Bob Lokman:”Saya Makan Upah Ganggu Ceramah PAS”


Dakwaan abang Mat Sabu dan pemimpin Pas yang lain ada kebenarannya.

Hari ini seorang dari bekas pemakan upah Umno membuat perakuan.

Syabas kepada bro Bob lokman kerana berani mengakui kesalahan masa lampau.

Blog ini mengucapkan berbanyak tahniah kepada bro Bob Lokman..jadilah seorang pejuang kebenaran setelah lama menjadi  ‘sponge bob”..lawak sikit..ha ha ha

Anggaplah kesilapan masa lalu sebagai guru untuk menempuh hari muka..bravo bro BoB

Bob Lokman akui pernah diupah ganggu ceramah PAS

TEMERLOH, 2 Mac: Pelakon, pengacara dan penulis lirik lagu terkenal yang baru menyertai PAS, Bob Lokman, mengakui pernah diupah untuk mengganggu ceramah PAS pada waktu kempen pilihan raya tetapi kini sudah insaf.

Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ketika berceramah di majlis minum petang di Desa Murni sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau semalam berkata, beliau mohon maaf atas keterlanjurannya itu.

“Saya akui pernah ganggu ceramah PAS dalam kempen pilihan raya umum 2004 dan 2008 iaitu dengan mengadakan persembahan berdekatan ceramah PAS dan terima upah.

“Tapi itu semua kenangan dulu, sekarang saya sokong parti Islam yang mahu tegakkan hukum Allah. Saya jumpa beberapa pemimpin PAS dan minta maaf,” ujarnya.

Penulis lirik lagu terkenal seperti “Isabela” dan “Pada syurga di wajahmu” itu berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada rancangan Raja Lawak dan menyertai PAS tanpa dipengaruhi sesiapa.

“Barangkali keinsafan itu timbul setelah banyak mendengar kuliah Tuan Guru Nik Aziz. Tapi nampaknya tidak mudah juga apabila meninggalkan dunia glamour itu. Saya dihentam dengan tindakan sendiri.

“Ketika ini barulah saya mula terasa satu cabaran. Kalau tidak hidup saya happy tanpa merasakan sesuatu yang perlu diberi perhitungan,” kata cicit kepada tokoh Islam terkenal tanah air, Tok Kenali itu.

Bob menyertai PAS secara rasmi ketika menyerahkan borang keahlian semasa program Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah bulan lalu.

Mengenai pergaulan barunya, Bob kerkata beliau nampak dalam PAS tidak ada protokol sangat.

“Semasa saya bergaul dengan orang Umno dulu, pemimpinnya jangan kata nak duduk di kalangan orang ramai, tempat nak sembahyang pun nak tempat elit… kecualilah bila tiba musim PRK macam ni,” tambahnya disambut gelak ketawa pendengar.

Mengenai masa depannya, Bob berkata beliau kini dalam proses belajar ilmu-ilmu agama dan bercita-cita untuk menjadi pendakwah pada masa depan.

Sebab saya percaya golongan muda mahukan Islam, sebab jiwa mereka mahukan keadilan, kebaikan dan kebebasan. Tetapi mereka tak faham tentang keadilan Islam atau tak diberitahu tentang kebaikan dan kebebasan dalam Islam.”

HDaily

About these ads
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Fooart  On March 2, 2011 at 8:58 pm

    Tahniah Saudara Muhammad Hakim Lokman. Semoga Allah akan membuka pintu RahmatNya keatas saudara. Insyaallah.

  • abu bakar abdullah  On March 4, 2011 at 8:23 pm

    Salam pakcik Bob dan semua rakyat ,

    Perlakuan buruk yang dilakukan Pakcik Bob adalah amat buruk… kerana kesannya dirasa oleh kami penyokong PAS sejak dulu lagi. Saya tahu Pakcik Bob sedar kesan buruk dari tindakannya tapi habuan dunia atau mabuk arak ataupun dadah menyebabkan dosa pada penyokong PAS dipandang kecil.

    Pakcik Bob mohonla keampunan pada TUHAN…. ALLAH PASTI MENGAMPUNKAN.Walaupun Pakcik Bob telah menjadi ahli PAS saya tetap tidak dapat memaafkan Pakcik…. menangisla sampai mati… insafi diri… sepatutnya jika pakcik Bob benar2 bertaubat tentu pakcik sendiri akan faham kenapa saya tak dapat memaaf keturunan manusia seperti Pakcik. Kami petugas PAS sekian lama berjuang mati-matian….. jika kalah atau menang semangat kami tak berubah.

    Pakcik satu ketika dulu adalah perosak bangsa dan agama serta Bumi malaysia. Segala yg dirosakan telah pun musnah dan hancur…. tidak dapat dibaiki…..kita lihat apakah nanti nasib kita umat MALAYSIA.

    KEGAGALAN BUKAN SUATU TAKDIR….. KEJAYAAN SESUATU YG WAJIB DIUSAHAKAN.

  • qayum safi  On March 16, 2011 at 8:35 pm

    apahal lak si petugas PAS ni…orang tu nak taubat mintak maap…kau nak ape lg….kau mcm tuhan lak nak komen hentam orang bertaubat……dulu saidina Umar pun ade wat dosa…menentang Islam…sampai masa die sedar akan Islam…die pejuangkan Islam…xde nk kutuk marah ….orang bg sokongan lagi…. teruk betul kau yg bg komen penuh dendam…kalau ikhlas berjuang utk islam…kau patut da maapkan die…tp kalau ko berjuang sebab nk PAS perintah…kau manusia rugi…aku dr IKRAM dan penyokong PAS yg perjuangkan Islam…bukan mcm ko yg berjuang utk parti

  • Turut bertaubat  On April 27, 2011 at 11:54 pm

    sependapat dengan saudara qayum… terimalah petugas pas walaupun pahit sekalipun.. ini yang dikatakan perjuangan yang tak kenal semua itu… sepatutnya anda bersyukur doa dan sembahyang hajat anda atau orang lain telah dimakbulkan oleh Tuhan rabbul alamin… bersedialah terima perubahan… Allah Akbar

  • kroll  On May 13, 2011 at 11:01 pm

    saya juga penyokong PAS macam tak setuju dengan bob lokman…selama ini dia tak islam ke? nak bertaubat pun kena tunjuk dia masuk parti mana baru dia betul-betul islam sejati.Macam nak publisiti jer mentang-mentanglah PR semakin kuat(tumpang publisiti lah tu)…kalo nk dibandingkan orang-orang dari bawah yang membangunkan PAS sejak dari dulu jauh beza ngan dia

    • abu shahid  On May 13, 2011 at 11:08 pm

      apa pun saya menghormati setiap pilihan …terpulang pada anda untuk menilainya..’tepuk dada tanya iman’

      jangan tanya aiman..sebab aiman tak kisah.

  • alias  On September 1, 2011 at 6:15 pm

    Mmg betul lah agaknya,Bob sipenerima upah dan sipemberi upah tu dengarnya dah masuk pas,syukur saya pd ALLAH kerana parasit2 dah keluar dr UMNO,
    skrg dia jadi parasit pula dlm pas,mgkn dia lihat kantung derma ceramah pas agak lumayan…jadi itu lah dikatakan HIJRAH,berteduh dipohon rendah..$$$$$$$$$$$$$$$$$$$…bob…bob…..
    Dulu bergelumang dgn artis2…skrg menghina artis2 pula….awak masih bergelumang dgn najis lagi bob,
    Disisi ALLAH kamu tu masih main2 disekitar BAITULLAH masih diluar belum didalamnya…..jgn nak mendabik dada,kamu belum jumpa titik tepat ISLAM lagi…
    Walaupun kamu sembayang beribu rakaat sehari sekali pun…
    Belum tau sempat ke tidak umur awak tu….mgkn artis2 yg kamu hina tu akan bertemu titik itu lebih awal….awas awak bob….
    Awak bolih gelak dan menghina manusia sekeliling awak skrg…..ALLAH beri masa pd kamu utk berbuat sekonyong konyongnya terhadap manusia cipta ALLAH itu…teruskan…..satu hari nanti kamu lihat azab yg ALLAH akan turunkan pd kamu dan sekelian puak2 kamu……Insyaallah…..

    • abu shahid  On September 1, 2011 at 9:41 pm

      Syukur bob dapat nilaikan yang mana intan yg mana kaca.

      Budaya politik wang dalam Umno bertambah jelas.

  • alias  On September 1, 2011 at 6:56 pm

    ISLAM itu tiggi tiada yg tinggi darinya,
    Pas duduk dibawah PKR dan DAP,ini dah memperlihatkan yg pas itu dibawah telunjuk (bukan ketua pembangkang)..nak jadi ketua pembangkang pun tak mampu nak mendabik dada sebagai pejuang Islam,fikir lah sendiri…..
    Dulu,perempuan yg memimpin pas(ketua pembangkang Wan Azizah)
    Itu pun tak bolih nilai lagi..

    Dr.Fairus dlm statementnya menyatakan Anuar Ibrahim melebelkan pas ini adalah parti terompah…faham2lah….
    Pas hanya membawa budaya Arab tetapi belum tentu ISLAM.
    Kalau ukuran menguasai ilmu Islam,juga belum tentu ISLAM.

    Berkatalah benar walaupun pahit.
    Sebenarnya bob awak tak pernah HIJRAH kemana2….
    tiada ukuran dlm SUNNAH RASUL yg awak telah berhijrah….
    Mana tanda sujud dibumi ini yg pas buat…buktikan….
    Kalau tanda didahi banyak lah…Firman ALLAH,jgn kamu solat dlm keadaan mabuk(ilmu yg tak tahu mana hujung pangkal mula….)

    Kesian orang2 pas,bila melihat sereban besar saja dah terpengaruh bukan ukuran berasaskan ilmu…..
    carilah pati dlm Al Quran dan Sunnah Rasul dan jgn ikut cakap tok guru…..
    Tok guru,dosa dia pun belum tentu dia bolih tanggung,ini kan nak tanggung dosa ahli pas dan ALLAH jamin sesaorang tidak bolih memikul dosa orang lain…
    Confirm statement ALLAH ini….

    Syukran…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: