Bongkar: Ustad Kazim Elias Pengampu Ketuanan Umno


Ketetapan dewan ulama Pas Perak pecat ustaz Kazim Elias dari keahlian Pas

Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak telah diadakan pada 14 Mei 2011 yang lalu di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak. Muktamar ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Haji Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Muktamar kali ini telah mengukir sejarahnya yang tersendiri di mana seluruh kawasan Air Kuning telah mengalami gangguan bekalan elektrik sejurus selepas selesai majlis perasmian berlangsung. Muktamar diteruskan dalam keadaan gelap dengan hanya diterangi dengan cahaya lilin. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Perak sesi 2011-2013 telah berlangsung dengan jayanya.

Seramai 114 perwakilan telah menunaikan hak mereka untuk mengundi. Sebanyak 2 usul telah diluluskan sebulat suara iaitu :

1. Usul agar diluluskan penubuhan Dewan Ulamak PAS Peringkat Kawasan sebagaimana Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

2. Usul agar Ustaz Kazim Alias dipecat keanggotaannya dari PAS. Ini disebabkan beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato.

Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak. Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin.

Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam semua program anjuran parti.

Kredit to ABAH ANAS

dari blog…

http://wasiatpejuang.blogspot.com/2011/06/usul-pecat-al-ulamak-warisatul-pukimak.html

video rasis disini…..

http://abushahid.wordpress.com/2011/05/25/hot-video-%E2%80%9Custaz-kazim-elias-kutuk-cina-india/

About these ads
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Jusuh  On June 8, 2011 at 7:42 pm

    Bila sekukar dah jadi pedoman pas….maka ulamak mula di campak ….bala akan turun pd pas

  • Jusuh  On June 8, 2011 at 8:07 pm

    Tukar jer nama PAS kepada PAS baru…Parti Aliran Sekular…cucuk dgn slogan pas ganti umno…takbir

  • Solehhj  On June 8, 2011 at 8:29 pm

    Pas dah jadi mcm umno dgn menghumban ulamak kluar dari pimpinan….apa nak jadi pas?

    • abu shahid  On June 8, 2011 at 9:18 pm

      Dewan Ulama Pas ada peraturan yg perlu ustad kazim patuhi..

      Jika beliau tak mahu ikut peraturan itu maknanya beliau sengaja melanggar peraturan Dewan Ulama.

      • Adoi  On June 13, 2011 at 10:30 pm

        Peraturan mana MESTI DIUTAMAKAN? Peraturan PAS ke Peraturan Allah.

        Jawablah….

      • abu shahid  On June 13, 2011 at 10:41 pm

        Peraturan Pas sama dengan apa yg Allah suruh..

        Assobiah atau perkauman atau rasis itu bukan ajaran dari Baginda Rasul S.A.W

  • abubakar  On June 9, 2011 at 2:48 pm

    dulu lagi patut keluarkan Kazim.. dia selalu mengampu pemerintah

  • Anonymous  On June 10, 2011 at 10:22 am

    aku dulu Penyokong Pas kerna mahu negara islam. skarang dgn DAP penentang negara islam. by by by… Pas

  • myfuad  On June 10, 2011 at 3:31 pm

    kalau ustaz kazim mengampu pemeritah berapa juta kan dia terima…tentu dia kaya raya sekarang..saya lihat ustz ini jujur dalam menyampaikan ilmu..yg dalam pas tu belum tentu alim kerana ceramah politik aja dia suka dengar ceramah agama dia lari..kalau dia tidak betul dalam penyampaian beritahu mana yang yang tak betulnya…saya x pernah pun dengar cermah dia yg suruh undi umno..yg saya dengar laksanakan hudud…

    • abu shahid  On June 10, 2011 at 5:20 pm

      Dewan Ulama Pas bukan sembarangan untuk membuat keputusan.

      • hikari  On September 13, 2011 at 11:20 am

        abushahid tidak menjawab soalan myfuad.

        “Dewan Ulama Pas bukan sembarangan untuk membuat keputusan”…

        PAS tu bukan maksum…. tak mesti keputusan PAS tu betoi belaka.

      • abu shahid  On September 13, 2011 at 12:33 pm

        Dewan ulama Pas memang tidak maksum, tapi kenapa si kazim tidak mahu berjumpa dengan Dewan ulama.

        Aku ulang lagi sekali ,kalu dah tak nak ikut ketetapan Pas lebih baik pi masuk Umno.

  • Khancans  On June 19, 2011 at 11:10 pm

    Ustaz Kazim Elias bukan ulama politik, sepanjang saya mengenali Ustaz Kazim melalui youtube dan VCD beliau, tiada satu dari pandangannya kearah menyokong UMNO atau politik mana pun, seperti hadis:

    Daripada Abu Zar, ia mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidakkah seorang melemparkan kefasikan atau kekufuran kepada orang lain, melainkan akan kembalilah kefasikan atau kekufuran itu pada dirinya sendiri, jikalau yang dikatakan sedemikian itu bukan yang memiliki sifat itu.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

  • Anonymous  On June 26, 2011 at 5:04 am

    ..saya yakin ustaz sbg pendakwah islam, saya amat bangga dengan pencapaian ustaz dalam membangunkan maahad tahfiz anak yatim dan sy ada dgr ramai juga yg masuk islam atas dakwah ustaz,sy mmg peminat CD ustaz.takziah diatas keputusan muktamar PAS PERAK,mmg akhir zaman…UJIAN yg allah turunkan terhadap para-para ulamak adalah berasa dengki dgn kehebatan ulamak yg lain.wallahhua’lam..

  • Anonymous  On June 28, 2011 at 2:55 pm

    orang yg nak buat baik memang banyak dugaannya.

  • nana  On June 29, 2011 at 9:39 am

    Yang menjadi isu untuk keluarkan Ustaz Kazim dari parti PAS ni sebenarnya ceramah yg beliau sampaikan itu terkena kat batang hidung pemimpin2 Pas yang tak betul so rasa PANAS agaknya itu yang depa nak keluarkan Kazim

    • abu shahid  On June 29, 2011 at 11:19 am

      Jika dah kazim sendiri tidak mahu mengikut perraturan parti dan ketetapan Dewan Ulama,eloklah kazim masuk UMporNO aja.

      Pas bukan parti untuk pejuang rasis.

      • ajay  On August 19, 2011 at 2:46 pm

        inilah budaya PAS. suka menggelar orang lain. Inikah yang saudara kata peraturan PAS sama dengan peraturan Allah? kalau berani, siarkan komen.

      • hikari  On September 13, 2011 at 11:24 am

        itu ler pasai… PAS ne dah macam bawak fitnah pada islam pulak kadang2 tu.
        Akhlak penyokong fanatik yang cetek akal dan kurang bertamadun nya boleh mengundang banyak salah faham terhadap islam…

        yer ker PAS ne ikut undang2 Allah. Kalau setakat on paper tapi pelaksanaannya lebih teruk dari UMNO…. bawak2 ler bertaubat…

      • abu shahid  On September 13, 2011 at 12:31 pm

        Apa pulak on paper ..Skim kafalah di Kedah dah terbukti Pas berjaya memberikan kebajikan pada semua orang termasuk bukan islam.

  • Anonymous  On June 29, 2011 at 5:30 pm

    dasar memang tak boleh kena teguran….ustaz kazem, teruskan perjuangan islam ahli sunnah wal jamaah anda….kulli haq walau kana MURRAN( BERKATA LAH BENAR WALAU PUN IA PAHIT)supaya muka berseri dan bercahaya selalu…hati pon tak busuk,n tak keji oghang…

    • abu shahid  On June 29, 2011 at 6:57 pm

      Sesuai benar..silakan kazim dengan pendirian rasis beliau..Tiada tempat dalam Pas orang seperti itu.

  • Anonymous  On August 1, 2011 at 1:49 am

    DEWAN ULAMAK PAS…. gah betul nama tu..apakah ustaz Kazem sudah di beri peluang untuk membela diri sebelum dia di hukum? bukan kah itu cara yang disuruh oleh Islam… tak kan tu pun tak tau … ngaku ulamak.

    • abu shahid  On August 1, 2011 at 2:56 am

      Ya..sudah beberapa kali beliau diundang untuk menyatakan pendirian..tetapi beliau tidak datang.

  • fatimah  On August 1, 2011 at 4:23 pm

    salam…maaf mencelah…sebagai seorg yg benci pd politik…pendapat sy …sepanjang saya mendengar ceramah dr Ustaz Kazim, saya selesa mendengar ceramah beliau kerana pada saya ceramah beliau mesra, mudah difahami dan tidak mengandungi kenyataan politik dan saya percaya ramai rakan2 diluar yg setuju. Ceramah beliau paling tidak dpt menarik minat mereka yg kurang berminat pd politik seperti sy..untk mengikuti pengajian agama tnpa rasa kurang selesa..kerana pd pengamatan sy kebnykkan ceramah agama kini sgt sinonim dgn politik…

    • Anonymous  On August 6, 2011 at 3:49 pm

      Saya juga merupakan seorang yang benci pada apa jua ceramah berbau politik dan sepanjang yang saya dengar dari Ustad Kazim menghentam kedua-dua ‘belah’.

  • Nas  On August 3, 2011 at 2:13 pm

    Salam sejahtera semua…mungkin pendpat saya penah didengar, tapi bagi saya yg walaupun tidk pernah bersemuka dengan beliau, ceramah beliau tidak ada menghina bangsa lain (perbetulkan jika saya salah) sepertimana penceramah PAS yg lain. saya agak terkilan krn baru2 ini di sebuah masjid besar kawasan PAS, penceramah PAS ini begitu lantang menghina bangsa lain sedangkan ceramahnya boleh didengar oleh penduduk bangsa lain di sekitarnya. adakah ini caranya untuk menarik bukan islam menyokong PAS?

    • abu shahid  On August 3, 2011 at 9:54 pm

      anda boleh saksikan link video ada kita letak diatas posting..wassalam

  • Hamba Allah  On August 4, 2011 at 8:48 am

    salam sejahtera semua…kepada abu shahid….saudara hanya dengar sedikit video tu..saudara harus dengan video tu secara keseluruhan dan memahami betul2….jangan buat penilaian terlalu awal tanpa mendengar keseluruhannya…saya pelik la…bila ustaz tu ceramah untuk umno,depa kata ustaz ni umno, bila ustaz ni pi untuk ceramah pas, depa ni kata ustaz ni pas…abis tu kalau ustaz tu ceramah untuk org asli, korang nak kata ustaz ni orang asli ka??…apa salahnya kalau ustaz ni nak ceramah mana2 pon…bukan kan PAS FOR ALL…selama saya mengenali ustaz kazim, dia tak belah mana2 pon dalam ceramahnya..kalau umno buat silap dia tegur, kalau pas buat silap pon dia tegur….kita ni saudara sesama islam, haruslah tolong menolong dan menyokong antara sama lain dalam menyebarkan agama Islam…bukannya tibai ustaz tu…kalau dia ada buat salah, pi jumpa dia dan tegur..bukan dengan cara tibai dia…dan jangan memfitnah orang tanpa ada bukti..jangan sampai di akhirat nnti dia dakwa kita dihadapan Allah..apa nak jawab nnti diakhirat nnti…ok la..semperna bulan ramadhan ni eloklah kita saling maaf memaaf jika kita ada buat silap dengan org..saya nak minta maaf , jika apa yang saya tulis ni mungkin ada yang menyinggung perasaan sahabat2 semua…yang buruk datangnya dari saya , dan yang baik semua datang daripada Allah..

    • abu shahid  On August 4, 2011 at 11:51 am

      islam is for alll..bukan untuk melayu saja..

      ustad tu dah suka untuk kempen secara rasis, terpulanglah kepada beliau kemana haluan beliau hendak pergi.

      bukan dari kalangan aku mereka yg berjuang diatas assobiyah kata nabi….hingga akhir hadith.

  • Anonymous  On August 4, 2011 at 11:16 am

    mrs berpesan kepada diri kita sendiri dahulu keluarga kita dah sempurna kah kita ini jadi hamba allah di muka bumi yang luas terbentang ini jaga lah lidah;lidah kamu semasa bertutur takut bila dah dekat nak mati tak boleh menyabut dua kalimah sahadah maka rugi besar lah manusia y ang hidup di muka bumi ini hanya paling tua pun 80 tahun sahaja tetapi kalau mati sekarang pun tak tahu berapa ribu tahun lagi kita nak kena azab kubur jadi mari umat islam di seluruh dunya yang pana ini kita jangan asik berpoletek tak habis-habis cuba kita renong sejenak kehidupan kita di hari ini allah kurnia kan kepada kita apa kah kita tidak redo dengan pemberian allah ini ……wassalam dari hamba allah yang takut azab allah di aherat kelak .

  • Anonymous  On August 8, 2011 at 3:26 pm

    Sudah2 la berbalah atas nama parti…

    • Anonymous  On August 15, 2011 at 9:31 pm

      betul… saya setuju… apatahlagi yang berbalah2 tu seagama…

  • sufi1188  On August 10, 2011 at 10:58 pm

    Abu shahid, ” jauhi lah umno” tp dekati la kafir. ayat x blh belah. hg igt semua umno 2 x p semyg ka? hg igt dgn baik dgn cina hindu depa nak sokong Islam ka? kalau depa sokong pun depa ada udang di sebalik batu. bukan nak ajak p tarbiyah umno, tp hg suruh tgglkan. tudia pemikiran hg, cukup lemah. kalau macam ni hg berpolitik x mustahil dalam tempoh 10thn lg kristian akan jd pemerintah. go bro shahid!!

    • abu shahid  On August 10, 2011 at 11:05 pm

      Umno sudah gagal menguruskan amanat semua rakyat Malaysia.

      Pas mendekati kafir DAP kerana ..

      1.DAP tidak pernah membunuh orang.
      2.DAP tidak pernah songlap wang negara berbilion bilion.
      3,DAP tidak menganiaya anak gadis orang seperti jenayah rogol dsb.
      4.Banyak laa lagi…so hang tambah laa pulak.

      10 tahun lagi kristian jadi pemerintah Malaysia..statement hang macam orang tak sekolah laa beb..

      awat jadi lagu tuuuu…

      • ajay  On August 19, 2011 at 2:51 pm

        DAP terang-terang tolak negara Islam. DAP sokong pluralisme. DAP sokong IFC/Bar Council (Ambiga) yang memperjuangkan hak sama rata antara agama. DAP menindas orang-orang Islam di Pulau Pinang.

      • abu shahid  On August 19, 2011 at 3:22 pm

        itu sajalah alasan paling afdal dari pencacai UMporNO.

        DAP ada bunuh orang ke? Ada songlap duit rakyat berbiliob bilion ringgit ke? ada makan Rezab Melayu ke?.

      • hikari  On September 13, 2011 at 11:29 am

        abu shahid dah kaji detail ker? ne ahli parti dua alam ke? PAS dan DAP?

        1.DAP tidak pernah membunuh orang. – MANA KO TAU????

        2.DAP tidak pernah songlap wang negara berbilion bilion. – SEBAB DEPA BELUM KUASAI 2/3 PARLIMEN….

        3,DAP tidak menganiaya anak gadis orang seperti jenayah rogol dsb. – KO SURE KE????

        4.Banyak laa lagi…so hang tambah laa pulak. – APA YANG BANYAK? CER SENARAIKAN…..

      • abu shahid  On September 13, 2011 at 12:28 pm

        1,.Hang ada bukti DAP dah bunuh orang ..
        2.Hang ada bukti DAP pernah songlap wang negara
        3.Hang ada bukti DAp pernah rogol anak gadis orang
        4.Aku bagi satu..98% projek di penang DAP bagi kepada kontraktor Melayu.

  • Anonymous  On August 15, 2011 at 9:29 pm

    saya sukakan PAS sebelum bekerjasama dengan Pakatan Rakyat… saya juga suka mendengar ceramah Ustaz Kazim… PAS berusaha berbaik-baik dengan bangsa lain… mungkin dah sampai masa PAS juga perlu berbaik-baik dengan UMNO begitu juga UMNO dengan PAS… kalau dengan bangsa lain boleh berbaik-baik… apatahlagi bangsa sendiri… kaum Melayu sedikit… dipecah-pecahkan lagi menjadi semakin kecil… bersatu teguh, bercerai roboh… Ustaz Kazim tidak suka perpecahan ini… dan kalau mendengar kesemua ceramah Ustaz Kazim, dia hanya menegur yang salah, tidak kira siapa yang buat… UMNO atau PAS… berfikiran terbuka sedikit… dan janganlah membenci Ustaz Kazim… terutamanya ustaz yang mahu melihat masyarakat seagama berbaik-baik…

    • Anonymous  On April 30, 2013 at 7:35 am

      Sudah lupa ker??dulu PAS pernah join UMNO..dan akhirnya UMNO sendiri yang tendang PAS keluar

  • mat  On August 16, 2011 at 4:45 pm

    dalam jemaah ada peraturan2nya,ada adab2nya..sekalipun seseorangtu hebat dari segi agamanya,apabila dia dah berbaiah dengan pimpinan die kena wala’ dengan pimpinan..contohnya mcm kes ust kazim ni,sepatutnya dia kene wala’ dengan pimpinan,& cara dia menegur pimpinan pun kene mengikut salurannya..pas ada muktamar tahunan & sebelum berlangsungnya muktamar tahunan pun ada mesyuarat agung negeri masing2..melalui mesyuarat tersebut la seseorang boleh menyampaikan apa yg nk disampaikan,& melalui muktar lah boleh disampaikan ketidakpuasan hati,dalam erti kata lain menegur pimpinan la..bukannya melalui ceramah2 umum,pengajian2 umum,yg mana audience bukan kesemuanya ahli pas,bahkan ada yg ahli umno,& atas pagar..tidak betul la cara nya..

    • abu shahid  On August 16, 2011 at 5:38 pm

      Terima kasih kepada penerangan yang jelas dari Ustaz Mat.

  • Anonymous  On August 18, 2011 at 6:31 pm

    pabila x puas hati….masuk umno….bagus ke 2…..

  • kazza  On August 19, 2011 at 11:59 pm

    Pandangan abu shahid berkenaan Ustaz Kazim adalah sama dengan tindak tanduk Kaum khawarij yang menjadi duri dalam daging kepada perpaduan umat Islam dan kemaslahatan Ummah.

    Firman Allah SWT, “Maka apabila kiranya kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan. Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikannya telinga mereka dan dibutakannya penglihatan mereka,” (Muhammad: 22-23).

    Diriwayatkan dari Jubair bin Muth’in r.a,bahwasanya ia pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan masuk surga seorang pemutus silaturrahim,” (HR Bukhari [5984] dan Muslim [2556]).

    Diriwayatkan dari Nabi saw, “Barangsiapa memutus tali kekeluargaan atau bersumpah palsu maka ia akan melihat akibat buruknya sebelum ia meninggal,” (Shahih, Silsilah Ahaadits ash-Shahiihah [1121]).

    Diriwayatkan dari Abu Bakrah r.a, dari Nabi saw, “Tidak ada satu dosapun yang lebih Allah cepatkan hukumannya di dunia bagi si pelaku disamping siksaan yang menunggunya di akhirat nanti selain dosa berbuat aniaya dan memutuskan tali kekeluargaan,” (Shahih, HR Bukhari dalam Adabul Mufrad [67]).

    Bertaubatlah abu shahid selagi pintu keampunan di buka oleh Allah swt.

    • abu shahid  On August 20, 2011 at 1:36 am

      Terima kasih pandangan dari juak juak khawarij UMporNO yg ternyata langsung tidak mahu melaksanakan hukum islam,samada hukum murtad dan sebagainya.

      hayati firman allah azzawajal..wa man lam yahkum bima anzalalhlah…ila akhir ayat.

  • Abg Mat  On August 20, 2011 at 1:22 pm

    Kesian kat hang abu shahid, mati-mati pertahankan kafir musyrik. Moga Allah Taala buka hati hang.

    • abu shahid  On August 20, 2011 at 3:14 pm

      Semoga kafir lebih mengenali Pas dari Melayu munafik yang bertopengkan nasionalisme.

  • shah  On November 18, 2011 at 10:47 pm

    Mcm ni lar…pilih kumpulan yang mahukan Islam..dari segi nih ianya PAS…UMNO pun mmg parti yg diterajiu orang Islam..ettapi penghayatan itu agak krg..byk yg masih dikesani dgn pengaruh dan budaya British yg penah menjajah kita. Mmg PAS x maksum…tp pada saya ..kita pilih parti ini kerana byknya ulamak di dalamnya dan kesungguhan utk Islam yg lebih kuat. Ini dpt jelas dilihat, terutama dari segi yg asas sseperti menutup aurat, dan sbgnya…Ustaz Kazim pula pd saya..sekiranya ada teguran pd PAS…x perlu siarkan pada umum…sampaikan saja terus kepada pimpinan PAS….Wallah hua’lam….:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: