AMK mohon penjelasan rumah mewah Datuk Seri Jamil Khir
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.
Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.
“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.
Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.
Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.
“Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.
“Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain”katanya kepada Keadilandaily.
Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali.
Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.
Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20287
Nota: Blog ini berpendapat Jamil Khir mempunyai 3 hingga ke 4 juta RM hasil dari perniagaan beliau sendiri.
wallahu a’alam












Comments
Terasa juga nak tahu apa rahsia Datuk…jadi buatlah penerangan macam mana boleh buat rumah macam tu..boleh jadi tauladan dan dorongan pada kami untuk berusaha lebih gigih…
Mahu penerangan ?
Maaf cakap, saya bukan penyokong mana mana pihak, tapi isu ini sebenar=nya tak berapa hot, tetapi cuba dipanaskan agar orang ramai ambil perhatian.
Tetapi kalau kita lihat, orang tak ambik pusing pun isu ni. Ini character assasination yang fail!
DSJK Baharom ada sumber kewangan yang kukuh untuk beliau renovate rumah di Batu Muda ini.
Pangkat terakhir beliau ialah Mejar Jeneral dan beliau sah sah dapat pencen selepas 28 tahun berkhidmat dalam ATM. 28 tahun berkhidmat melayakkan beliau mendapat gratuti kerajaan yang bukan sikit. Jadi gaji menteri, pelbagai elaun, pencen, gratuiti dsb, tak mustahil beliau boleh RENOVATE rumah tu.
Beliau sudah duduk di Batu Muda sejak 1994 dan renovation tu dilakukan sedikit demi sedikit.
Ya kita kena sangka baik..tapi kenapa rumah tuuuu…selepas 3 tahun jadi menteri dan bukan 4 tahun kebelakangannya.