GEMPAR: BMF Dedah Kekayaan Taib Mahmud


BMF Senaraikan 49 Firma Berkaitan Taib di Seluruh Dunia

NGO yang berpangkalan di Switzerland – Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.

Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

“Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Senarai itu disiarkan di lamanweb anti-rasuah barunya dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

BMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.

Petisyen itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.

NONESesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.

Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Negara-negara UNCAC

Dokumen yang disiarkan oleh lamanweb Sarawak Report menunjukkan syarikat itu bernilai lebih kurang RM250 juta.

azlanJuga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.

Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.

Semua negara, termasuk Malaysia – di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).

Semua negara-negara UNCAC diwajibkan untuk menyelaras dengan satu sama lain dan membekalkan bantuan perundangan di mana kes dana-dana tertentu dikaitkan dengan jenayah, termasuk mendapatkan perintah ekstradisi ke atas orang yang dituduh.

Aidila Razak

Nota: akibat dari lama memegang kuasa maka peristiwa ‘mubarak,marcos dan ben Ali boleh terjadi pada Taib Mahmud dan Kroni.

Seperti ada lagi sumber kekayaan lain yang ingin didedahkan oleh BMF dan Sarawak report.

Mungkinkah Taib Mahmudf terlibat dalam penggubahan wang haram?.

Inilah julung kalinya kekayaan Taib Mahmud didedahakan ,mungkin ada lagi siri pendedahan berikutnya melibatkan Mahathir dan kroninya pula.

Kita tunggu pendedahan seterusnya.

“Selamatkan Malaysia”

About these ads
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Kenyalang Tasik  On February 24, 2011 at 6:33 pm

    Sesungguhnya kekayaan Taib itu setinggi Gunung Mulu.Tapi mengapa ianya harus dibiarkan.Jika parti BN tau,adakah semua mereka terlibat atau telah disogok oleh Taib.Sarawak bumi yang kaya raya.Sumber aslinya tak mampu rakyat Sarawak gunakan tetapi mengapa penduduk luar bandar hidup dalam kemiskinan.Apakah tidak ada pembelaan bagi mereka ini.Kita hanya medengar dari luar tentang keburukan Taib.Adakah semua yang ada dalam Kabinet Taib terdiri daripada mereka yang buta dan tuli.Jangan jadi pengecut.berjuanglag demi bumi kenyalang yang kita sayangi.Taib seorang penjenayah perlu disingkirkan.

    • abu shahid  On February 24, 2011 at 7:03 pm

      itulah luahan hati dan perasaan orang sarawak sebenarnya..terima kasih diatas komen saudara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: