Tag Archives: Bukit Kepong

Banjir Johor Semakin Teruk


MANGSA banjir berteduh di pusat perlindungan dalam gimnasium di Bandar Lligan Filipina hari ini. Beribu mangsa terpaksa menyambut Krismas dalam keadaan banjir besar yang mengakibatkan lebih 1,000 maut. – Foto AFP

Mangsa banjir Johor meningkat ke 1400

Mangsa banjir di Johor semakin meningkat apabila hampir 300 orang lagi dipindahkan ke pusat pemindahan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,437 orang pagi ini berbanding 1,143 orang malam tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), setakat 10 pagi ini, kesemua mangsa ditempatkan di 25 pusat pemindahan dengan 12 di Segamat, tujuh di Mersing dan enam di Batu Pahat, lapor Bernama

Jalan tanah merah menuju ke Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara Endau Rompin dilaporkan masih terputus hubungan dan hanya boleh dihubungi melalui bot dan pengangkutan udara.

Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua batang sungai masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong mencatatkan aras 3.34 meter dan Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, 9.47 meter.

Beberapa batang sungai lagi melebihi paras amaran iaitu Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat (17.04 meter), Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (19.92 meter), Sungai Simpang Kiri di Seri Medan, Batu Pahat (2.19 meter), Sungai Senggarang, Batu Pahat (3.28 meter) dan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (5.60 meter).

Di Pahang, keadaan banjir di daerah Rompin semakin buruk dengan lebih 300 mangsa lagi dipindahkan malam tadi, menjadikan mereka yang berada di pusat pemindahan meningkat kepada 946 orang setakat 9 pagi ini.

Di Sabah, mangsa banjir di Kampung Gum Gum di Sandakan yang ditempatkan di pusat pemindahan meningkat kepada 351 orang setakat 9 pagi ini berbanding 341 semalam.

Di Sarawak, beberapa kampung di kawasan rendah di Samarahan di dilanda banjir bermula malam tadi berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas yang diburukkan dengan fenomena air pasang besar.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir, terdapat kira-kira tujuh keluarga telahpun  dipindahkan ke pusat penempatan banjir.

Di Kuantan: Keadaan banjir di daerah Rompin semakin buruk dengan lebih 300 mangsa lagi dipindahkan malam tadi, menjadikan mereka yang berada di pusat pemindahan meningkat kepada 946 orang setakat 9 pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata sebuah lagi pusat pemindahan dibuka malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada lima buah.

Kesemua mangsa adalah daripada 214 keluarga dari 13 buah kampung, katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Kampung Mentelong dan Kampung Denai yang terputus hubungan darat selepas jalannya dinaiki air tengah hari semalam, kini boleh dilalui semua kenderaan, katanya.

Bernama

Ghani Othman Pegawai British Terbaru di Johor


‘Kenyataan MB Johor seperti pegawai penjajah British’

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor turut mencabar Ghani Othman untuk berdebat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat menyifatkan kenyataan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang melabelkan Mat Indera sebagai militan Parti Komunis Malaya ‘tak tumpah seperti seorang pegawai penjajah British’.

“Hujah-hujah yang beliau gunakan adalah saling tak tumpah seperti alasan dan hujah daripada seorang pegawai British untuk menentang kemaraan pejuang-pejuang kemerdekaan yang berjuang dengan darah dan air mata sewaktu negara kita masih dijajah dahulu,” katanya.

Suhaizan turut mencabar Ghani untuk berdebat berhubung isu serangan komunis pimpinan Mat Indera di Bukit Kepong pada tahun 1950.

“Saya cabar Ghani untuk berdialog secara terbuka di daerah Muar, Johor!” Suhaizan berkata dalam satu kenyataan media hari ini. Suhaizan menyanggah hujah Ghani bahawa Mat Indera seorang militan kerana para sarjana masih mengkaji sama ada pejuang haluan kiri perlu digelar pejuang atau pengkhianat.

“Dalam konteks peristiwa yang berlaku sekitar tahun 1948 hingga 1957, para sarjana masih sedang mengkaji dan masih tidak ada lagi (menurut kajian dan pembacaan saya) satu keputusan yang muktamad adakah pejuang-pejuang berhaluan kiri dikira sebagai pejuang atau pengkhianat.

“Tindakan beliau (Ghani) dengan mudah melabel Mat Indera sebagai pengganas yang kejam dan zalim adalah sama sekali tidak rasional.

Ini adalah berikutan kenyataan Ghani yang melabelkan Mat Indera sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia hari ini.

“Tindakannya (Mat Indera) terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.

“Ini berlainan daripada para pemimpin berhaluan kiri lain seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad atau pun Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan,” kata Ghani.

Ghani yang juga penaung Yayasan Warisan Johor (YWJ) turut mempertahankan penerbitan buku Pengukir Nama Johor yang turut memuatkan kisah Mat Indera.

Beliau menyifatkan penerbitannya sebagai “data-data kemasyarakatan berkaitan seorang anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini, khususnya di negeri Johor dalam perjalanan sejarah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.”

Adakah Tok Janggut juga pengganas? 

Suhaizan turut menimbulkan persoalan samada pejuang kemerdekaan Tok Janggut di Kelantan juga akan dilabel sebagai militan kerana serangan Tok Janggut ke atas balai polis Pasir Puteh menyamai serangan di Bukit Kepong pada tahun 1950.

Beliau turut mempertikaikan peranan Ghani sebagai penaung YWJ dan penulis prakata Pengukir Nama Johor sedangkan YWJ adalah agensi kerajaan Johor.

“Bagaimana selama ini semuanya ok dan baru kini beliau menyanggah buku yang beliau iktiraf sendiri?,” soal beliau.

Suhaizan turut mengemukakan kajian tulisan Ismail Adnan berkaitan sejarah Bukit Kepong agar debat ilmiah dan kajian akademik dijalankan.

fmt

Bongkar: Dr Burhanuddin Lebih Popular dari Tunku dan Onn Jaafar


Mat Sabu: Doktor Burhanudin lebih popular dari Onn Jaafar dan Tunku

Mohamad Sabu yang berhadapan dengan siri kritikan sejak dua minggu lalu menimbulkan beberapa persoalan baru mengenai fakta kemerdekaan malam tadi, antara lain menekankan bahawa Burhanuddin al-Helmy sudah pasti menjadi pilihan rakyat sebagai pemimpin mereka jika satu referendum telah diadakan sebelum kemerdekaan.

Timbalan Presiden PAS  berkata Burhanuddin yang dilahirkan di Kota Baru dan merupakan pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) lebih diterima berbanding Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Datuk Onn Jaafar sendiri.

Onn menubuhkan Umno dan beliau digantikan oleh Tunku Abdul Rahman, yang merupakan Bapa Kemerdekaan dan perdana menteri yang pertama.

“Kalau British telah mengadakan referendum (sebelum memberi kemerdekaan) antara Burhanuddin, Tunku Abdul Rahman dan Burhanuddin, saya fikir rakyat pilih Burhanuddin,” kata beliau pada forum bertajuk Mat Indera — Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

“. . . beliau telah disumbat (dimasukkan ke dalam penjara . . . Ahmad Boestamam (sekali) . . . kalau diadakan referendum, (rakyat) akan pilih Burhanuddin,” kata beliau sambil menambah, dari awal lagi kesemua pertubuhan dan organisasi telah diharamkan kecuali Umno oleh British semasa mengisytiharkan Darurat.

Darurat diisytiharkan pada 1948 dan berlarutan sehingga 1960.

“Jadi, dia (Umno) sahaja yang tinggal,” katanya yang menimbulkan bahawa tiada persaingan politik ketika itu.

Dua anggota panel forum malam tadi lain ialah Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan penulis blog, Hishammudin Rais.

Adik Mat Indera, Baharom Shah Indera juga hadir sebagai tetamu khas pada forum itu.

Mengikut fakta sejarah, PKMM menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris dan Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan “kesatuan politik” Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.

Kepimpinan PAS berpindah tangan kepada Burhanuddin pada 1956.

Beliau digambarkan sebagai seorang “nasionalis radikal dan pemikir Islam” dan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1965.

Beliau juga pernah ditahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura dan memenangi kerusi Parlimen Besut pada pilihan raya umum 1959.

Dalam ucapannya, Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu menimbulkan persoalan sama ada ketua Parti Komunis Malaya Chin Peng, yang mengetuai serangan yang membawa kepada kematian Sir Henry Gurney wajar dianggap sebagai pengkhianat negara.

Gurney, pesuruhjaya tinggi British ditembak mati pada 6 Oktober 1951 di Bukit Frazer dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat.

“Chin Peng (yang mengetuai PKM) yang membunuh Henry Gurney . . . jadi antara Chin Peng dan Henry Gurney, siapa pejuang dan pengkhianat? Saya tak mahu cakap, anda fikir sendirilah… kalau saya cakap kan, nanti mereka kata (saya penyokong komunis) . . . ,” kata beliau yang kini berhadapan dengan siasatan polis berhubung kenyataannya tentang tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu.

Semalam, polis Pulau Pinang berkata pihaknya telah menyiapkan kertas siasatan terhadap Mohamad yang didakwa berkata pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.

Polis turut merekodkan 68 kenyataan daripada pemberita, saksi bebas serta mereka yang membuat laporan polis terhadap beliau bagi melengkapkan siasatan.

Mohamad turut disiasat menurut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat. Sehingga kelmarin sebanyak 266 laporan polis terhadap Mohamad telah diterima di seluruh negara.

Mohamad yang lebih dikenali “Mat Sabu” mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis dalam 1950.

Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya.

Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.

Malah kata beliau ucapannya mengenai Mat Indera atau nama sebenarnya Ahmad Indera itu juga disokong oleh buku dikeluarkan oleh kerajaan negeri Johor dengan judul “Pengukir Nama Johor”.

G.Manimaran

Tak Patut: Takkanlah Janda Bukit Kepong pun Kena ‘Kencing’ Jugak


Balu polis Bukit Kepong dakwa tak terima pencen

Sharifah Aminah Syed Ali, 83, balu kepada seorang anggota polis yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong selepas berlakunya tragedi serangan komunis, memohon supaya dipertimbangkan untuk menerima pencen suaminya yang meninggal dunia semasa bertugas di Balai Polis Kulim pada 1962.

Sharifah Aminah, yang kematian suami Syed Omar Syed Yasin hampir 50 tahun lepas, memohon agar dipertimbangkan bayaran pencen kerana sepanjang kematian suaminya, dia tidak pernah menerima imbuhan itu.

“Selepas kematian suami, tok hanya menerima duit sagu hati sebanyak RM1,800 dan selepas itu dah tak dapat apa-apa duit dah. Duit pencen pun tak dapat juga sampai hari ini,” katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata bahawa selepas berkahwin dengan Syed Omar, mereka menetap di Kota Tinggi, kemudian berhijrah ke Johor Baharu sebelum ditukarkan ke Bukit Kepong.

“Masa mula-mula sampai di Bukit Kepong, rusuhan memang sudah reda tetapi keadaan masa itu sangat menakutkan. Selepas 6 petang, kami perlu tutup semua pintu dan tingkap dan tidak boleh keluar rumah. Nak ambil air dari telaga (perigi) pun tak boleh sebab komunis humban mayat-mayat dalam telaga.

“Kami terpaksa menggunakan air Sungai Bukit Kepong untuk kegunaan seharian,” kata Sharifah Aminah.

Katanya beliau terkilan kerana pengorbanan suaminya yang manggunakan nombor pengenalan polis 10568 semasa berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia, tidak dihargai.

Suami beliau, yang ketika itu berusia dalam 40-an, meninggal dunia setelah terjatuh basikal ketika dalam perjalanan ke balai.

“Tok bukannya nak minta banyak tetapi sekurang-kurangnya dapat pencen suami kerana dia meninggal pun semasa bertugas. Sekurang-kurangnya duit tu boleh tok guna untuk tanggung kos rawatan kira-kira RM500 sebulan,” kata Sharifah Aminah yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit tulang belakang yang menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Beliau berkata kehidupannya susah selepas suaminya meninggal dunia kerana dia terpaksa mengambil upah menjahit baju untuk menyara enam orang anaknya yang masih kecil.

“Kini semua kos rawatan dan kos sara hidup ditanggung oleh menantu saya yang menerima pencen RM400 sebulan. Dia pun susah sebab kena tanggung anak yang cacat. La ni (sekarang) dia berniaga surat khabar dan nasi lemak bagi menambah pendapatan untuk tanggung kami sekeluarga,” kata Sharifah Aminah yang tinggal bersama anak, menantu dan cucunya di Taman Nakishah, Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar.

Bernama

Nota: Berdegar degar putera umngok nak naik pentas konon. mai tolong dulu tok diatas tu.

‘Green Light’ Mat Sabu untuk Pemuda PAS Johor ‘Urus’ KJ


Satu penghormatan dari Timbalan Presiden Pas pada Pemuda Pas Johor .

Mat Sabu memberikan lampu hijau untuk Pemuda Pas Johor berdebat dengan Khairy Jamaluddin mengenai isu sensasi yang

‘mengoyak’  sejarah penjajah British dan Umno di Tanah Melayu.

Diharapkan Pemuda Pas Johor akan memasong hujah KJ mengenai isu Rumah Pasong Bukit Kepong.

Mat Sabu serah Pemuda PAS ‘urus’ KJ

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu sekitar peristiwa Bukit Kepong dan sejarah prakemerdekaan.

Dengan sinis, Mohamad berkata beliau tidak menolak pelawaan itu sebaliknya kedua-dua sayap PAS dan Umno itu lebih sesuai berbuat demikian.

“Saya tidak tolak (berdebat). (Tetapi) biar Pemuda dengan Pemuda (berdebat) kerana mereka layak,” katanya lagi.

Menurutnya, Pemuda PAS Johor ‘layak’ berdepan Khairy kerana peristiwa serangan yang diketuai bekas pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) Muhammad Indera itu berlaku di balai polis Bukit Kepong, di negeri itu.

“Saya serah kepada Pemuda PAS. Dia (Khairy) seorang yang bijak dan saya hormati. Biar dia berdepan dengan Pemuda PAS,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Debat KJ VS Mat Sabu di Kubu PAS


Khairy terima jemputan debat, sedia bertemu Mat Sabu di kubu Pas

Khairy Jamaluddin menerima cabaran berdebat berhubung kenyataan kontroversi Mohamad Sabu, yang menyentuh tragedi Bukit Kepong dan desakan bertubi-tubi agar dikaji semula fakta sejarah, dan bersedia untuk bertemu di kubu kuat PAS di Kelantan.

Ketua Pemuda Umno ini berkata beliau telah menerima jemputan yang dipanjangkan oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

“Saya akan berada di sana,” kata Khairy menerusi mesej Twitter semalam sambil menambah, jemputaan untuk berhadapan dengan Timbalan Presiden PAS itu sudah pun diterima.

Salinan jemputan yang diperoleh The Malaysian Insider menyebut debat itu akan berlangsung di Balai Islam, Kota Baru akhir bulan ini.

Meskipun surat itu mengatakan bahawa pentadbiran Kelantan masih membuat persiapan untuk membawa Mohamad berdebat dengan Khairy, Ahli Parlimen Rembau itu memberitahu The Malaysian Insider, beliau mahu berhadapan dengannya.

“Tidak perlu mencari lokasi berkecuali. Sarang singa anda. Jumpa di sana, Mat Sabu,” kata Khairy (gambar) lagi menerusi Twitter.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada ia debat yang disyorkan oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam memandangkan Khairy berkata jemputan itu datang terus daripada kerajaan Kelantan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang semalam, Tuan Ibrahim berkata, PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad.

Tuan Ibrahim berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.

“Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit.

“PAS berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain yang bangun menentang penjajah tetapi jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar ‘pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno’ tanpa ruang untuk menjawab,” katanya.

Tambah beliau, atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pertimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah daripada kedua-dua pihak, PAS melalui Lujnah Penerangan akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah untuk menangani isu “Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?” dalam sejarah tanah air sebelum negara merdeka.

Kelmarin, Pergerakan Pemuda Umno mengumumkan program jelajah negara yang dikenali sebagai Pentas Patriot untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Mohamad ketika satu ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

tmi

%d bloggers like this: