Gempar:’Pusat Pelacuran’ Kelantan RUNTUH


ANGGOTA penguat kuasa membantu seorang wanita di percayai pelacur yang cedera dalam kejadian rumah pelacuran runtuh di Lorong Limau Manis, Kota Bharu se malam.

Rumah disyaki pusat pelacuran runtuh setelah serbuan

KOTA BHARU: Bahagian atas sebuah rumah papan dua tingkat yang dipercayai menjadi pusat pelacuran di Lorong Limau Manis, dekat sini runtuh ketika serbuan oleh pihak penguatkuasa, Isnin.

Runtuhan itu menyebabkan seorang wanita disyaki pelacur dan beberapa penguatkuasa yang menjalankan operasi bersepadu itu cedera ringan.

Wanita itu yang cedera di kaki kiri dihantar untuk rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini manakala beberapa penguatkuasa hanya cedera kecil ekoran ditimpa sepihan kayu yang runtuh.

Setiausaha MPKB-BRI Mohd Anis Hussin berkata, serbuan pada pukul 10.30 malam itu dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Baru – Bandar Raya Islam (MKPB-BRI), polis, Imigresen dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).

“Lapan rakyat Malaysia berketurunan Siam ditemui di dalam dan luar rumah itu iaitu dua kanak-kanak, tiga lelaki dan tiga wanita,” katanya kepada pemberita, Selasa.

Bernama


About these ads
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: