20 Calon Tidak Mungkin Menang PRU13,Cuba Teka Siapa Mereka ?


Selepas Perhimpunan Agong Umno yang lepas dan perkara-perkara bodoh yang dilakukan oleh pemimpin pakatan BN, saya berasa amat jelik dan ia telah pun menyebabkan saya tidak menghadap computer selama 10 hari.

Terima kasih kepada ubat-ubatan dan antibiotik, allergik saya telah pulih dan saya akhirnya berupaya untuk duduk dan menulis semula.

20 calon utama yang tidak mungkin menang PRU 13, disusun dari bawah

20: P Ramasamy (DAP), beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan sebenarnya tidak berada dalam senarai saya ini apabila idea itu datang beberapa minggu yang lalu. Tetapi, situasi yang ada sekarang telah dicipta oleh beliau sendiri. Beliau telah menjengkelkan pengundi di Pulau Pinang. Saya sangat kesal kerana melihat seorang lelaki jatuh hanya kerana egonya. Beliau mahu kerusi di negeri dan juga di Parlimen kerana merasakan bahawa beliau layak. Keangkuhan beliau akan membawa kepada kekalahannya.

19: Nasharudin Mat Isa (PAS). Dengan hubungan beliau dengan UMNO, dan juga Hassan Ali, beliau telah meletakkan diri beliau jauh daripada pengundi dan juga PAS yang menyayangi beliau seperti anak. Tapi Nampak gayanya ia tidak berbaloi. Kini, sekiranya beliau di pilih untuk bertanding satu kerusi untuk PAS, peluang beliau untuk menang agak tipis. Walaupun beliau mempunyai penyokong, tetapi ia tidak cukup untuk beliau menang. Beliau akan memerlukan pertolongan daripada UMNO, yang berkemungkinan akan simpati pada beliau dan mungkin juga akan memberikan sekotak dua kotak undi pos untuk membantu beliau.

18: Siapa lagi? Semestinya Hassan Ali (PAS). Si pandai ini akan jatuh teruk. Beliau akan akhirnya akan kembali kepada realiti. Rakyat Selangor akan memberitahu beliau bahawa mereka tidak suka akan taktik kotor dan menjengkelkan beliau. Sekiranya beliau bertanding di Terengganu, beliau mungkin boleh menang tetapi, sekiranya di Selangor dengan bantuan UMNO beliau pasti kalah teruk. Sekiranya beliau fikir bahawa rakyat Selangor bodoh akan mempercayai karut marut yang beliau adakan selama ini, beliau memang silap. Rakyat Selangor sememangnya berpelajaran dan bijak. Mereka tidak akan mudah melupakan isu-isu yang ditimbulkan UMNO dan Hassan terutamanya mengenai serbuan DUMC dan juga Injil bercakap yang bertujuan menakut-nakutkan orang Islam.

17: Zulkilfli Noordin (Calon bebas pro BN) Ini seorang lagi pencetus masalah yang sering berpura-pura seperti orang alim. Tetapi malangnya beliau hanya layak untuk tong sampah. Sekiranya beliau bertanding lagi di Bandar Baru Kulim, beliau pasti kalah. Penduduk di sana akan memastikan beliau akan kehilangan wang deposit beliau. Mereka yang mengundi beliau atas tiket PKR telah merasa tertipu dan sekiranya UMNO meletakkan beliau lagi di sana, PKR pasti menang!

16: Zahrain Hashim (Calon bebas pro BN) Dahulu, beliau dianggap sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim. Zahrain akhirnya menjual persahabatan dan maruah beliau kepada UMNO semata untuk mendapatkan yang tidak seberapa dan juga mengikut PM ke luar negara. Penduduk di Bayan Baru sememangnya mahu melihat beliau kembali tetapi kali ini, mereka menanti dengan telur buruk. Beliau tidak berani menunjukkan mukanya di sana lagi sejak menipu mereka. Beliau juga mungkin tidak akan diambil oleh mana-mana parti walau UMNO sekalipun. Beliau akan kalah di mana sahaja beliau bertanding di Malaysia.

15: Nasharuddin Hashim (UMNO). Ada sesiapa yang ingat pada beliau? Beliaulah yang menjadi penyumbang kepada huru-hara di Perak apabila keluar parti PKR dan masuk UMNO. Bukan itu sahaja, beliau juga membawa 3 orang ADUN PKR bersama untuk masuk UMNO. Beranikan beliau bertanding di Bota lagi? Tidak mungkin kerana orang Bota akan ingat betapa beliau ini seorang penipu. Ceramah beliau sentiasa melaungkan janji setia pada Anwar tetapi, beberapa hari sahaja selepas menang, beliau terus kembali kepada UMNO. Sekiranya ada satu soalan yang boleh ditanya rakyat Bota kepadanya, ia adalah berapa banyakkah yang dibayar Najib kepadanya untuk lakonan beliau itu.

14: Osman Jailu (Calon bebas pro BN). ADUN Changkat Jering ini adalah antara 3 orang yang popular dengan situasi menggigit tangan yang memberi mereka makan. Beliau lah antara 3 orang yang melompat parti dan membawa kepada rampasan kuasa di Perak. Changkat Jering akan memberi pengajaran untuk beliau sekiranya beliau menagih undi mereka lagi. Mungkin juga beliau sudah bersara kini. Denagr-dengar beliau telah mendapat habuan besar untuk pengkhianatan beliau –cukup untuk mengenyangkan keluarganya dan generasi yang seterusnya.

13: Jamaluddin Mohd Radzi (Calon bebas pro BN). Layaknya seperti kasanova dengan misai tebalnya. Sememangnya seorang penipu. Beliaulah orang kedua dalam drama rampasan kuasa di Perak yang menumbangkan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Menteri Besar Nizar Jamaluddin. Behrang juag ingat pada bekas posmen ini. Beliau juga akan kehilangan wang deposit sekiranya beliau cuba bertanding di sana lagi. Beliau diyakini gagal.

12: N Gopalakrishnan ( Calon bebas pro BN). Beliau merupakan bekas ketua pemuda MIC dan juga rapat dengan Samy Vellu. Saya ingat pada beliau kerana saiz kek harijadi yang beliau berikan kepada Samy Vellu. Ada kalanya kek yang beliau berikan itu mencecah 4 kaki. Beliau menjadi rapat dengan Anwar Ibrahim dan juga menjadi seorang yang terkenal dalam PKR, sangat fasih berbahasa Melayu. Tetapi seperti yang lain, beliau juga telah mengkhianati Anwar kerana wang. Keadaan kewangan beliau sangat teruk tetapi sekarang nampak gayanya beliau sudah melangsaikan segalanya dan hidup senang- hasil bantuan UMNO. Orang di Bagan Serai, termasuk kaum India di sana tidak akan mengundi beliau lagi dan kita akan terselamat daripada mendengar seorang lagi si mulut bechok di Parlimen.

11: M Saravanan (MIC) Beliau dianggap sebagai salah seekor anjing Samy Vellu (You tube). Juga seorang yang mempunyai personaliti besar tetapi latar belakang yang tidak baik dan sekarang beliau sedang berhadapan dengan skandal penipuan membabitkan beberapa buah flat DBKL dan semestinya beliau menepis dakwaan itu. Walaupun telah menang 3000 undi di Tapah pada 2008, beliau akan kalah sekiranya bertanding lagi di sana kerana kaum India di situ telah memboikot beliau. Terima kasih kepada Hindraf, sesiapa pun boleh menang di sana. Sekiranya ada pertarungan 3 penjuru, PKR pasti menang.

10: Subramaniam Sathasivam (MIC), sekarang merupakan timbalan pengerusi MIC dan Menteri Sumber Manusia. Beliau sedang bertelagah dengan boss beliau, G Palanivel. Tercetusnya pertelagahan dalaman MIC dikalangan pemimpin tinggi mereka telah menghasilkan perpecahan diakar umbi dan ini sememangnya melemahkan kedudukan beliau dalam parti. Walaupun mungkin ada yang mengundi beliau nanti tetapi orang-orang jahat dalam MIC akan memastikan kekalahan beliau si Segamat!

9: K Devamany (MIC). Timbalan Presiden MIC, Devamany adalah antara beberapa calon mereka yang menang pilihanraya lepas. Tetapi, Cameron Highland sudah tidak mengkehendaki beliau. Selepas 2 tempoh, beliau telah lupa asal usul beliau dan beliau sekarang ingin memasui politik peringkat kebangsaan dan ini tidak membawa hasil apabila ia mengorbankan kawasan beliau yang juga telah merasa diabaikan. Sememangnya akan kalah di Cameron Highland- tiada keraguan mengenai itu.

8: Khairy Jamaluddin (UMNO) Si bijak pandai graduan Oxford ini bukanlah lawan Chegubard atau Badrul Hisham Shaharin (PKR) di Rembau. Seperti biasa, apabila Khairy menang, pasti ada kontroversi seperti juga kemenangan beliau melawan Mukhriz Mahathir untuk jawatan Ketua Pemuda. Sekiranya beliau ingin mempertahankan Rembau, terutamanya selepas skandal Gemas, NFC- Shahrizat Jalil, dan juga sekiranya UMNO merelakan beliau bertanding, Khairy akan kalah teruk. UMNO pasti akan membuang beliau daripada UMNO. Penyelamat Khairy hanyalah bapa mertua beliau yang mungkin boleh meyakinkan orang-orang besar UMNO untuk beliau lepaskan kawasan beliau Kepala Batas dan Khairy bertanding di sana. Layaknya seperti pengorbanan besar tetapi UMNO mungkin akan menolak. Tidak menjadi rahsia bahawa orang seperti Mahathir Mohamad mahukan karier politik Khairy berakhir.

7: Leo Gwo Burne (PKR) Beliau menjadi popular setelah skandal pita ‘correct, correct, correct’ Lingam. Semasa tsunami yang belaku pada 2008, beliau telah di hadiahkan kemenangan oleh rakyat kerana mendedahkan ketidak jujuran dalam sistem kehakiman Malaysia. Beliau agak kolot dan belum bersedia untuk politik peringkat kebangsaan. Sekiranya PKR menamakan beliau sebagai calon, sudah tentu PKR akan kalah di Kelana Jaya.

6: Syed Hamid Syed Jaffar Albar (UMNO) Bekas menteri dalam negeri inilah yang bertanggungjawab memeningkan kepala Hishamuddin Hussein mengenai isu pendatang haram. Semasa beliau mentadbir, beliau telah meluluskan banyak lesen kepada syarikat-syarikat untuk membawa masuk pekerja asing. Syarikat-syarikat ini memperoleh 20 000 hingga 50 000 permit yang di ‘outsource’. Pentadbiran sangat lemah sehinggakan banyak syarikat-syarikat ini bungkus selepas mendapat keuntungan besar. Ini menyebabkan pemegang permit ‘outsourced’ mendapat masalah kerana kehilangan status sah mereka selepas firma-firma ini tutup. Hisham ynag kurang bijak itu sekarang harus berhadapan dengan masalah ini. Syed Albar yang juga bertanggungjawab menahan Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan Sin Chew dibawah ISA pada 2008 tidak akan menang di Kota Tinggi. Umno juga tidak mungkin akan membenarkan beliau bertanding.

5: Chua Soi Lek (MCA). Akankan presiden MCA ini menjadi calon pada pilihanraya akan datang? Ikut kemahuan dirinya, sudah semestinya beliau mahu bertanding walaupun tidak popular. Tetapi ketamakkkan Soi Lek sudah pun diketahui umum dan beliau akan terus memaksa UMNO sehingga mereka membenarkan beliau. Malang untuk beliau, sama ada orang Cina atau Melayu, mereka akan membantah. Melihat kepada kedudukan beliau, pasti beliau dapat bertanding di beberapa kawasan. Mungkin beliau juga merasa bahawa beliau ada kerusi selamat di Labis, kawasan beliau sebelum ini. Tetapi memandangkan kenyataan beliau mengenai hudud yang menimbulkan marah orang Melayu, dan juga usaha untuk menaikkan anak beliau juga DVD seks beliau, yang menimbulkan kemarahan orang Cina, ada baiknya beliau tidak bertanding. Rakyat sebenarnya mahu beliau berundur. Beliau mengampu UMNO demi mendapatkan kerusi dan menyokong UMNO membabi buta. Sememangnya rakyat Malaysia mengatakan TIDAK kepada Soi Lek.

4: P Kamalanathan (MIC). Ketua penerangan MIC ini mempunyai taraf keraguan yang belum dibersihkan tetapi tetap menang di Hulu Selangor terima kasih kepada jentera BN yang menjalankan rasuah untk undi. Beliau melakukan dosa besar kepada kaum India apabila beliau tunduk mencium tangan TPM Muhyiddin Yassin. Gambar itu terpahat di minda pengundi India – gambar yang menceritakan segalanya- beliau hamba. Saya boleh bertaruh bahawa tiada orang India di Malaysia yang suka akan gambar itu. Beliau juga merupaka orang buangan dalam MIC. Beliau akan kalah di tempat di mana orang India menjadi penentu kemenangan seperti Hulu Selangor. Satu kekalahan yang pasti buat BN.

3: Sekarang untuk tiga ter-atas- tiga yang pasti kalah. Berada di tempat ke-3 adalah manusia yang sudah hamper pupus. Raja Amfibia dan yang ke -2 paling bersikap perkauman selepas Mahathir Mohamad. Ya tuan-tuan dan uan-puan, beliau ialah Ibrahim Ali (Calon bebas pro BN). Beliau akan bertanding di Pasri Mas sebagai orang UMNO atau bebas? Apa jua yang beliau pilih, beliau akan kalah teruk sama ada Pasir Mas atau mana-mana sahaja di Malaysia. Inilah balasan rakyat kepada beliau kerana cuba memecahbelahkan masyarakat. Beliau mungkin fikir bahawa beliau dipuja orang Melayu kerana menjadi jaguh yang memperjuangkan hak mereka melalui Perkasa tetapi beliau silap. Apa yang beliau buat menjadikan beliau tidak ubah seperti pelawak. Cuma orang UMNO yang sayang pada beliau dan mereka sangat sedikit. Beliau dan Perkasa akan dilenyapkan semasa pilihanraya kelak. Semua sudah muak dengan beliau dan sudah semestinya Mahathir juga akan meninggalkan beliau.

2: Di tempat kedua adalah wanita yang sudah menjadi bebanan kepada UMNO- dengan atau tanpa keluarga beliau. Beliau sangat dikenali kerana skandal NFC yang berjumlah RM 250 juta. Bagaimanakah lembu boleh tinggal di kondo dan menaiki Mercedes? Hanya di Malaysia! Tidak hairanlah Malaysia merupakan negara ke 4 paling rasuah di dunia! Selamat datang ke “Bolehland” di mana perkara yang mustahil jadi tidak mustahil. No 2 tidak lain tidak bukan, Shahrizat Jalil (UMNO). Beliau kalah di Lembah Pantai kepada Nurul Izzah, puteri reformasi dan telah dilantik melalui jalan belakang dengan pangkat Senator untuk menjadi Menteri Wanita. Kerajaan UMNO telah dengan pemurahnya memberikan pinjaman RM250 juta kepada keluarga beliau untuk memulakan projek ternakan lembu dan kini sudahpun menjadi harta mereka. Inilah ibu kepada semua skandal di Malaysia walaupun ia tida mencapai tahap setinggi skandal Najib dengan isu kapal selam Scorpenes bernilai RM 12.5 billion, isu kawasan bebas Pelabuhan Kelang di mana berjuta wang cukai rakyat Malaysia disalahguna. Skandal lembu dan kondo Shahrizat sememangnya suatu lagenda kerana ia telah berjaya memburukkan UMNO dan menghilangkan rasa hormat yang ada daripada rakyat. Shahrizat sememangnya beban untuk UMNO dan tidak mungkin beliau menang di mana sahaja di Malaysia.

1: Dan akhirnya, saat yang ditunggu! Calon paling tidak dapat menang dalam sejarah Malaysia- di tempat pertama merupakan wanita Cina paling dibenci oleh rakyat Malaysia – Hee Yit Foong (DAP). Beliau dipanggil pelbagai nama dan telah mencetuskan rampasan kuasa di Perak. Orang ke 3 dalam drama tersebut dan menjadi yang paling menjengkelkan pada masa itu. Untuk pengkhianatan beliau, beliau telah memperoleh RM 25 juta daripada kroni kerajaan. Orang di Jelapang akan memberikan satu pengajaran untuk beliau sekiranya beliau kembali menagih undi di sana. Ada yang mengatakan bahawa beliau akan dibaling dengan selipar buruk dan penyapu. Kami rasa beliau tidak mungkin akan menang di mana-mana di Malaysia kerana belakang beliau sendiri pun tidak akan mengundi untuk beliau setelah melihat muka beliau! Apakah yang lebih sarkastik daripada itu?

Malaysia Chronicle

About these ads
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • radio  On December 23, 2011 at 7:45 pm

    kiraan aku macam ni.

    MCA, MIC dan gerakan akan hancur dan akan kalah lebih banyak kerusi.
    BN akan kalah lebih banyak di kawasan majoriti cina.

    tetapi di kawasan melayu, UMNO akan menang dan rampas beberapa kerusi. pada PRU12, sokongan melayu terhadap BN pada UMUMNYA berada pada paras lingkungan 54%. tetapi sokongan orang cina terhadap BN pula hanyalah 25% dan india 40%.

    pada PRU-13 pula, sokongan melayu terhadap BN akan meningkat secara UMUMnya pada lingkungan 60% – 65%. manakala sokongan cina pula, BN akan hanya mendapat 10%, tetapi india 50/50.

    untuk BN menang MELEBIHI kerusi berbanding pada PRU ke-12, mereka PERLUKAN swing undi melayu ke arah BN hanya sebanyak 6%. walau pon sokongan cina akan hampir total ke arah pembangkang, tetapi populasi melayu dan bumiputra yg mewakili MAJORITI penduduk negara inilah yang akan menentukan kemenangan sesebuah parti.

    statistik ni aku ambik berdasarkan pilihanraya kecil yg lepas2, di mana dari segi sokongan berdasarkan kaum, di lihat bahawa sokongan melayu memang condong ke arah UMNO. walau pon sokongan itu tidak secara TOTAL, tetapi ianya CUKUP untuk BN menang. jangan di kira berapa banyak BN menang dan kalah pada pilihanraya kecik lepas. tapi cuba kira peratus sokongan berdasarkan kaum dan dari situ kita dah boleh congak trend PRU-13 nanti.

    aku rasa, buat pertama kalinya dalam sejarah, rakyat akan lihat kerajaan malaysia selepas PRU13 terdiri dari 95% MELAYU. tu sebablah DAP bersungguh2 nak PAS ajar orang melayu untuk undi DAP.

  • radio  On December 23, 2011 at 7:50 pm

    oh lupa nak tambah. aku rasa laaa, syarizat tak akan di calonkan. sebaliknya yg akan di calonkan ialah raja nong chik.

    begitu jugak si kj tu. hehe.

    dan sorang lagi yang tak akan bertanding ialah anwar ibrahim, kawan TENIS nallakarupan yang ANWAR IBRAHIM beri KEKAYAAN, siap boleh beli 2 apartment mewah kat tivoli villa. hehehe

  • ROSMAILI  On December 30, 2011 at 12:27 pm

    BN PERLU SEDAR PENGUNDI YANG LAHIR SELEPAS TAHUN 60AN, PERMIKIRAN MEREKA TERBUKA, KAMI TAK MINAT NAK TAHU SGT. TENTANG HAL-HAL PERIBADI YANG DIBESAR2KAN, PEMIKIRAN , SUASANA DUNIA , SERTA PENDIDIKAN KAMI JUGA BERBEZA . KAMI NAK TAHU KEJUJURAN MENTABIR WANG NEGARA / NEGERI , KAMI NAK TAHU CARA MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA SERTA RAKYAT. KAMI DAH NAIK MUAK DAN NAK HAMPIR MUTAH , WAHAI PEMIMPIN NEGARA , WAHAI MUFTI-MUFTI YANG BERAGAMA , WAHAI CENDIKAWAN , BERCAKAPLAH DEMI KEBENARAN , BUKAN BERCAKAP DEMI MENJAGA NAFSU DAN PERUT SENDIRI .

    • .asama  On May 4, 2013 at 10:11 am

      aku setuju sangat kita rakyat di permainkan oleh pelakon yang sama dan sudah terlalu lama.rakyat harus cari jalan hapuskan semua parti politik yang ada.

  • Harimau Untut  On January 3, 2012 at 10:23 pm

    Kesungguhan pemuda pemudi berazam untuk menjatuhkan UMNO dan BARISAN NASIONAL sangat menyesakkan dada. Keamanan dan keselesaan yg selama ini dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat semestinya akan punah sekelip mata. Di manakah lagi bangsa Melayu ini akan bernaung setelah bumi tercinta ini dijajah semula oleh bangsa asing, dengan sifat toleransi tinggi bangsa melayu terhadap bangsa lain. Tergadai juga akhirnya bumi tercinta ini kepada bangsa asing. Kepada pejuang2 Pakatan Syaitan….seagama dgn kami agama Islam, rasakan lah penangan hidup tersiksa porak peranda dan kacau bilau di Tanah Melayu ini.

    • Anonymous  On April 18, 2013 at 12:35 pm

      AMAN KE???? Harga minyak naik sedangkan minyak melimpah di bumi Malaysia. Kemana perginya hasil minyak negara kalau bukan ke dalam poket2 UMNO dan BN. Rakyat dapat apa? Pemimpin dp beli cincin mahal, beg mahal, tidur di hotel mahal tapi rakyat menderita harga minyak tinggi. Harga barang naik, takrif letrik naik, Pemimpin Islam takkan menindas rakyat mcm niiiiii.. Rakyat makin sempit, depa yang makin mewah. AMAN KE????????????

  • crackers  On January 6, 2012 at 6:42 pm

    Dah dah dah tak payah kecoh-kecoh, masing2 tunjuk hebat berkata-kata kat sini. Lepas pilihanraya dah kiamat, tahun ni last. Dunia dah panas, jumpa kat padang masyar kawan-kawan

  • laksmana merah  On April 12, 2013 at 3:02 pm

    aku sokong.selagi nama manusia x akan lepas dari buat salah.kau apa nak risau dia buat nati jawap lah dgn allah bila mati

  • Anonymous  On April 17, 2013 at 11:32 am

    Apa sebenarnya yang kita mahu.Hidup dalam huruhara atau dalam keadaan aman bahagia.Jika kita memilih perjuangan yang hanya menggunakan janji sahaja tanpa menunaikan maka kita akan melopong mulut bila janji tinggal janji…menyesal tak sudah.oh menyesalnya aku ..ruginya aku…nak patah balik dah tak dapat…sudahnya 5 tahun lagi.Yang berjanji tak juga ditunaikan…fikir fikirkanlah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: