Tag Archives: Abdul Khalid Ibrahim

MAIS Akan Laksanakan Hudud di Selangor ?


Kita percaya kepada alim ulama yang tak terbilang dalam Majlis Agama Islam Selangor akan menyambut saranan YB Tan Sri Khalid Ibrahim selaku menteri besar.

Pada tahap ini MAIS perlu menunjukan kewibawaannya sebagai badan pentadbiran islam di Selangor.

Jika diperkirakan , sesungguhnya MAIS  mendapat ‘kuasa penuh’ dari tuanku Sultan Selangor dalam pentadbiran islam,maka wajarlah kewibawaan itu diserlahkan untuk mendaulatkan hukum agama di Selangor.

Mungkin draf Hudud Selangor sudah pun ada, cuma menunggu masa sahaja untuk MAIS persembahkan kebawah tuanku Sultan Selangor.

Kita mohonkan taufiq dan hidayah serta inayah Allah kepada MAIS.

Majlis Agama Islam Selangor perlu menyiapkan draf perlaksanaan Hudud di Selangor Darul Ehsan

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata keputusan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu bukan terletak ditangannya.

Selangor tidak bercadang untuk mengikut jejak langkah Kelantan melaksanakan hukum hudud di negeri itu seperti yang dihasratkan Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata keputusan untuk melaksanakan hukum hudud di Selangor bukan terletak ditangannya.

“Semua keputusan mengenai ini akan dibuat (jika perlu) Majlis Agama Islam Selangor (Mais), tetapi buat masa ini saya tiada keputusan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini lewat petang tadi.

Katanya, Selangor akan melakukan apa-apa perubahan polisi mengenai agama Islam hanya selepas mendapat nasihat dan juga cadangan daripada Mais.

Beliau bagaimanapun enggan campur tangan dan memberikan sebarang komen mengenai cadangan Nik Aziz yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

“Sebagai diplomasi saya takkan komen…..saya tak perlu komen,” katanya.

Kerajaan Kelantan pimpinan Mursyidul Am PAS sebelum ini telah pun menggubal undang-undang hudud melalui Enakmen Undang-

Undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada tahun 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan hukum hudud dalam manifesto pilihan raya umum 1990.

Mahathir mengaku menghalang perlaksanaan Hudud di Kelantan

Namun ia tidak dapat dilaksanakan ekoran surat rasmi yang dikeluarkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran dan menghalang hukum itu dilaksanakan.

Bagaimanapun pendirian Tun Dr Mahathir kini berubah apabila beliau dalam responnya kelmarin meminta Nik Aziz kembali memperkenalkan hukum hudud di Kelantan sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanakannya.

“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi…..ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya.

fmt

Felda Kena Lagi 3-0, RM1.2juta Perlu Bayar Peneroka


Felda kalah lagi, Mahkamah arah bayar rm1.2juta

Seramai 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 menerima berita gembira hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada mereka.

Kes tersebut difailkan peneroka yang gagal mendapat semula wang caruman mereka  di bawah tabung wang tanam semula yang diuruskan Felda melalui peguam Wan Rohaimi Wan Daud.

Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Mohd Azman Husin jam dan mengarahkan wang tabung tersebut ditaksirkan.

Menurut Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sejumlah RM1.2 juta itu dikira daripada caruman pokok  peneroka termasuk caruman  yang dibuat setiap bulan selama lebih kurang 20 tahun.

Manakala dividennya juga dikira dalam tempoh 20 tahun itu.

Mazlan menyifatkan keputusan tersebut sebagai sangat menggembirakan peneroka dan membuktikan perjuangan mereka menuntut keadilan semakin mendapat perhatian.

“Ini satu keputusan yang menggembirakan yang ditunggu-tunggu selama ini dan mengulang kes yang sama yang dibawa peguam Hanipa Maidin dalam kes saman peneroka Sungai Koyan terhadap Felda sebelum ini dan ini kemenangan buat kesekian kalinya.

“Ini menandakan bahawa perjuangan warga felda mendapat tempat dan kebenaran akhirnya memihak kepada peneroka,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ogos tahun lalu, seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan, menerima ganti rugi berjumlah RM11 juta dari Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit.

Mazlan juga berkata, kemenangan kali ini sangat penting untuk menyuntik semangat peneroka agar terus berjuang menuntut hak mereka.

“Ini satu keputusan yang penting kerana melibatkan lebih kurang 10 ribu lagi peneroka yang tidak mendapat wang tanam semula dan ada kesnya yang sedang dibicarakan,” katanya.

Mazlan turut memberitahu, lebih kurang 700 peneroka dari sekitar Felda Jengka akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh berhubung  kadar perahan gred (kpg) sawit yang diterima mereka begitu rendah.

“Kes ini akan diketuai peguam Sivarasa Rasiah,” katanya.

Sekretariat Task Force Felda

Sementara itu Mazlan turut memaklumkan bahawa satu diskusi mengenai akta penempatan berkelompok (GSA) 1960 berlangsung di Bangunan SUK Selangor hari ini dan dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Diskusi tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Task Force Felda yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor.

“Ahli panel terdiri daripada para peguam yang membentang dan menghurai tentang GSA dari sudut kelemahan,kepincangan dan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melakukan penambah baikan terhadap felda ini termasuk keadilan akta ini kepada peneroka,” katanya.

Beliau berkata, hasil diskusi tersebut, mereka bersetuju untuk memperincikan semua kelemahan yang  terdapat dalam GSA ini agar dilakukan semakan semula supaya dapat memberi keadilan kepada pemilik tanah.

Mazlan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa task force tersebut.

Hd

Gempar: Khalid Ibrahim Dedah Aset Air Selangor,Rakyat Terus Dapat Free 20m3


Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi mendedahkan aset air di Selangor sebenarnya bernilai RM12 bilion. — Gambar oleh Jack Ooi

Khalid Ibrahim: Aset air Selangor 12 Billion, BN buat silap besar

Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi mendedahkan aset air di Selangor sebenarnya bernilai RM12 bilion dan rakyat akan terus menikmati pemberian bekalan 20 meter padu air percuma setiap bulan selagi Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.

Kata Menteri Besar Selangor, kerajaan pimpinannya telah melakukan kajian mengenai nilai sebenar aset air ekoran kegagalan pentadbiran BN menentukan nilai yang tepat semasa mereka memerintah negeri itu selama lima dekad.

“Kita telah memperuntukkan sebanyak RM760,000 untuk mengkaji nilai aset air di Selangor dan saya telah dimaklumkan nilai sebenar aset air kita berjumlah RM12 bilion yang mana sebelum ini BN mengatakan ia bernilai RM1 bilion sahaja.

“Inilah silap besar BN, mereka salah kira tapi kita tidak… kita semak balik, pening juga kita, dengan jumlah yang ada ini kalau kita jual RM1 bilion aset air ini rakyat boleh mendapat air percuma lebih daripada lapan tahun,” katanya pada ceramah perdana Agenda Negeri Selangor di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi di sini.

Pemberian air percuma dilaksanakan kerajaan negeri Selangor selepas pilihan raya umum ke-12  sejak 2008, yang mana Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran daripada BN.

Ketika ini, daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Pakatan Rakyat menguasao 35 kerusi manakala BN mempunia 20 manakal seorang Adun Bebas.

Kata Khalid, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat akan terus memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin.

“Kita akan pastikan rakyat dapat manfaat daripada apa yang kita lakukan, wang yang kita dapat akan dikembalikan semula kepada rakyat.

“Kebajikan kita akan jaga, BN setelah lebih 50 tahun gagal melaksanakan ini, anda boleh semak semua ini sama ada kita telus atau tidak.

“Kita telah buktikan, kita bukan hanya bercakap… ini perbezaan kita dengan BN, kita terjemahkan ia (dalam bentuk tindakan), jadi saya minta agar anda terus memberikan sokongan kepada kita,” katanya di hadapan kira-kira 300 orang penduduk di kawasan itu.

Turut hadir Penasihat Ekonomi kerajaan negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Xavier Jayakumar, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

Menurut Khalid, rakyat Selangor telah membuat keputusan bijak kerana memilih Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN pada pilihan raya umum 2008.

“Saya nak katakan bahawa anda telah memilih kita (Pakatan Rakyat) kerana mahukan reformasi, mahukan perubahan yang sudah lama dituntut.

“Anda memilih kita bukan sebab 1 Malaysia, anda tidak pilih kita atas dasar 1 Malaysia tapi anda pilih kita atas dasar reformasi… anda pilih kita sebab nak tahu sama ada PKR, PAS dan DAP boleh buat kerja atau tidak,” katanya.

Tambah beliau, walaupun baru tiga tahu memerintah Selangor, namun sehingga kini kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjaya memberikan lebih banyak matfaat kepada rakyat dan terbaru pemilikan hak milik tanah dengan kadar premium yang rendah.

“Sudah tiga tahun saya jadi menteri besar, sama ada betul atau tidak (kerajaan negeri jaga kebajikan) anda sudah tahu.

“Kita dah buat macam-macam, kita beri air percuma dan terbaru kita beri pemilikan tanah kepada rakyat dengan bayaran yang rendah… dulu masa kita mula-mula beri air percuma, kita teruk dikecam (oleh Umno)… mereka kata tidak boleh, jadi saya minta senarai orang Umno yang tidak mahu air percuma tapi tidak diberikan,” katanya.

Malah menurut Khalid, sejak mengambil alih pentadbiran negeri Pakatan Rakyat telah berjaya “membetulkan kesilapan” yang dilakukan BN dulu.

tmi

3,000 Orang Ikuti Tazkirah Dr Wahbah Dalam Munajat Tolak Fitnah


Dr Wahbah mengimami solat hajat bersama ribuan umat Islam di Stadium Selayang

Program Munajat Perdana di Stadium Selayang

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 orang hadir pada program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang, malam ini, termasuk pimpinan utama Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) .

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah Perdana di samping pimpinan lain termasuk Pengerusi Saf Anti Fitnah (SAF), Azmi Abd Hamid.

Slot utama program malam ini ialah tazkirah yang akan disampaikan ulama terkenal dunia yang juga bekas Mufti Syria, Dr Sheikh Wahbah Al Zuhaili.

Turut hadir ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah; Timbalan Presiden, Mohammad Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Senator Dr Syed Husin Ali.

Dalam tazkirah Maghrib kira-kira jam 7.30 malam tadi, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin mengingatkan semua pihak betapa haiwan dan tumbuh-tumbuhan pun mendapat pembelaan dalam Islam, apatah lagi manusia.

Beliau berkata, konsep keadilan itu bukan sahaja dari sudut pengurusan kes pertikaian semata-mata tetapi meliputi keadilan apabila seseorang itu menghadapi sebarang pertuduhan.

“Ia tidak boleh dibuat di padang-padang, bahkan ia juga tidak boleh dibuat masjid-masjid. Setiap warga mesti punya hak pembelaan manakala kerja mencegah kemungkaran itu adalah tanggungjawab semua.

“Justeru, yang paling jelas pemerintah adalah wajib memberikan keadilan, apatah lagi dalam soal kepentingan ummah dan negara,” katanya.

Keadilandaily

Kemajuan Terkini Selangor Dibawah Pakatan Rakyat


Pendekatan terbaru Selangor untuk manfaat rakyat

Segala pembaharuan berbentuk program menguntungkan rakyat yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak 8 Mac 2008 adalah jawapan kepada kritikan yang sering dilemparkan BN selama ini. 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika sebelum ini pimpinan dan pendokong Pakatan Rakyat mengaitkan BN dengan sikap dan program mereka yang tidak membawa manfaat kepada rakyat, kini Selangor telah berjaya menunjukkan bentuk terbaik.

Abdul Khalid menegaskan demikian ketika berucap dalam program Ceramah Perdana Pencapaian Negeri Selangor di Kompleks Sukan Pandamaran, dekat sini malam tadi.

Sebelum itu, majlis dimulai dengan mendengar ucapan oleh Exco Dr Hajah Halimah Ali, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud, Exco Ronnie Liew dan Exco Dr Xavier Rajakumar yang membentangkan kemajuan dicapai oleh pentadbiran negeri sejak PR terajui Selangor.

“Sumber Negeri Selangor cukup untuk rakyat negeri cuma perlu sikap amanah, tertib dan alirkan hasil negeri kepada rakyat yang memerlukan dan menjauhkan perbuatan rasuah,” tegas Abdul Khalid lagi.

Beliau juga mendedahkan bagaimana rakyat Negeri Selangor kini sudah boleh menggunakan teknologi yang dihasilkan mengenai rekod pemilikan tanah yang  hanya perlu dicari melalui komputer menerusi Google GIS menggunakan satelit.

Menurutnya, dokumen mengenai tanah itu dapat disemak dalam kadar segera dan rakyat sudah tidak perlu datang ke pejabat tanah lagi dan dalam masa dua tahun nanti, staf pejabat tanah pula yang akan turun ke kampung-kampung untuk urusan tanah.

“Negeri lain belum ada lagi teknologi ini dan bila sudah berjaya, lepas ini negeri lain boleh membeli teknologi ini dari Selangor dan wang itu dimasukkan ke Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS),” tegasnya sambil mendapat tepukan hadirin.

Kini, jelasnya, Kerajaan Negeri Selangor mahu menyemai semangat dan jiwa baru kepada rakyatnya di mana mereka merasa megah menjadi rakyat Selangor yang suka kepada kebersihan dan kehijauan.

Di akhir ucapannya, Abdul Khalid melancarkan program Kembara Briged Amal yang berkampung di situ sehingga 24 April dengan mengadakan berbagai program di kawasan rakyat miskin termasuk aktiviti 4 x 4 di hutan berdekatan.

Menteri Besar turut menjelaskan, sebelum bersama PKR, beliau telah bersama Yayasan Amal untuk membantu mereka yang memerlukan dalam banyak program sebelum ini dan berdoa agar program Briged Amal berjaya.

Sementara itu, ketibaan beliau dan Dr Halimah disambut kumpulan kompang Melayu, tarian singa Cina dan gendang keling India diiringi ke pentas utama sebelum majlis bermula.

Kelihatan ramai Adun-adun dan Ahli Parlimen turut hadir.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Ridzwan berucap aluan menyebutkan peranan Briged Amal dan Unit Amal di dalam melaksanakan tugas mereka membantu anggota masyarakat terutaman ketika menghadapi bencana alam.

Ketika berucap, Dr Mariah berkata beliau bercakap sebagai orang luar yang tidak berada di dalam pentadbiran kerajaan negeri namun kerana sayang kena tegur selain dari pujian terhadap semua program kerajaan negeri.

Katanya, hak diberikan pada semua rakyat yang perlu, bukan kerana bangsa atau parti mana yang mereka pilih, kerana itu, sejak PR memerintah, rakyat merasa sense of belonging atau rasa kekitaan.

Menurutnya, Selangor sejak PR memerintah telah mendapat tempat pertama dalam banyak perkara antaranya seperti TAWAS yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri termasuk Pusat

Kadar miskin di Selangor pula di bawah RM1,500 sedang Pusat RM750 bererti lebih ramai rakyat boleh terima bantuan kerajaan di masa sama di peringkat negara, orang masih miskin dalam kadar RM1,500, masih terdapat dalam jumlah 40 peratus lagi, ujarnya.

Selangor, jelasnya, telah memulakan cuti bersalin untuk wanita selama 90 hari untuk semua kelahiran dan Kerajaan Pusat meniru juga dengan memberikan cuti tiga bulan itu tapi hanya untuk tiga orang anak sahaja.

Dalam masa sama, Kerajaan Selangor melakukan Ujian Mammogram percuma untuk 1 juta wanita memeriksa payudara yang kini sudah 50,000 wanita dan dari jumlah itu, 47 mengalami kes berat yang boleh diselamatkan.

ismail hashim

Khalid Gagap Tipu Rakyat Selangor Lagi!


700 permohonan milikan tanah sudah diluluskan

KUNDANG – Kerajaan Negeri akan memastikan 100,000 permohonan pemberi milikan tanah untuk kediaman di negeri ini diberi perhatian sewajarnya untuk diselesaikan segera.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mensasarkan setiap minggu sekurang-kurang 700 hingga 800 permohonan di seluruh Selangor diluluskan. Continue reading