Rakaman Aksi Seks Pemimpin Utama Pembangkang?


Seseorang bernama Datuk T mendedahkan pada Media

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.

Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T.

mKini

Dari sumber lain

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.

Wakil-wakil media dibawa ke hotel itu oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai “Datuk T”.

Menurut Datuk T, beliau mahu media menonton rakaman tersebut sebelum dia menghantarkannya kepada pemimpin berkenaan dan isterinya.

Malah katanya, jika pemimpin politik itu mengenal pasti dia ada tuan punya diri, maka dia dan isterinya harus meletakkan jawatan.

Datuk T mendakwa lelaki dalam rakaman video itu bukan seorang yang bermoral tinggi dan oleh itu, tidak layak bertindak sebagai pemimpin.

Dalam satu kenyataan yang turut diberikan kepada media, yang turut tertera nama pemimpin tersebut, dikatakan bahawa ahli politik tersebut pergi ke hotel yang menawarkan khidmat seks dan kemudahan spa.

Selepas pemimpin itu meninggalkan hotel, dia sedari bahawa dia tertinggal jam tangan jenama Omega di bilik dia memperoleh khidmat seks.

“Saya diminta mendapatkan jam tangan di bilik tersebut. Oleh kerana saya tidak nampak jam tangan pada meja, saya memeriksanya di belakang tempat persolekan. Saya terkejut melihat banyak wayar di belakangnya,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, wajar berkenaan disambungkan ke CCTV yang kemudiannya didapati merakamkan hubungan seks dengan pelacur tersebut.

Respon Terkini

Setelah semuanya gagal kini datang video palsu

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Setelah gagal dengan projek Fitnah II apabila mahkamah menolak DNA yang dicuri, BN didakwa cuba menghancurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video yang didakwa palsu.

Peguam yang juga naib presiden PKR, Sivarasa Rasiah dalam Twitternya secara langsung menghalakan serangannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

“Setelah gagal dengan projek fitnah II, Datuk Seri Najib mengubah hala serangannya. Video yang ditokok tambah mula disebarkan hari ini,” tulis Sivarasa dalam Twitternya.

Hari ini, tiga kumpulan wartawan ditayangkan video seks yang didakwa antara Anwar dengan seorang wanita Cina yang dikatakan dirakam di sebuah bilik hotel.

Ia ditayangkan di hotel mewah, Carcosa Sri Negara pagi ini di depan kumpulan para wartawan kumpulan demi kumpulan.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Berdasarkan modus operandinya, tekanan ini dikenakan kepada Anwar agar beliau berundur dari politik dan jangan mengganggu gugat kepimpinan BN yang ada. Jika Anwar bersetuju berundur, video ini dikatakan tidak akan dilepaskan kepada umum.

Selain tekanan ini, beberapa siri tekanan lain juga dikatakan akan terus dikenakan ke atas Anwar sehingga beliau berhenti dari memberikan gugatan kepada pemimpin BN yang ada.

Harakahdaily pernah dimaklumkan perkara ini sebelum ini. Ketika dibincangkan dengan beberapa pemimpin kanan PAS, mereka yakin, tekanan terhadap Anwar sudah terlalu berlebihan untuk memusnahkan beliau.

“Ia sudah over done,” kata seorang pemimpin kanan PAS.

BN sangat tersepit

“BN mesti sangat tersepit. Mereka fikir boleh musnahkan DSAI dan Pakatan dengan video palsu,” tulis Sivarasa yang juga anggota Parlimen Subang lagi.

Pengarah Perhubungan PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam twitter juga mengulas isu itu.

“Fitnah 1 gagal. Agen asing gagal.  Fitnah II sedang gagal. Sekarang, video,” tulis beliau dalam Twitternya.

Anggota Parlimen dari PAS dari Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali juga memberikan ulasan dalam Twitternya.

“Apa nak jadi negara kita. Orang lain sibuk nak bina semula negara yang musnah, kita sibuk nak musnahkan maruah dan kredibiliti pemimpin. Fitnah bawa punah pada semua,” kata beliau.

Seorang pemimpin PAS ketika mengulas isu ini pula berpendapat, strategi BN silap dalam isu ini kerana gagal memahami saikologi orang Melayu dalam menilai isu seks.

“Sepatutnya seks biasa dulu, lepas itu barulah liwat….ini tidak terbalik kot…,” kata beliau.

About these ads
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • khir90  On March 21, 2011 at 2:46 pm

    UMNO dah mula terdesak buat fitnah taktik kotor hanya untuk menang sekarang. Bangun semua rakyat Malaysia jatuhkan buangkan UMNO selama-lamanya dan kami mahu bebas dari segala penipuan UMNO.

  • SugarBro  On March 21, 2011 at 3:17 pm

    Isu video sex DSAI ni pernah kecoh semasa chedet nak menghalalkan tindakan dia nak pecat DSAI. Kalau tak silap aku orang yang pernah melihat video sex DSAI termasuk la Ustaz Harun Din telah memberi komen beliau dalam siri ceramah2 seluruh negara. Menurut beliau confirm itu bukan DSAI walaupun sebiji rupa dia macam DSAI. Aku rasa ini semua video lama atau pelakon lama tapi diberi imej baru. Fitnah dosa, umpat pun dosa. Bezanya fitnah cerita bohong dan umpat kisah benar. Baik kita diam dari menyesal dikemudian hari.

  • pak subo  On March 21, 2011 at 8:58 pm

    Allah maha kuasa…

  • anwar gi mampos la  On March 21, 2011 at 9:27 pm

    kesian kat korang yang masih percayakan si puaka anwar semata2 nak buruk sangka ngan BN… anwar tu memang dah jahat la, badigol! BN pun tak heran sangat anwar kaki seks… byk lg yg diaorang nak fikir… aper ker jadahnya asyik fikir nak jatuhkan anwar tuh… satu hari Allah akan tunjuk semua tuh… dia sendiri(anwar bodo) ‘makan’ tapi tak pandai ‘simpan’, pastu nak salahkan orang2 BN lak… kalau tak reti ‘simpan’, tak payah la ‘makan’, faham!!!

    • abu shahid  On March 22, 2011 at 1:34 pm

      Bukan stancard anwar pi main pompuan dihotel murahan macam tu..

      Pakai laa hang punya otak sikit, kalau nak jatuhkan anwar cariklah isu lain. Kesian aku tengok juak juak umno pertahankan fitnah tak sudah sudah.

  • Lisa Olson  On March 22, 2011 at 11:28 am

    Ya ALLAH engkau Maha Mengetahui!!!

  • SATU JARI  On March 22, 2011 at 1:48 pm

    dah tu klu puakx UMNO buat pandai makan pandai simpan?
    dasar UMNO salah org nmpak di mata..salah sendiri buatx buta.
    klu ye pn nk buat modal untuk pilihanraya sarawak ni
    jgnla sampai perlu menggadaikan maruah seseorang.
    soal siasat je org yg anta video tu ape susah.tanye mne die dpt..takkan disebabkn die title datuk dlm UMNO polis, media takut nk soal kot..UMNO UMNO….mmmm

  • orang baru  On March 24, 2011 at 1:50 am

    PR tak payahlah jadikan anwar PM, kan tokoh lain dalam PR kan babyak. Diaorang tu tak layak ke jadi PM?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: