Kisah Benar: Keris Taming Sari Sultan Perak Adalah Tulen


KERIS Taming Sari dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar selama enam hari bermula semalam sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke-83.

Keris kebesaran Diraja Perak diwarisi dari Sultan Melaka sejak 1528

KUALA KANGSAR: Muzium Perak menolak dakwaan mengatakan Keris Taming Sari iaitu satu daripada alat kebesaran Diraja Perak yang dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, di sini, adalah palsu atau replika.

Pengarah Muzium Perak yang juga pengurus galeri berkenaan, Nor Janati Ibrahim, berkata pihaknya sering menerima dakwaan sedemikian berikutan ada di kalangan pengunjung meragui keaslian keris itu.

“Keris Taming Sari dipamerkan di galeri ini adalah simpanan dan warisan Sultan Perak. Jadi ia menjadi satu daripada alat kebesaran Diraja negeri ini. Malah, senjata itu hanya boleh dipamerkan kepada umum selepas mendapat perkenan daripada Baginda Sultan Perak sempena Hari Keputeraan baginda.

“Lagipun keris berkenaan sudah menjadi hak Kesultanan Perak yang sah sejak 1528 selepas diwariskan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah I kepada Sultan Perak pertama iaitu Sultan Mudzaffar Shah,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam.

Nor Janati berkata, mengenai ketulenan atau keaslian keris berkenaan masih dalam kajian berterusan dilakukan pihak berkaitan, tetapi yang penting Muzium Perak tetap mengatakan Keris Taming Sari ialah satu daripada alat kebesaran Diraja Perak.

“Kebanyakan tohmahan timbul disebabkan generasi hari ini terlalu terdedah dengan maklumat atau fakta diperoleh daripada pelbagai sumber kurang tepat. Mereka hanya mendengar maklumat daripada sebelah pihak tanpa mengkaji sendiri sejarah sebenar Keris Taming Sari serta warisan alat kebesaran diraja itu.

“Justeru, Muzium Perak dengan perkenan Tuanku (Sultan Perak) mengadakan pameran Keris Taming Sari di Galeri Sultan Azlan Shah selama enam hari bermula hari ini (semalam) sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-83.
“Ia bertujuan memberi pendedahan serta gambaran sebenar mengenai keistimewaan keris yang pernah menjadi milik Laksamana Hang Tuah itu,” katanya.

Keris berkenaan yang diseliputi dedaun emas, manakala sarung atau hulunya diperbuat daripada emas serta dipercayai adunan daripada 20 jenis besi yang sebahagiannya daripada serpihan besi ganggang pintu Kaabah.

Senjata itu dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan dan berupaya berlegar di udara ketika mengejar musuh. Selain itu, ia juga dipercayai mempunyai kuasa untuk memberi petunjuk jika Perak bakal dilanda sebarang musibah atau bencana.

Nurhayati Abilah

About these ads
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • yusoff  On May 30, 2011 at 9:26 am

    harap golongan ustaz ustaz memberi pendapat tentang perkara diatas.

  • cryno  On May 30, 2011 at 11:27 am

    haha..klaka la..sultan pun pandai gak buat lawak..

  • Megat Alam  On June 3, 2011 at 4:26 pm

    Yang di Perak seperti gambar di atas tak munkin Taming Sari. Itu gambar keris Bugis. Taming Sari adalah keris Majapahit & mempunyai ciri2 nya tersendiri….

    • abu shahid  On June 3, 2011 at 4:30 pm

      Salam ..boleh tuan jelaskan terperinci ciri2 Taming Sari itu?

  • hafizan  On September 20, 2011 at 7:57 pm

    Saya menyanjungi kedaulatan Seri Paduka Sultan Perak;Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu.Hasil kajian saya mendapati keris yang dimaksudkan hampir menyerupai ciri2 keris taming sari.sumber dari majalah malaysia book of record.edisi berapa tak ingat.saya baca masa kecik dulu.dan juga dari majalah seni beladiri yang saya kumpul lebih 100 edisi.dan juga internet,blog.keris bugis bukanlah begitu.keris semenanjung dan jawa(indonesia) berbeza.hulu jawa,majapahit,biasanya tak tunduk umpama padi.kalau dikatakan ditempa daripada serpihan besi ganggang pintu Kaabah mungkin benar.dilihat dari hulunya yang menyerupai hulu pedang nabi.batu batu gitu,bling2.dari unsur aerodinamiknya mungkin betul boleh terbang.pisau umah aku pun boleh terbang kalau dibaling.kui kui kui…

  • Anonymous  On October 1, 2011 at 8:59 pm

    adakah korang semua lebih tau dari sultan azlan….lawak siut…keturunan dia dah pegang keris tu sejak tahun 1528 lagi….takkan ada org lain yg lebih arif dari keturunan dia…

    • Anonymous  On January 17, 2012 at 11:57 pm

      ……kat sini berani la korang sindir,kalo dok depan keris tu betul2 mesti jd mcm orang bisu…..

  • nak muay  On November 19, 2011 at 3:15 pm

    bapak merepek….kuasa ALLAH tiada tandingan

  • heypeoplehey  On November 23, 2011 at 6:24 pm

    bole jelaskan tak dr mana sumber yang diperolehi ni ?sejauh mane kesahihannya ?bagaimana pulak dgn cerita dlm hikayat hang tuah yg mengatakan hg tuah ghaib bersama keris tersebut dgn kata2 selagi tidak timbul keris tersebut maka tidak akan muncul lah aku ?

  • Anonymous  On September 4, 2013 at 12:03 am

    mana betul nyer keris tu taming sari.taming sari org majapahit,tapi rupa keris tu keris bugis.taming sari pahlawan yang suka mendalami ilmu persilatan.suka melatih diri dengan ilmu persilatan di dalam gua dan bertapa untuk pertingkat kehebatan .tapi logik ker keris sorang pahlawan bersarungkan emas.hulu pulak bertatahkan permata.senang jer suruh orng mengakui keris tu taming sari pegang dan cuba tikam .lut ker tak.ada berani ke.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: