DRB-Hicom Dapat Kontrek Kereta Kebal RM6 Bilion


FNSS Pars 8×8 antara kereta perisai keluaran FNSS Savunma.

Peruntukan kedua terbesar selepas projek ‘Kapal Peronda’ baru TLDM.

Adakah Malaysia dalam keadaan begitu terdesak untuk membiayai peralatan tentera sehingga menambahkan lagi berbilion ringgit?

Adakah mana mana negara sedang mengancam keselamatan negara?

Atau adakah ini jugak akan dipersoalkan oleh ahli ahli politik sebagai satu lagi projek yang akan mengkayakan kroni?

Semoga projek ini tidak akan menjadi seperti kapal selam Scorpene yang tidak boleh menyelam dan jet pejuang F15 yang perlu dibuat ‘overhaule’ selama beberapa tahun supaya boleh terbang.

DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (DefTech) guna kepakaran Turki

DRB-Hicom Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (DefTech) dijangka ditawarkan kontrak bernilai sehingga RM6 bilion dalam tempoh terdekat ini untuk membangun, mengeluar dan membekalkan kenderaan perisai pembawa anggota (APC) beroda 8×8 bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sumber industri berkata, kontrak kerja bagi memenuhi tempahan yang dibuat kerajaan menerusi Kementerian Pertahanan itu akan dilaksanakan menerusi pe-mindahan teknologi dan kepakaran pertahanan yang diperoleh dari Turki. “Penganugerahan kontrak itu susulan pemberian surat hasrat (LOI) daripada kerajaan kepada DRB-Hicom pada April tahun lalu. “LOI itu akhirnya diterjemahkan kepada kontrak sebenar apabila DefTech memeterai perjanjian dengan pengeluar kenderaan ketenteraan terbesar Turki, FNSS Savunma Sistemleri A S (FNSS Savunma) untuk pemindahan teknologi serta kepakaran ketenteraan membabitkan pembinaan dan pengeluaran 257 kenderaan APC beroda 8×8 dengan pelbagai varian kegunaannya, di Turki, baru-baru ini.

“Kumpulan pertama unit kenderaan APC yang dibangunkan di Pekan, Pahang itu diberi kepada ATM pada Januari 2012, sebelum diserahkan sepenuhnya pada 2016,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Difahamkan, usaha sama itu turut merangkumi bantuan latihan dan kepakaran firma Turki kepada DefTech. Kedua-dua pihak sudah menjalin kerjasama dalam bidang berkenaan sejak 2000.

Perjanjian terakhir antara DefTech dengan syarikat Turki itu membabitkan pembekalan alat ganti dan perkhidmatan teknikal bagi kenderaan infantri berperisai Adnan ACV300 yang digunakan oleh ATM.
Menurut sumber itu, menerusi konsep perkongsian strategik antara syarikat Malaysia dan Turki serta ditambah pembangunan kaedah pemasangan tempatan, termasuk perolehan hak harta intelek, ia secara tidak langsung berupaya menurunkan kos perbelanjaan kerajaan bagi memiliki aset yang sama kualiti dan teknologinya dengan kenderaan ketenteraan negara maju lain.

“Kos bagi memperoleh aset ketenteraan ini memerlukan perbelanjaan besar kerana memerlukan penggunaan teknologi dan sistem paling canggih serta terkini yang tidak boleh didedahkan kepada umum berikutan isu keselamatan.

“Namun, menerusi konsep perkongsian strategik dan pintar dengan FNSS Savunma, ia berupaya mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan daripada kos asalnya iaitu RM8 bilion kepada RM5 hingga RM6 bilion, sekali gus berupaya menguntungkan kerajaan,” jelasnya sambil menambah pembangunan kereta perisai itu dipantau rapi pakar ketenteraan Turki-Malaysia bagi memastikan ia dikeluarkan tanpa berkompromi dalam hal spesifikasi berhubung kualiti dan sistem teknologinya.

Sumber berkata, menerusi perolehan kenderaan APC itu, DefTech dapat membangunkan kepakaran dan keupayaannya dalam industri pertahanan selaras objektif negara membangunkan keupayaan industri pertahanan tempatan.

Ahmad Farizal Hajat

Latest Update

Def-Tech Sah raih kontrek 7.55 Bilion

DRB-Hicom Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (DefTech) semalam mengesahkan menerima kontrak bernilai RM7.55 bilion daripada kerajaan untuk membangun, mengeluar dan membekalkan kenderaan perisai beroda (AWV).

Kontrak itu membabitkan pembinaan 257 unit AWV yang terdiri daripada 12 varian khas untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). DRB-Hicom, dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata kontrak untuk tempoh tujuh tahun itu akan bermula tahun ini.

Mengikut syarikat itu, melalui kontrak berkenaan, DefTech dapat merangsang dan meningkatkan ekonomi Malaysia menerusi program penambahbaikan yang merangkumi pemindahan teknologi pertahanan maju daripada rakan teknologi dan pengeluar peralatan tulen (OEM), penyelidikan dan pembangunan serta vendor tempatan.

Di samping itu, katanya, DefTech akan turut memiliki hak milik intelek ke atas sistem dan subsistem kenderaan perisai beroda.

“Lebih banyak OEM tempatan akan dapat diwujudkan menerusi pelaburan langsung dan tidak langsung asing sepanjang tempoh kontrak itu dan ini akan menjana pertambahan peluang pekerjaan untuk industri pertahanan tempatan,” katanya.

DRB-Hicom berkata, kerjasama erat dengan rakan teknologi dan OEM utama akan turut meningkatkan keupayaan dan pengetahuan bukan saja di kalangan kakitangan DefTech tetapi turut membentuk tenaga kerja berpengetahuan di kalangan industri pertahanan tempatan.
“Ini termasuk memperoleh daya saing dalam bidang pengurusan projek, pengurusan rantaian bekalan, terutama proses perniagaan sektor pertahanan selain kejuruteraan sistem,” katanya.

Kontrak itu dijangka akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan akan datang kumpulan.

Berita Harian semalam melaporkan, kontrak kerja bagi memenuhi tempahan yang dibuat kerajaan menerusi Kementerian Pertahanan itu akan dilaksanakan menerusi pemindahan teknologi dan kepakaran pertahanan yang diperoleh dari Turki.

Memetik sumber, laporan itu menjelaskan, penganugerahan kontrak itu susulan pemberian surat hasrat (LOI) daripada kerajaan kepada DRB-Hicom pada April tahun lalu.

“LOI itu akhirnya diterjemahkan kepada kontrak sebenar apabila DefTech memeterai perjanjian dengan pengeluar kenderaan ketenteraan terbesar Turki, FNSS Savunma Sistemleri A S (FNSS Savunma) untuk pemindahan teknologi serta kepakaran ketenteraan membabitkan pembinaan dan pengeluaran 257 kenderaan APC beroda 8×8 dengan pelbagai varian kegunaannya, di Turki, baru-baru ini”.katanya

About these ads
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • kitaro  On January 18, 2012 at 5:32 pm

    wei u otak orang mcm u ni lah yg menyusah kan! mana ada malaysia F16???? hahaha! u tak tau apa u ckp sbnr nya! tapi nak menyibuk! u tgk jiran kita? indon,singapore! kenapa mereka berlumba2 beli senjata? u nak kita di jajah singpore? otak org mcm ni lah yg akan buat malaysia jauh ketinggalan!

  • Fajril Huda Karunia  On August 30, 2013 at 10:28 pm

    Semoga Malaysia dengan di bantu Turki bisa Membuat APC sendiri,

    Karena Cukup lama Malaysia tertinggal untuk pembuatan Arsenal perang sendiri

    From : Eriel ( PIDAD Employe )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: