Dato’ Mana Pulak Kena Tangkap Khalwat?


Timbalan Ketua Setiausaha dan pembantunya kena cekup oleh JHEAIPP

Hasil intipan beberapa jam, seorang pegawai kanan sebuah kementerian berpangkat Datuk ditangkap khalwat bersama pembantunya berusia 28 tahun di sebuah hotel di Batu Feringghi, di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan jam 4 pagi, pegawai berusia 51 tahun itu ditahan bersama wanita berkenaan selepas dipercayai bersekedudukan di sebuah bilik hotel itu dalam keadaan mencurigakan.

Mereka ditahan dua anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) serta seorang anggota polis.

Pasangan terbabit dibawa secara berasingan ke Balai Polis Batu Feringghi, dengan pegawai berkenaan menggunakan laluan pantai di belakang hotel untuk mengelak diserbu pihak media yang menunggu hampir dua jam.

Pegawai berkenaan dilihat mengenakan kemeja T merah, manakala wanita terbabit memakai kemeja T putih dan kedua-duanya memakai jeans ketika dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi yang terletak 300 meter dari hotel berkenaan.

Difahamkan, siasatan dibuat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan, kedua-duanya boleh didenda tidak kurang RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi mengesahkan penahanan seorang pegawai kanan sebuah kementerian berjawatan Timbalan Ketua Setiausaha kerana dipercayai berkhalwat.

Pegawai kanan terbabit pernah memegang jawatan tinggi dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama lima tahun sebelum dinaikkan pangkat ke jawatannya kini sejak 21 Ogos tahun lalu.

sinar

foto dari GB

About these ads
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: