Gambar Wanita Tusuk Pisau diLeher Nak Bunuh Diri di Sungai Muar


Tension kerana suami curang

Ugut bunuh diri lihat suami curang: Akibat mengalami tekanan perasaan selepas terlihat suaminya keluar dengan wanita lain, seorang isteri muda cuba membunuh diri dengan mengacukan pisau ke lehernya dan mengugut untuk terjun dari Jambatan Kedua Muar, semalam.

Tindakan nekad wanita berusia 30 tahun itu berjaya dihalang kira-kira 15 minit kemudian apabila dia mula tenang dan membatalkan niatnya selepas dipujuk suami yang dipanggil ke tempat kejadian. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah rumah tangga pasangan itu.

“Panggil suami aku datang sini, kalau tidak aku bunuh diri,” kata seorang wanita yang dikenali sebagai Suriani, 30, ketika cuba terjun dari Jambatan Kedua Muar di sini, kira-kira jam 4.30 petang, semalam.

Tindakan nekad wanita berkenaan mendapat perhatian orang awam yang selepas itu melaporkan kejadian kepada polis.

Kira-kira lima minit kemudian, polis tiba di lokasi lalu cuba memujuk wanita berkenaan supaya tidak meneruskan hajatnya.

Bagaimanapun, wanita bersenjatakan sebilah pisau itu beberapa kali meminta suaminya datang ke tempat kejadian.
Katanya, jika permintaan itu tidak dipenuhi, dia akan terjun dari jambatan selain mengelar lehernya menggunakan pisau di tangannya.

Difahamkan, wanita terbabit bertindak sedemikian selepas mengetahui hubungan sulit suaminya bersama seorang wanita lain.

Berikutan itu, dia yang tidak berpuas hati melarikan diri dari rumahnya di Tanjong Agas dekat sini, sebelum menuju ke jambatan berkenaan.

Kakaknya, yang dipanggil polis bagi memujuknya terlebih dulu tiba di lokasi, bagaimanapun wanita itu gagal ditenteramkan, malah tetap mahu suaminya datang untuk menyelesaikan masalah.

Selepas beberapa kali mengugut mahu membunuh diri, akhirnya polis akur dengan permintaan Suriani dan mencari suaminya.

Kira-kira 10 minit kemudian, suaminya berusia sekitar 30-an tiba di lokasi dan berjaya memujuk isterinya bertenang serta menyelesaikan masalah melalui perbincangan.

“Kita selesaikan perkara ini cara baik,” teriak lelaki itu dengan jarak kira-kira 50 meter dari isterinya.

Suriani yang berpuas hati dengan pujukan suaminya, kelihatan tenang sebelum turun dari palang jambatan dan menyerah diri kepada polis.

Suami isteri berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar mengapa wanita terbabit mahu membunuh diri.

Pada masa sama, katanya, polis merampas sebilah pisau digunakan wanita itu.

“Kami percaya kejadian berpunca masalah peribadi dirinya dan suami,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Sekyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh diri di mana jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bernama

About these ads
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • NORIZAN KAMARUDIN  On October 1, 2011 at 2:36 pm

    sebagai wanita ,tidak sepatutnya mengambil tindakan yg bodoh .jgn hanya kerana lelaki sangup membunuh diri dan menghancurkan hidup sendiri.sayangilah diri anda sebelum menyayangi org lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: