Banjir Kilat Sebabkan Kesesakan Lalu Lintas di Penang


Kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Sri Saujana, Sungai Dua, Pulau Pinang dinaiki air hingga menyebabkan beberapa buah kereta tenggelam akibat banjir kilat yang berlaku pada Sabtu. 

Banjir kilat jadi kalut di Penang

GEORGE TOWN: Hujan lebat yang turun sekitar pukul 11 pagi tadi menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah di sekitar Pulau Pinang hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa jalan utama.

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan air naik hingga ke paras lutut di kawasan perumahan, Minden Heights.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pembangunan Taman Brown, K. Santha berkata beberapa buah rumah di Changkat Minden 7 ditenggelami air.

“Saya menerima maklumat daripada ahli kami bahawa banjir kilat yang melanda ini disebabkan oleh kebocoran paip yang bawah tanah akibat tekanan air yang kuat di Universiti Sains Malaysia (USM).

Bukan itu sahaja, berdasarkan tinjauan beberapa kawasan turut ditenggelami air antaranya sepanjang Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Masjid Negeri.

Kejadian tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas hingga 1kilometer berlaku di lebuh raya bertingkat dari Bayan Baru ke Gelugor.

Ia disebabkan oleh lampu isyarat yang rosak di persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah-Sungai Dua.

Kesesakan bertambah buruk apabila terdapat kenderaan rosak diletakkan sepangjang jalan tersebut.

mStar

About these ads
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • ah tan bin ah lee  On May 14, 2011 at 7:59 pm

    sebab solat hajat dan sumpah laknat ke? ATAU SALAH ROSMAH DAN NAJIB? N.AJIS DAN GUAN ENG tak salah kan?.anugerah tohan lagi tak salah walaupun VDO semacam aja.

    • abu shahid  On May 14, 2011 at 8:01 pm

      mungkin hang tak baca apa yg pernah dia kata mengenai solat hajat! tak apalah kalu hang dah tertinggal bas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: