
‘Kelak kamu akan diberi ganjaran diatas amanah Baginda Rasul yang kamu sampaikan’: Tuan Guru Nik Aziz
Pertemuan mesra dan majlis dialog antara Pimpinan kerajaan Negeri Kelantan diketuai TG Nik Aziz dengan blogger pro Pakatan Rakyat berlangsung dalam suasana yang penuh meriah.Kelantan diwakili oleh beberapa exco negeri termasuk dato’ Husam,dato’ Takiyuddin, dr Fazli ustazah Aqilah dan dato’ Ahmad Yaakob.
Tuan Guru Nik Aziz menjelaskan sejarah penyampaian dakwah bermula dari ibu bapa, guru guru dan pemimpin masyarakat.Maka contohilah sirah Baginda Rasul yang menyampaikan ‘Risalah’ tauhid dengan penuh istiqamah.
Sampaikanlah olehmu akan kebenaran,kelak kamu akan memperoleh ganjaran kebaikan diakhirat,janganlah kamu membawa perkara yang kamu sendiri tidak ketahui.kata beliau.
Dua minggu lalu ada blogger yang menyebarkan kononnya Nik Aziz sudah meninggal dunia,berita sensasi tersebut dipercayai disebarkan oleh ‘blogger neraka’ sehingga menyebabkan seluruh negeri Kelantan dan Malaysia amnya terpengaruh dengan berita sensasi itu.
Oleh yang demikian Tuan Guru Nik Aziz menasihatkan supaya blogger pro PR tidak mencontohi kerja buat ‘blogger neraka’ tersebut.
Perkara paling menarik pada pertemuan semalam ialah para blogger pro PR merasa usaha mereka selama ini ‘dihargai’ oleh pimpinan PAS Kelantan kerana beberapa blogger ternama dari PR seperti Ibnu Hasyim menyatakan inilah julung kalinya pimpinan Pas seperti Nik Aziz ingin bertemu ‘face to face’ dengan blogger dan beramah mesra,’ Saya kalu dapat minum secawan teh ‘O’ dengan tok guru pun tak pa dah dan boleh bertanya soalan pulak kerana jarang berlaku majlis seperti ini, at least katanya ada jugak pimpinan Pas yang menghargai penat lelah para blogger.
Bagi pihak kerajaan Kelantan dato’ Husam Musa beliau akan mengadakan lagi majlis seumpama ini dalam kapasiti lebih besar dan terurus kerana beliau merasa sedih sebab tidak dapat melayan banyak lagi penyertaan dari blogger PR.
abushahid...Pena Kusisip Blog









