Kecoh Gambar Rozita Che Wan Pakai ‘Skirt Pendek’ Pulak ?


‘Cuma ikut tema’

KUALA LUMPUR: “Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa,” kata aktres jelita, Rozita Che Wan mengulas tindakannya memakai skirt pendek paras lutut ketika menghadiri majlis hari jadi seorang pelakon di restoran The Ship, Bukit Bintang, baru-baru ini.

Pemakaian skirt yang dikatakan seksi hingga menampakkan paha pelakon ini turut diperdebatkan di beberapa ruangan hiburan media cetak dan laman blog hiburan.
Malah, beberapa keping gambar yang dipaparkan di laman blog itu turut mencetuskan reaksi kurang senang peminatnya.

Sebelum ini, beberapa keping gambarnya berpakaian seksi yang turut menampakkan paha pernah tersebar di Internet. Antaranya, ketika menyaksikan Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).

.
Menurut Rozita, bukan dia seorang berpakaian ‘seksi’ pada malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua tetamu dan beberapa pelakon lain, sama ada lelaki dan wanita, turut hadir dengan tema sama.
“Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.

“Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?” katanya.
“Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya,” katanya.

Rozita berkata, dia “tidak pernah bermusuh dengan sesiapa tetapi kenapa ada yang mahu bermusuh dan tidak boleh melihatnya senang.
“Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

.
“Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet,” katanya.
Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, ini turut berharap perkara itu tidak diperbesarkan atau disensasikan.

oleh FIRDAUS SAHAT

About these ads
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Ddy Fahmin  On January 15, 2012 at 10:09 pm

    Moga tuhan buka pintu hatinya dgn berubah kearah yang baik sama kita doakan ; satu hari nanti ia akan mencari ketenangan abadi bersama Islam ; Dan tok guru Nik Aziz akan jadi idolanya; harap bapak budak ini pun akan insaf dan bersama ISlam akhirnya.

  • amirul haziqtukiman  On January 17, 2012 at 8:19 am

    kita orang islam, kita wajib bertemakan orang islam, apalah nak dijanggalkan kalau pakai baju kurung…itu hal diorang,

  • mencari yg tersirat  On January 27, 2012 at 2:25 pm

    hahahha…lawak la jawapan artis sekarang ni…..”pakaian sy cuma ikut tema”…nauzubillah….jauhkan lah aku dari mengeluarkan kata2 yg menunjukkan kejahilan dan kebodohan sendiri…..adui…..bangkitlah Islam….ALLAHUAKBAR!!!

  • Anonymous  On April 5, 2012 at 2:35 pm

    kita jgn terlalu suka komen yg buruk kat owg..kita lihat dlu kita ni cmne…kdg2 yg pakai tudung labuh pn wat video seks..renung2kan lah..

  • Anonymous  On August 27, 2012 at 3:12 pm

    tolol sebenarnarnya che ta ni… tahu dah tahi ..cium juga .. tak kan tak tahu dosa pahala… aurat kak.. jangan sampai kata telajak…

  • Anonymous  On April 26, 2013 at 10:14 am

    Sapa pulak suruh ko pakai baju kurung… pakai la pakaian yg tutup ko punya peha beso tu… Xdak akal punya org.. Org muda sekarang pun dah tau tutup aurat.. ko yg muda ni, xleh pk ker? ko igt zaman 80-90 an ke

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: