidak bertudung dan telah dimuat naik oleh Mamat menerusi laman Facebook ternyata mengejutkan ramai terutamanya peminat dan seterusnya ia menjadi punca dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan pelawak berkenaan.

Bangkit daripada hujan kritik yang menimpanya, Fida menegaskan bahawa sehingga kini dia masih lagi bertudung dan segala perubahan yang berlaku ke atas dirinya itu adalah sekadar mengikuti perkembangan fesyen.

“Saya tahu ramai yang telah mengkritik saya terutamanya menerusi laman-laman blog hiburan tentang penampilan saya sekarang. Sebenarnya apa yang saya lakukan ini semata-mata ingin mencuba sesuatu yang baharu terutamanya melalui penampilan menerusi gaya dan fesyen yang terkini.

“Sebagai seorang artis sudah tentu saya tidak mahu terus tampil dengan imej yang sama. Cuma saya sedar ada segelintir pihak tidak puas hati dengan penampilan saya sekarang kerana tidak lagi tampil dengan imej bertudung seperti dahulu,” tegasnya.

Tambah Fida, dia sendiri cuba mengelak untuk memperkatakan dengan lebih lanjut tentang aurat, namun memberitahu dia masih lagi kekal menutup kepala dan berharap agar peminat dapat menerima perubahan tersebut.

Pada masa yang sama, dia juga menafikan sekeras-kerasnya tanggapan sesetengah pihak mengenai perubahan yang dilakukannya sekarang itu adalah semata-mata mahu mencari publisiti murahan supaya orang lebih mengenali dirinya.

Ujarnya, segala kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya itu dianggap sebagai satu tamparan yang cukup hebat sepanjang berkecimpung dalam dunia seni dan mengakui agak tertekan dengan apa yang menimpa ke atas dirinya itu.

“Mulanya saya ada membaca komen-komen negatif yang dilemparkan dan secara jujurnya saya memang amat kecewa. Bagi saya masing-masing ada hak untuk membuat kritikan, tetapi yang cukup mengecewakan saya apabila ada yang bertindak keterlaluan.

“Kalau mereka memberi kritikan yang membina terutamanya tentang kerjaya, saya masih lagi boleh menerimanya. Namun apa yang membuat hati saya terguris apabila ada yang sanggup menggunakan kata-kata kesat,” luahnya.

Meskipun pada awalnya berasa sedih dan kesal dengan apa yang berlaku, Fida mengakui dia kini sudah dapat menerima hakikat bahawa bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang terutama tentang perubahan terhadap dirinya itu.

Menurutnya, dia sangat bersyukur kerana terus mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan segala yang berlaku ke atas dirinya itu ternyata tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus bergelar anak seni.

“Saya menganggap semua yang berlaku itu ada hikmahnya dan setakat ini saya masih lagi menerima tawaran untuk berlakon dan mengacara walaupun terus dikaitkan dengan isu-isu kontroversi,” ujarnya.

Tidak terikat

Pastinya sudah ramai yang mengetahui tentang hubungan cinta yang terjalin antara Fida dan Mamat yang telah putus setelah menjalin hubungan cinta dalam tempoh yang agak singkat.

Mengenai status dirinya ketika ini, Fida memberitahu, setelah hubungan percintaannya putus di tengah jalan, dia mengambil keputusan untuk tidak terikat dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

“Sebenarnya selepas hubungan saya dan Mamat putus memang ramai lelaki yang cuba mendekati saya seperti di kalangan artis dan orang biasa. Malah, saya akui pernah cuba didekati golongan VIP.

“Walaupun ramai yang cuba untuk menjalinkan hubungan serius, tetapi rasanya biarlah sekarang saya solo dahulu. Cuma saya tidak nafikan yang kini agak rapat dengan seseorang,” jelasnya.

Menurut Fida, jejaka tersebut adalah seorang ahli perniagaan dan mereka berdua sebenarnya sudah lama saling mengenali iaitu sebelum dia menjalinkan hubungan cinta dengan Mamat lagi.

Ujarnya, selama ini hubungan mereka hanyalah sekadar teman biasa sahaja. Namun, selepas apa yang menimpa dirinya telah menyebabkan hubungan mereka kini menjadi lebih rapat.

“Selepas hubungan cinta saya gagal serta dikritik ramai pihak, dialah lelaki yang banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya. Itu yang menyebabkan kami rapat dan saya memang selesa berkawan dengannya.

“Apa yang boleh saya katakan setakat ini kami masih lagi berkawan dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Lagipun kami belum pernah berbincang untuk menjalinkan hubungan yang serius,” ujarnya.

kosmo

Chef Wan Tibai Adlin Kaw Kaw


Chef Wan kutuk Adlin

Walaupun chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, tidak hadir pada minggu keempat persembahan, Maharaja Lawak Mega (MLM) Jumaat malam lalu, namun beliau tetap mengikuti perkembangan MLM menerusi siaran ulangan.

Terkenal dengan sikapnya yang lantang bersuara, Chef Wan turut memberikan kritikan pedas terhadap persembahan MLM minggu lalu. Menerusi laman sosial, Facebook miliknya, Chef Wan secara terang mengkritik persembahan Adlin Aman Ramli yang banyak perkataan lucah dan aksi double meaning.

Membawa watak pemain sorak wanita, Adlin, pada mulanya menarik perhatian ramai dengan penggunaan kostum dan basikal sebagai prop. Bagaimanapun, dia dilihat semakin berani apabila membuat persembahan sorak dengan menggunakan banyak perkataan double meaning.

Katanya, Adlin tidak sepatutnya membuat persembahan begitu kerana penonton MLM bukan sahaja di peringkat dewasa, malah terdiri daripada kanak-kanak.

“Persembahan Adlin pada malam itu nampak ‘kelam-kabut’. Tak tahulah apa yang ingin disampaikan, tetapi tidak menepati cita rasa penonton dan juri.

“Begitu juga persembahan minggu ketiga. Dia terlalu ‘berani’ membawa watak ulama dan berbicara mengenai hukum talak dalam bahasa jenaka.

“Lebih baik elakkan dari menggunakan hukum agama kerana banyak lagi perkara lain yang boleh dibuat jenaka. Tak elok mempermainkan hukum-hukum agama,” kata Chef Wan, seperti yang dipetik menerusi Facebook miliknya.

Malah, Chef Wan turut menyifatkan aksi kumpulan Hiro juga membosankan.

Bagaimanapun, beliau memuji persembahan Boboi dan Osbon kerana dianggap lain daripada lain.

Sementara itu, Adlin gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu ini.

Sh

%d bloggers like this: