Category Archives: Mahkamah

Sembur Dr Mahathir: Nik Sapeia ‘Terlepas’

AHLI perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff, 58, bersama isterinya, Datin Suriani Yahya sejurus keluar dari Mahkamah Tinggi Kota Bharu, semalam. – Foto Zulkifle Che Abdullah Hakim Mahkamah Tinggi ketepi hukuman 6 bulan penjara KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi, di sini semalam melepas dan membebaskan ahli perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff, 58, daripada pertuduhan sengaja [...]

Salim Parlan dan Diayana Kena Denda $3,000.00

Khalwat: Salim,Diayana didenda RM3,000 GEORGE TOWN – Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan dikenakan denda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam setelah mengaku bersalah berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini April tahun lalu. Hakim Syarie, Nik Bukhari [...]

Saiful Kena ‘Panjat’ Mahkamah Syariah Pulak ?

Apa pun hal qazaf belum habis lagi.. malas laa nak tulis panjang panjang pasal qazaf tuu..duit zakat dan sebagainya.. Pertuduhan qazaf terhadap Saiful KUALA LUMPUR, 9 Jan:Mahkamah Syariah digesa meneruskan  pertuduhan qazaf yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar). Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia [...]

Pendakwa Tak Perlu Rayu, Anwar Akan Jadi PM Tak Lama Lagi – Karpal

SEBAK…Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan sebak selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik. Turut kelihatan [...]

Anwar Bebas !

Hakim memutuskan keputusan Anwar bebas 9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan. Anwar sedang berjalan keluar diiringi Presiden Pas Abdul Hadi Awang, Timbalan PKR [...]

Gambar Datuk Shamsubahrin Ismail ‘NFC’ Kena Dakwa

Ahli perniagaan dituduh tipu suami Shahrizat RM1.755j KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail, dituduh di Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas dua tuduhan menipu Pengarah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, membabitkan RM1.755 juta, antara November dan awal Disember lalu. Bagi tuduhan pertama, Shamsubahrin, 45, yang juga Ketua [...]

Jimmy Shanley Dedah Tabiat Buruk isteri

Jimmy dedah tabiat buruk isteri SHAH ALAM – Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam membabitkan pengacara Jimmy Shanley yang menuntut supaya isterinya kembali taat mendedahkan yang wanita itu didakwa masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010. Selain itu, ketika disoal [...]

Gani Patail ‘Terkena’ Lagi..

Mahkamah tolak rayuan Peguam Negara Keputusan ini sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 OKT Lebuhraya Kesas. SHAH ALAM: Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato’ Abdul Rahim Uda hari ini menolak rayuan Peguam Negara dan sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 Orang Kena Tahan (OKT) Lebuhraya Kesas dari dua pertuduhan [...]

Majistret Siku Jurugambar Sampai Hampir Jatuh Bangunan

Majistret malu siku jurugambar KOTA BHARU: Akibat berang wajahnya dirakam, seorang majistret yang sebelum ini didapati bersalah menerima rasuah bertindak agresif apabila menyiku seorang jurugambar hingga nyaris terjatuh dari tingkat satu Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini, semalam. Kejadian itu dirakam jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM) jam 12 tengah hari ketika jurugambar The New Straits [...]

Salim Parlan Mengaku Berkhalwat

Salim Parlan dan Nur Diayana Norslan mengaku bersalah GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan semalam mengaku bersalah kerana berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini, April lalu. Pengakuan itu dibuat Salim, 51, dan Nur Diayana, 30, di hadapan [...]

‘Bekas’ Ustazah Pulak Kena Cekup Khalwat

Bekas ustazah dan peniaga dicekup khalwat MELAKA: Seorang bekas ustazah dicekup berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali, di sini, awal pagi, semalam. Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Jaim menunggu 15 minit sebelum pintu bilik hotel berkenaan dibuka lelaki [...]

Video Seks: Hisham Keris Kantoi Lagi, Kena ‘Pau’ RM25,000.00 Pulak

Apa sudah jadi bro… Hari ni kena lagi… Alamak..double tercengang lagi laa gamaknya mat hisham keris tak dak sarong ni.. Hari tu pasai gagal mengisytiharkan ‘Bersih 2.0′ pertubuhan haram! Kes fitnah: Permohonan Hisham batal kenyataan Anwar ditolak KUALA LUMPUR, 15 Nov – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mengetepikan beberapa [...]

Saiful Apek Hisap Ganja ?

Saiful Apek nafi ambil ganja PETALING JAYA – Pelakon komedi, Saiful Apek yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis kerana disyaki mengambil ganja di sebuah apartmen tahun lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan tersebut. Saiful Apek (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan [...]