5 Gadis islam ‘Terlampau’ Sertai Ratu Cantik Borneo 2011


5 peserta islam ratu cantik degil

KUCHING: Meskipun sudah diberi nasihat dan teguran, lima peserta beragama Islam Rantu Cantik Borneo (MBB) 2011 tetap meneruskan niat dengan menyertai malam kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam kelmarin.

Kelima-lima peserta Melatie Melisa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, tampil pada malam kemuncak berkenaan meskipun kehadiran mereka di pentas tidak disenangi banyak pihak, sebelum ini.

.
Ditanya mengenai keputusan untuk menyertai pertandingan itu walaupun ditegur Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), salah seorang peserta beragama Islam, Natasha berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun ada pihak kurang senang dengan pembabitannya dalam pertandingan itu.

“Kami membuat keputusan untuk tidak menarik diri selepas mengambil kira latihan dilakukan sebelum malam kemuncak. Adalah satu kerugian jika saya tidak menyertai selepas bersemuka dengan pegawai Jais semalam (kelmarin),” katanya sebaik diumumkan pemenang tempat keempat.
Katanya, walaupun sekadar meriah tempat keempat, dia masih berbangga selain mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa pertandingan ini bukan satu kesalahan.“Kami tidak melanggar undang-undang walaupun ada antara mereka tidak menyukai penampilan kami pada pertandingan kali ini,” katanya.

.

Pagi kelmarin, kelima-lima peserta berkenaan dipanggil menghadap Jais selepas didakwa mengenakan pakaian seksi ketika bergambar untuk media tempatan sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan menghadapi pertandingan akhir.
Mereka diarah menjalani sesi kaunseling selama dua jam bersama Jais menerusi pertemuan yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais.

.

Pada pertandingan itu, selain Natasha, seorang lagi peserta beragama Islam, Adira meraih tempat kelima yang diserta 18 peserta keseluruhan.
Selain Natasha dan Adira, seorang lagi peserta, Sharifah dipilih sebagai Ratu Personaliti.

.
Sementara itu, Abang Shamsudin berkata, walaupun sudah menegur supaya memikir kembali keputusan sama ada mahu menyertai atau sebaliknya, pihaknya akur dengan keputusan kelima-lima peserta sambil memaklumkan ‘tugas Jais sudah selesai’.

.
“Kita sudah memberi nasihat namun mereka tetap mahu meneruskan penyertaan. Jadi, terpulang kepada mereka kerana ia hak individu. Di sini, tugas Jais selaku badan bertanggungjawab sudah selesai.

.
“Dalam hal ini, kami tidak boleh mengambil tindakan selepas diberikan nasihat dan penerangan secukupnya mengenai hukum wanita mendedahkan aurat yang tetap haram walaupun atas tujuan pertandingan.
“Bagi saya, Jais sudah menjalankan tanggungjawab kerana kuasa kami hanya setakat ini saja,” katanya sambil memaklumkan pihaknya tidak menghantar Pegawai Jais membuat pemantauan pada malam kemuncak kerana bimbang berlaku salah faham.

HM

Nota: Dimana letaknya akta berpakaian sopan menurut agama islam? atau pun belum ada akta lagi untuk berpakaian sopan. Merdeka dah lama pun, takkan laa soal macam ni pun nak tunggu orang kritik dulu.

Macam mana kes khalwat jika ada orang kata itu hak individu jugak? poning kepalo den.

About these ads
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • rosli  On November 20, 2011 at 11:42 am

    Teringat kat Mahathir buat kat Mufti Selangor dulu……Ini semua Mahathir yang ajar.

  • Juliana Ariff  On November 20, 2011 at 7:44 pm

    Jika ada yang tidak suka dengan penampilan mereka dalam pertandingan mlm itu, (saya rasa dtg dari penonton org melayu sendiri) pelik ya..bagaimana dengan mereka yang beragama islam ni boleh pula berada di dlm dewan yang sama?? Apa pula tindakan Jabatan Agama Islam Sarawak??? Sungguh hipokrit!

  • Meytone  On November 20, 2011 at 8:23 pm

    Aik…owg Sarawak ng upanya Gia..Gia la kata owg anok.ng rs Kck!!!!cetek juak gik lam agama!!!tow pgaruh psekitarn juak nk!!iboh IKUT ATI LAK bha.GLAM ya skejap Jk.sik kesiney!!boh lupak kedirik lak.ingat asal usual n jgn lupak agama.iboh trs JAHIL..sedey la akak2!!!

    • meytonebodo  On November 23, 2011 at 10:00 am

      KO TOK X PANDE KAKA SRWAK BOH GAGO KELAKA,BONGOK KO YA..

    • gadis jujur  On November 26, 2011 at 11:38 am

      wiihhhhh…. suka ati daknya la… aku setuju dgn pendapat kenyalang. sekurang2 nya, org sarawak x la hipokrit… kedak org tuttttt… tudung jak kacak, mcm2 stail nutup palak, nok di bah terbengap2…. aku diam ctok macam2 jak nk ditangga…. eboh nak eksen gilak bh… Laaa ikro ha fiddin… just mind ur own bisnes.

      • miedyo  On November 30, 2011 at 8:52 pm

        mun ko x tauk pa reti la ikro hafiddi ya boh gago nak berhujah..tnyak orag yg pandei…jgan gunakan ayat Quran yg suci untuk ko menghalalkan cara..jgn tunjukan kejahilan..belajr dolok u….jgan tunjuk pandei dlok..

    • miedyo  On November 30, 2011 at 9:03 pm

      aku sokong meytone ya..org kedak gadis jujur ya jujur gilak bah…smpei agama pun sanggup di ketepikan,,x tauk lh mun nya muslim x…

  • pwincesspapa_anakemak67@yahoo.com  On November 21, 2011 at 4:26 am

    hidayah akan datang jugak nanti :’) doakan mereka.tak perlu menyalahkan sesiapa.

  • Kenyalang  On November 22, 2011 at 9:31 am

    Sarawak tok bukan negeri Islam. Sikda agama rasmi negeri. Suka hati sidaknya la. Kan sik ada paksaan dalam agama Islam, apa nak digago tok?

    • miedyo  On November 30, 2011 at 8:55 pm

      tok g sorang jahil nya…susah nak madah…tiada paksaan untuk masuk islam…tapi dalam islam ada undang2 yg kita mesti ikut…mun ko rasa x mok ikut undang2 islam,polah agama ko pun…

  • Anonymous  On November 26, 2011 at 10:53 am

    cheh…segal pertandingan tok alu nk bisin..cdak artis belakon bepelok2, seksi2 xda pn d ambik tindakan.ney cdak jbtn agama x tego artis??.pegi majlis anugerah pakaian ngalahkan artis org puteh.ermm…biarlah..dosa tanggong daknya pun…

  • gadis jujur  On November 26, 2011 at 11:46 am

    Jenayah anak haram!!!!!
    Selangor = 12,836 orang
    Perak = 9,788 orang
    Kuala Lumpur = 9,439 orang
    Johor = 8,920 orang
    Sabah = 8,435 orang
    Negeri Sembilan = 4,108 orang
    Pahang = 3,677 orang
    Kedah = 3,496 orang
    Pulau Pinang = 3,412 orang
    Melaka = 2,707 orang
    Kelantan = 1730 orang
    Perlis = 691 orang
    Sarawak = 617 orang
    Terengganu = 574 orang
    Semenanjung : 61 380 orang
    Sabah & Sarawak : ( kawasan lebih luas dari semenanjung ) = 9 052

    http://nizran.multiply.com/journal/item/85

  • abunor  On November 26, 2011 at 2:57 pm

    makbapak tak marah anak2 mereka pun, mungkin mereka bangsa melayu tapi bukan islam,takpelah.Sepatutnya JAIS kaunseling makbapak mereka juak.

  • abunor  On November 26, 2011 at 3:04 pm

    Pertandingan ratu kera . Cantik agi kera kat zoo. Klu dia kata dia tak menyalahi peraturan/ undang2,suruh masuk pertandingan dlm keadaan berbogel, mungkin dia rasa lebih gembira.

  • Anonymous  On November 28, 2011 at 3:31 am

    abunor,,,,tak baik kutuk org lebih2,,,,nanti dgn awak2 skali masuk kaunseling jais gara2 mulut tak da insurance

  • org prihatin  On November 28, 2011 at 3:33 am

    abunor,,,,tak baik kutuk org lebih2 tau,,,nanti dgn awak2 skali kena kaunseling ngan jais,,,,mulut terlebih sudah

  • PrincessZieya  On December 5, 2011 at 11:39 am

    Assalamualaikum w.b.k.t…..
    Saya hanyalah hamba Allah yang masih banyak kekurangan ilmu mendalami Islam, tetapi tetap berusaha mendalami lagi ilmu Islam…Di sini saya ingin menegur sedikit mengenai ISU “LA IKRO HA FIDDIN”….
    1) KALIMAH TERSEBUT TIDAK MENYENTUH LANGSUNG PASAL ISLAM.
    penjelasannya:
    i) LA- tiada(HURUF MERUPAKAN PERINTAH DARI ALLAH)
    ii) IKROHA- paksaan
    iii) FI- dalam
    iv) ADDIN-agama
    – bermaksud setiap manusia di atas muka bumi ini tiada paksaan terhadap mereka untuk memilih agama manakah yang ingin dipilih untuk dijadikan pegangan hidup mereka….
    -But, once you choose to be a MUSLIM, you must follow the TRUTH (setiap perkara yang perintahkan oleh Allah s.w.t) and tinggalkan segala perkara yang mungkar( perkara yang telah di larang oleh Allah s.w.t ke atas setiap Hamba-Nya yang beragama ISLAM)

    kesimpulannya:
    setiap manusia yang lahir di atas muka bumi adalah suci dari segala noda dan dosa sejak kita bayi lagi…tapi itu terpulang kepada kedua-dua ibubapa kita untuk membentuk kita sama ada ISLAM atau sebagainya….kadang2 kita lupa akan kesilapan kita dan kita juga telah memungkiri janji kita dengan Allah S.W.T sejak di alam rahim lagi sebelum kita di lahirkan ke dunia….disebabkan kealpaan dan leka dibuai keseronokan duniawi….kita menjadi sombong dan angkuh di atas bumi Allah S.W.T…sehingga lupa diri, asal usul dan tanggungjawab terhadap Allah S.W.T…..sekarang “DAH TERHANTUK BARU NAK TERNGADAH”……Kita tidak dapat nak menyalahkan kedua ibubapa sahaja, kerana zaman sekarang sudah terlalu terbuka untuk kita melihat dan menyaksikan sendiri pelbagai ragam umat manusia di akhir zaman….kita perlu mempersiapkan diri kita sendiri dan saudara-saudara terdekat terutamanya dan saudara seagama amnya…selagi masa masiih ada, perbanyakkan dan pertingkatkan amal ibadah kita untuk dijadikan bekalan di akhirat nanti…berhubung dengan isu adik2 kita yang telah menyertai “PERTANDINGAN RATU CANTIK BORNEO” sama-sama lah kita mendoakan agar Allah mencampakkan sedikit hidayah buat mereka agar mereka tidak jauh menyimpang…janganlah mereka dikutuk atau dikeji….selamatkan mereka…Wallahu Ta’ala ‘alam…..

  • abu bakar abdullah  On December 6, 2011 at 11:10 am

    apa bezanya Sazali Samad … lelaki kebangaan negara kita… dia mengharumkan Malaysia hanya dgn memakai seluar dalam… jelas Ulama dari golongan lelaki BIAS…. apakah kamu Ulama fikir Tuhan juga lelaki jadi kamu tidak harus malu pada Tuhan… jangan begitu nanti siAlim lebih dulu disumbatkan keneraka… sama sahaja dgn sukan SEA yg baru tamat bagaimana dgn ahli sukan wanita muslim cuma berseluar dalam … gimrama seronok ditonton oleh siAlim kemudian tidur dgn isteri setelah shahwat dibuka.. ingat kamu ulama pasti jadi bahan bakar Neraka jika ini sikap kamu … apakah tidak cukup Alquran sebagai peringatan…. Maha Suci Tuhan

    • abu shahid  On December 7, 2011 at 11:22 am

      Selamat datang kembali pak Ustaz..lama dah pak Ustaz tak komen, sekali komen semua terkena. Terima kasih diatas kesudian pak Ustaz memberikan penerangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: