Category Archives: PKR

‘Amanat’ Anwar: Ribuan Banjiri Ibu Kota Malam Ini (VIDEO)

‘Amanat’ Anwar: Ribuan banjiri ibu negara Ribuan membanjiri Kampung Baru di ibu negara malam ini bagi mendengar ‘amanat terakhir’ Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum nasibnya ditentukan mahkamah esok. Ditemani pemimpin tertinggi pembangkang, dianggarkan 5,000 memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar yang dituduh meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Malah, [...]

Video Wanita Umno Masih ‘Ada Hati’ Kepada Anwar

Kalu tengok cerita dari blog blog pro Umno macamlah Anwar langsung tak dak harga.. Tetapi itulah budaya pembangkang di Kedah,Pulau Pinang,Kelantan dan Selangor serta nyaris nyaris jadi pembangkang di N.Sembilan. Jika dibuat analisa kembali kempen pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan ‘pecah tradisi’ keturunan politik Umno, PM Najib Razak memulakan serangan yang kita lihat di [...]

EXCO Kedah Pulak Terima Ugutan Bunuh!

Exco terima surat ugutan berisi peluru Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata anggota dewan undangan negeri (Adun) kawasan Kulim itu, menemui surat tersebut di atas tangga menuju ke pejabatnya kira-kira 9.45 pagi tadi. Anggota Exco Kedah Lim Soo Nee menerima kejutan hari ini apabila menemui sepucuk surat mengandungi nota ugutan dan sebutir peluru [...]

Masyaallah: Orang Ramai Bertali Arus Menziarahi Arwah Baharuddin

Al Fatihah KUALA LUMPUR, 10 Julai: Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam. Yang awal tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden [...]

Anwar Ulangi Pendirian Sertai Himpunan Bersih

Umno cuba mengalih pandangan daripada isu ‘penipuan sistem pilihan raya bersih’ dan mengaitkan soal pemberontakan terhadap Yang Dipertuan Agong. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini. “Saya akan ikut serta dalam perhimpunan nanti…..,” katanya ringkas selepas menyampaikan ucapannya dalam “Wacana Ekonomi ‘Integriti [...]

Video dan Dokumentari Tembelang Datuk T

KEADILAN menerbitkan video dokumentari bagi membuktikan keraguan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia bertujuan menangkis usaha jahat Umno-BN menerusi trio Datuk T, sekaligus membuktikan lelaki dalam video seks berkenaan bukan Anwar. Dokumentari itu menampilkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai pengulas yang mengemukakan bukti secara analisis dan memaparkan pelbagai keraguan dari video seks [...]

Memperingati al Marhum Ustaz Fadzil Noor

al Fatihah untuk semua mukminin dan mukminat,muslimin dan muslimat Tanggal tarikh 23 Jun, pasti saya terkenang pulangnya sahabat saya, almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ke sisi Allah SWT, tulis Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam blognya. Menurutnya, almarhum merupakan sahabat sejati semenjak dari zaman ABIM lagi. “Pada tahun 1998, almarhum setia membela saya [...]

Bongkar: Salahguna Wang Zakat Majlis Agama Islam WP

Kes Qazaf Anwar: MAIWP didakwa guna wang zakat Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution hari ini mengecam tindakan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah, Datuk Che Mat Che Ali kerana didakwa menggunakan wang zakat agensi itu untuk membiayai khidmat guaman bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dakwanya, wang berjumlah RM31,150 itu dibayar kepada syarikat Tetuan [...]

Timb.Pengerusi SPR Sila Letak Jawatan, Bertanding di Parlimen Gombak

Datuk Wira Wan Ahmad patut sambut cabaran bagi membuktikan ketelusan SPR. Azmin dedah penipuan,Datuk Wira Wan Ahmad dicabar bertanding di Parlimen Gombak Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dicabar meletak jawatan selepas Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali membuktikan penipuan pendaftar pemilih. Azmin ketika berucap pada Konvenysen Pilihan Raya KEADILAN menerangkan bukti penyelewengan [...]

Buku Jingga Tumbangkan Video Seks UMporNO di Kedah

Sambutan luar biasa dari orang Kedah kepada anwar dan rombongannya Walau harga 1meja 1K itu bukan harga bagi sebuah perjuangan rakyat Jika terdapat sebarang spekulasi bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat telah merosot di Kedah, maka lain pula suasananya di majlis makan malam mengutip derma di Alor Setar malam tadi. Dewan Dewan Bandaraya penuh sesak sehingga [...]

Hot today: Saifuddin Tibai Mamak Mahathir..LU HAPRAK!

Karpal sekat hudud: Saifuddin kata Mahathir Haprak Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud. Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang [...]

Gempar: Bik Mama Patut Masuk ‘Kelab isteri Taat’

First Lady perlu masuk ‘Kelab Isteri Taat’: Zuraida Secara berseloroh, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menyarankan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur yang menggelar dirinya Wanita Pertama, supaya menyertai ‘Kelab Isteri Taat’. “Saya sarankan Rosmah untuk sertai kelab tersebut yang menganjurkan isteri supaya taat kepada suami,” kata beliau ketika ditanya mengenai penubuhan kelab berkenaan, [...]

Rasuah dan Pembaziran: Saifuddin Nasution Tibai Mat Sembab

Kawal pembaziran dan rasuah sebelum minta rakyat tanggung beban Kerajaan terlebih dahulu perlu membanteras amalan pembaziran, ketirisan dan rasuah keterlaluan sebelum meminta rakyat menanggung beban subsidi. Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Umno-Barisan Nasional juga perlu bersedia mengkaji semula subsidi dan pampasan besar diperuntukkan kepada syarikat kroni seperti Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) dan [...]